Berita
Tak Haram Makan Roti Canai Berbentuk Ular – Mufti Kelantan
KOTA BHARU, 10 Julai – Hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular baru-baru ini adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan […]
Al Jazeera : 4 Individu Dipanggil Beri Keterangan – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak COVID-19. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata antara yang dipanggil ialah pengendali dan wartawan Al Jazeera […]

Ibu Muda Bawa Anak Dua Tahun Hisap Dadah Ditahan
George Town: Seorang wanita tergamak membawa anaknya berusia dua tahun ke sebuah rumah sewa kenalannya di Gelugor, di sini semata-mata untuk melepaskan gian dadah bersama rakan-rakannya. Bagaimanapun, tindakan wanita berumur 23 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan bersama empat individu lain di rumah teres itu dalam serbuan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semalam. Pengarah AADK Negeri, […]
Pesara Dakwa Rugi Lebih RM53,000, Diperdaya Pelaburan Bitcoin Tidak Wujud
KUANTAN, 10 Julai (BERNAMA) — Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian RM53,500 selepas diperdaya oleh seorang individu untuk membuat pelaburan bitcoin yang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 60 tahun dari Temerloh itu mendakwa individu tersebut diperkenalkan oleh rakannya pada pertengahan 2017. Suspek didakwa memaklumkan pelaburan itu mengambil masa setahun untuk […]
Ejen Pinjaman ‘Terkantoi’, Didakwa Guna Gambar Akaun Sumbangan Rider Grabfood OKU Untuk Buat Iklan
Ambil kesempatan di sebalik kesempitan. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap seorang individu dipercayai ejen pinjaman kewangan yang didakwa menggunakan tangkap layar (screenshot) akaun bank sumbangan untuk rider Grabfood orang kelainan upaya (OKU) yang kehilangan motosikalnya kelmarin. Memetik hantaran di halaman Facebook Peon_JB, individu tersebut didakwa menggunakan gambar akaun berjumlah RM10,684.66 itu sebagai bahan iklan […]
“Mulia Sungguh…”, Bantu Hantar Ke Masjid & Mandikan Lelaki Dipercayai Ada Masalah Mental, Sikap Anggota Polis Ini Dipuji
Lain orang lain ujiannya. Begitulah yang dihadapi seorang pemuda berusia 30-an yang kini hidup tak terurus. Pemuda istimewa bergelar Man ini dikatakan diuji dengan masalah mental dan sering ditemui merayau oleh penduduk tempatan di sekitar Jalan Baharu, Pulau Pinang. Baru-baru ini, jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu tampil berkongsi kisahnya yang dibantu dua anggota polis […]
Setiap Jumaat Diumum Sebagai ‘Hari Jawi’ Bermula Hari Ini – Dr Zulkifli
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu […]

Apa Hukum Bulu Kucing Yang Tertanggal? Ini Jawapan Mufti
Kucing sering dijadikan pendamping manusia. Dengan wajahnya yang comel dan sikapnya yang manja, haiwan ini sering menjadi penghibur di kala duka. Suka mencari perhatian, haiwan ini sering ‘menempel’ ketika tuannya melakukan sesuatu kerja seperti mengemas rumah ataupun bersolat. Hal ini kadangkala menimbulkan keraguan mengenai status bulu kucing sama ada ia najis ataupun tidak, terutama ketika […]

Giliran Presiden Sementara Bolivia Disahkan Positif Covid-19
La Paz: Presiden sementara Bolivia Jeanine Anez disahkan dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin, lapor agensi berita Xinhua. “Sejak seminggu lalu ramai dalam kalangan petugas saya disahkan positif, saya turut melakukan ujian saringan dan juga disahkan dijangkiti virus itu,” kata Anez dalam rakaman video yang disiarkan dalam talian. Beliau akan menjalani kuarantin selama 14 hari, […]
Kedutaan China Beri Amaran Kewujudan Virus Pneumonia ‘Tak Diketahui’ Di Kazakhstan
Kedutaan China di Kazakhstan memberi amaran tentang sejenis jangkitan ‘pneumonia tidak diketahui’ yang ditemui selepas bekas negara Soviet tersebut mengalami kenaikan kes pneumonia yang mendadak sejak Jun. “Kadar kematian daripada penyakit ini didapati lebih tinggi berbanding COVID-19. “Jabatan kesihatan negara kini menjalankan kajian mengenai perbandingan virus pneumonia, tetapi sehingga kini virus tersebut belum dapat dikenal […]

“Happy 95th Birthday Sir,” Najib Doa & Ucap Selamat Hari Lahir Buat Tun Mahathir Yang ke-95 Tahun
Pada tarikh 10 Julai 2020 hari ini menyaksikan negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-95. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang terawal membuat ucapan menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter Rasmi pagi tadi yang antara lain mendoakan kesihatan dan kepanjangan usia Tun. ”Happy 95th […]
Makhluk Aneh Seakan “Jelly” Terdampar di Pantai Queensland Buat Netizen Tertanya-Tanya
Misteri makhluk yang tidak diketahui identiti telah ditemukan terdampar di tepi pantai Queensland pada hujung minggu lalu. Seorang pengguna Facebook berkata, dia menemui haiwan yang jarang dilihat dan menyerupai setompok jeli di Pantai Urangan, Teluk Hervey pada Jumaat lalu. “Terfikir adakah ia adalah seekor ikan batu yang hanyut?” tanya seorang wanita di laman sosial itu. […]

Isu Dokumentari, Al Jazeera Keluar Kenyataan Sedia Bertemu Dengan Wakil Kerajaan Malaysia
Kuala Lumpur, 10 Julai – Al Jazeera dalam satu kenyataan mengaku terkejut dengan kontroversi membabitkan dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh 101 East Documentary dan bersedia bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia. Dalam kenyataan Al Jazeera, mereka menyifatkan dokumentari tersebut sebagai adil dan hanya melaporkan apa yang berlaku di Malaysia. “Dokumentari berkenaan merakamkan […]

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Jalan Kuala Jeneris
KUALA BERANG, 10 Julai — Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring) semalam. Ketua Polis Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata ketiga-tiga mangsa yang maut menaiki Toyota Vios bersama dua yang lain, dalam perjalanan dari arah Bera, Pahang menghala ke […]

Selepas 13 Tahun Pembikinan, “Bullet Train” Di Jepun Boleh Berjalan Seperti Biasa Walaupun Berlaku Gempa Bumi
Jepun baru sahaja lancarkan sebuah keretapi, ‘Bullet Train’ yang sangat laju dan paling istimewanya kereta api ini mampu digunakan semasa berlakunya gempa bumi. Kereta api laju atau Shinkansen boleh memecut hingga 360km sejam dan diperlahankan pada 285km per jam sepanjang perkhidmatan tersebut. Tetapi ia bukan ciri yang mengagumkan di sana. Walaupun dikenali sebagai kereta api […]
Covid-19 Boleh Tersebar Dari Individu Yang Dijangkiti Ketika Bercakap, Batuk, Bersin & Menyanyi – WHO
Penyebaran wabak Covid-19 paling utama adalah secara terus, tidak terus atau kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti melalui air liur, rembesan pernafasan atau titisan pernafasan apabila individu tersebut batuk, bercakap dan menyanyi. Sesetengah laporan jangkitan yang direkodkan adalah berkaitan dengan tempat yang sesak dan tertutup yang menyebabkan pemindahan secara aerosol bergabung dengan pemindahan cecair. […]

(Video) Dipercayai Seperti Sedang Mabuk, CCTV Rakam Lelaki Cuba Pukul Anak Dengan Penukul Dalam Lif
Georgetown, 10 Julai – Seorang lelaki ditahan selepas dilihat cuba memukul anaknya menggunakan tukul. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, isteri suspek yang tinggal di Jelutong menerima kiriman video dari adiknya yang memaparkan rakaman CCTV di bahagian lif sebuah perumahan di bandar berkenaan. Suspek cuba memukul mangsa dengan penukul ketika berada […]
Pernah Terfikir, Berapa Lama Darah Yang Diderma Disimpan? Ini Jawapannya
Anda pernah menderma darah? Jika ya, tentu anda tertanya-tanya kan, adakah darah itu akan terus digunakan untuk pesakit lain atau disimpan dulu dalam satu tempoh masa tertentu. Jika disimpan, berapa lama ‘ketahanan’ darah tersebut? Ada tarikh tamat tempoh (expired date) ke? Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pusat Darah Negara (PDN) menjelaskan persoalan ini. Memetik kenyataan dalam […]
Empat Hari Lagi, Gangguan Air Berjadual Di 290 Kawasan Di Lembah Klang 14 Hingga 17 Julai Ini
Gangguan bekalan air berjadual melibatkan 290 kawasan di Lembah Klang akan bermula empat hari lagi, iaitu 14 hingga 17 Julai ini. Kesemua kawasan yang terkesan adalah dalam sekitar wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat, melibatkan kira-kira 420,000 pengguna. Sehubungan itu, Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, bekalan air akan disalurkan […]

Hanya Jual Makanan, Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands Mula Beroperasi Hari Ini
Pasar Malam Golden Hills yang ditutup akibat Covid-19 sejak Mac lalu, akan beroperasi semula bermula 10 Julai 2020 (Jumaat). Menerusi kenyataan rasmi oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), pelancong yang hadir untuk membeli belah di kawasan tersebut dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Waktu operasi Pasar Malam Golden Hills adalah pada setiap hari Jumaat dan […]