Berita
Aktor Lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan & Anak Positif COVID-19
Aktor veteran India, Amitabh Bachchan mengesahkan dirinya positif COVID-19. Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi laman Twitternya pada semalam. Menurutnya, sejurus mendapat tahu dirinya disahkan positif, beliau turut mengarahkan ahli keluarga serta kakitangannya untuk menjalani saringan dan keputusannya masih belum diketahui. Beliau turut meminta sesiapa individu yang mempunyai kontak rapat dengannya dalam masa 10 hari kebelakangan ini […]
(Video) “Saja Angkat Bawah Tikar Getah, Ya Allah Penuh Ulat…” Gadis Tertekan, Dapat Roomate Muka Cantik Tapi Didakwa Pengotor & Pemalas
Sebut sahaja tentang penyewa rumah sewa, pasti pelbagai ragam mereka bermain di fikiran kita. Ada penyewa yang bagus, pembersih, rajin mengemas, jaga solat, ramah dan sebagainya. Namun tidak dapat dinafikan, ada juga penyewa yang sebaliknya. Tidak perlulah penulis menjelaskannya dengan lebih dalam, biarlah kisah benar yang dikongsikan Cik Rara di bawah ini menceritakan segala-galanya. *Nota: […]

Polis Tahan Penyeludup Ketum Rempuh Kenderaan Pengiring Menteri
PADANG BESAR, 11 Julai — Polis menahan seorang penyeludup daun ketum yang merempuh kenderaan polis yang mengiringi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri di Felda Mata Ayer pada tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Saifudin Aslin Abbas berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, kenderaan pacuan empat […]
Lagi Anak Malaysia Diiktiraf Dunia, Dr. Masliza Wanita Pertama Malaysia Dilantik Jadi Profesor Madya Di Universiti Oxford
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkat itu serta mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat […]
Awas, METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Sehingga 9 Malam Ini Di Beberapa Kawasan Di 11 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa buah negeri. Data terkini dikeluarkan pada 4.40 petang tadi, ramalan cuaca dijangka hingga pukul 9 malam nanti. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat:- Kedah: Langkawi, Sik, Baling & Kulim Pulau Pinang: Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang […]
“Kami Dah Bantu Anda Berniaga, Kenapa Nak Rosakkan Harta Benda Awam”, DBKL Saman Penjual Durian Potong Pagar Keselamatan
“Kami dah bantu anda untuk berniaga, kenapa perlu merosakkan harta benda awam?” Demikian satu kenyataan yang dibuat ekoran tindakan peniaga durian yang didapati merosakkan fasiliti awam semata-mata untuk dijadikan lokasi gerai. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada semalam menyerbu sebuah gerai jual durian di satu lokasi tidak dinyatakan, atas kesalahan memotong pagar keselamatan di laluan […]

Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar – Sultan Selangor
SHAH ALAM, 11 Julai — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar. Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin berharap jasa-jasa dan sumbangan sejarawan seperti mendiang terus dikenang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Titah Sultan Selangor itu dipetik oleh kenyataan Istana Selangor hari ini […]
TERKINI COVID-19: Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan, terdapat satu (1) kes kematian terkini dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kes kematian berkaitan COVID-19 di negara ini meningkat ke 122 kes, bersamaan 1.40 peratus daripada keseluruhan kes. Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-122 (kes ke-8,702) ini adalah merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 […]
TERKINI COVID-19: 8 Kes Baru Dilaporkan Termasuk 4 Kes Penularan Tempatan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat lapan (8) kes COVID-19 baharu direkodkan setakat hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 terkini berjumlah 8,704 kes. Daripada lapan (8) kes tersebut, empat (4) daripadanya melibatkan kes import manakala empat (4) lagi dikesan dalam kes tempatan. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 67 kes. Dalam pada […]
Tulang-Tulang Mangsa Masih Lagi Dijumpai, Mengenang Tragedi Sabrenica Ke-25, Lebih 8,000 Etnik Bosniak Maut Jadi Mangsa Pembersihan Etnik
“Semua yang nak pergi akan dipindahkan, besar atau kecil, muda dan tua. Jangan takut..tiada siapa akan menyakitimu.” Pada 11 Julai 1995 (25 tahun dahulu), tentera Bosnian Serb menawan bandar Srebrenica di Bosnia-Herzegovina. Dalam masa kurang dua minggu, unit tentera berkenaan dilapor telah membunuh lebih 8,000 warga Bosniaks, menjadikannya sebagai siri pembunuhan besar-besaran paling teruk dalam […]
Faktor Kewangan Halangan Utama Untuk Ibu Bapa Miliki Ramai Anak
PUTRAJAYA, 11 Julai — Faktor kewangan menjadi halangan utama kepada pasangan untuk memiliki saiz keluarga yang diinginkan, kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah. Beliau berkata walaupun secara purata para ibu bapa di negara ini menginginkan empat anak, namun hakikatnya kebanyakan mereka hanya mampu mempunyai antara dua dan tiga […]
Lawat Potret ‘Tiga Panglima’, Dr Noor Hisham Terharu & Dapat Rasa Semangat Patriotik Rakyat Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat ‘memorial’ dirinya sendiri. Pada hari ini, beliau berkesempatan singgah ke kawasan dinding mural yang terpapar lukisan potret wajahnya sendiri. Justeru, beliau turut bergambar dengan mural tersebut dan memuat naik fotonya ke Facebook hari ini. Saya berada […]
Muzium Mersing Simpan Khazanah ‘Battle Of Endau’
MERSING, 11 Julai – Daerah Mersing, terletak di pantai timur negeri Johor, sememangnya popular dalam kalangan pelancong sebagai pintu masuk ke rangkaian pulau-pulau indah di negeri ini. Selain dikurniakan keindahan pulau dan pantai yang bersih, Mersing hakikatnya mempunyai tarikan lain kerana pernah dijadikan pangkalan Tentera Diraja British, sekitar tahun 1940-an serta menyimpan sejarah penting Perang […]
Presiden Felda United Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung
KUALA LUMPUR, 11 Julai (BERNAMA) — Presiden Felda United FC (FUFC) Anuar Malek meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara akibat komplikasi jantung. Allahyarham berusia 57 tahun. Setiausaha Agung FUFC Afizal Abu Othman berkata jenazah Allahyarham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, sebelum dikebumikan di Tanah […]
(Video) Kreatif & Mudah, Sekolah Guna ”QR Code” Untuk Cek Suhu Badan & Kehadiran Dengan Pantas
Pada 24 Jun 2020, kerajaan Malaysia telah membenarkan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 memulakan sesi persekolahan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, sebelum menerima kehadirian pelajar, kakitangan sekolah termasuklah guru-guru bertungkus lumus menyusun dan menguruskan keadaan kelas dan sekolah agar mematuhi sayarat SOP yang telah ditetapkan. Malah terdapat […]

Polis Berjaya Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua COVID-19
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Polis telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua COVID-19 sebelum ini dengan kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis kini menjejaki baki 45 individu. Mereka yang telah dikesan merangkumi 303 […]
Keluarga Nora Anne Sambut Baik Inkues Malaysia
SEREMBAN, 11 Julai (BERNAMA) — Keluarga remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang hilang kemudian ditemukan mati ketika percutian keluarga, menyambut baik berita bahawa satu inkues akan diadakan di Malaysia untuk menentukan punca kematian remaja itu. Menurut Lucie Blackman Trust (LBT), sebuah badan amal yang memberi sokongan kepada warga British yang mengalami krisis di luar […]
(Video) “Dia Curi Motor Aku…”, Pekerja Stesen Minyak Tergamam, Dakwa Motosikalnya Dilarikan Pencuri Depan Mata
Seorang pekerja di sebuah stesen minyak tergamam, dakwa motosikalnya dilarikan pencuri di depan matanya sendiri. Kejadian tersebut dipercayai dirakam oleh mangsa kecurian terbabit. Rakaman video berdurasi 25 saat itu dikongsikan semula oleh pengguna Twitter, Toon Seri Anthraxxxx hari ini. Lebih malang lagi, salah seorang individu disyaki pencuri tersebut didakwa ‘mengunci’ pintu kaca premis dari luar. […]
(Video) “Yang Dinanti Berkunjung Tiba…” Sinar Baru, To’ki Dapat Bantuan Rumah Lebih Selesa
Cerita mengenai seorang artis veteran, Mohd Zaki Bin Mansor atau lebih dikenali sebagai To’ki masih belum berakhir. Sebelum ini, gempar kisah tentang beliau bersama isterinya yang menetap dalam sebuah pondok usang di dalam hutan di Gombak. Berita mengejutkan itu tular ke serata media sosial sehingga sampai ke pengetahuan pihak berwajib seperti Pusat Pungutan Zakat, Majlis […]
Selepas Hampir 80 Tahun Jadi Muzium, Turki Tukar Status Hagia Sophia Jadi Masjid Semula
Kerajaan Turki dilaporkan telah menukar status Hagia Shopia, yang sebelum ini dijadikan sebagai muzium kepada masjid semula, lapor media antarabangsa semalam. Berita penukaran status salah satu bangunan ikonik bersejarah di negara itu diumumkan oleh Presiden Turki sendiri, Recep Tayyep Erdogan. Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine […]