Berita

TGV Tawar Tiket Wayang Percuma Untuk Semua ‘Frontliner’ Yang Berpenat-Lelah Lawan COVID-19
Ketika beberapa negara terutamnya di benua Amerika dan Eropah masih sedaya-upaya mengekang pandemik COVID-19, Malaysia pula cukup bertuah kerana keadaan semasa dilihat semakin pulih dan diiktiraf antara negara paling berjaya di dunia dalam mengurus wabak ini. Semua atas berkat perancangan baik dari kerajaan dan kerjasama utuh dari rakyat dalam mematuhi pertauran. Namun begitu, frontliners seperti […]
(Video) CCTV Rakam Kelibat ‘Hantu Budak’ Tengah Berlari Di Halaman Rumah
Seorang wanita berada dalam ketakutan selepas melihat rakaman yang menyeramkan melalui kamera litar rumah baru keluargnya yang menunjukkan bayang-bayang seorang kanak-kanak. Mum captures ‘child ghost’ running around her garden after moving into a former Victorian school pic.twitter.com/j2DKKTJpNS — The Sun (@TheSun) July 6, 2020 Amanda berada di rumah bersama dua anaknya yang berusia 4 dan […]

‘Fog Lamp’ Dan ‘Ice Blue’ Untuk Lampu Brek Belakang Bahayakan Pengguna Jalan Raya – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ serta mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa oleh pemilik kenderaan boleh mengundang nahas jalan raya kerana tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa. Walaupun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya tanpa memikirkan risiko […]

Jabatan Imigresen Cari Warga Asing Muncul Dalam Dokumentari Al-Jazeera, Minta Orang Ramai Salur Maklumat
Putrajaya, 7 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mencari lelaki warganegara Bangladesh yang muncul dalam dokumentari Al-Jazeera baru-baru ini. Menerusi kenyataan media jabatan berkenaan, mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berkenaan. “Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, berumur 25 tahun. […]
PGA Rampas Rokok Haram Bernilai Lebih RM3 Juta
TAWAU, 7 Julai (Bernama) — Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 23,970 karton rokok haram pelbagai jenama bernilai RM3,390,204 di Jalan Sri Aman, Batu 3 di sini semalam. Pegawai Pemerintah Batalion ke-14 PGA Supt Mohd Yacob Murad berkata rampasan itu dibuat dalam operasi pada pukul 4.30 pagi di satu premis industri iaitu lokasi rokok itu disembunyikan. […]
Vietnam Catat Sifar Kes COVID-19 Untuk Hari Ke-82 Berturut-Turut
Vietnam telah memasuki hari yang ke-82 berturut-turut tanpa kes COVID-19 yang baharu dalam kalangan komuniti menurut Jawatan Kuasa Pemandu Nasional Pencegahan dan Pengwalan COVID-19. Sebelum ini Vietnam mencatatkan 369 jangkitan termasuk 299 kes import yang telah dikuarantin semasa ketibaan. Dari jumlah tersebut 341 pesakit iaitu sebanyak 92.4% telah pulih sepenunya dan setakat ini tiada kematian […]
Seorang Lelaki Tempatan Dipercayai Dalang Seludup PATI & Lima Warga Indonesia Ditahan Polis
Lima (5) lelaki warga Indonesia termasuk dua (2) daripadanya dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap polis dalam satu tangkapan di Jeti Seng Lee, Bagan Sekinchan, Selangor semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 4 Polis Gerakan Am (PGA), Supritendan Zulafendy Hassan berkata, kesemuanya termasuk seorang lagi lelaki tempatan berbangsa Cina masing-masing ditahan berumur lingkungan antara 23 ke […]

Al Jazeera, Wartawan Akan Dipanggil Polis Dalam Masa Terdekat- KPN
PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) — Polis akan memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawannya yang berkaitan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dokumentari agensi berita antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan akan dilakukan menurut beberapa peruntukan undang-undang […]

Sekadar Sasaran Atau Kita Boleh Harap Sifar Kes COVID-19?
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Akhir bulan lepas, kita diberikan gambaran bahawa Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan ini. Unjuran itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia kekal patuh dengan semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat menjaga penjarakan sosial, kerap […]

(Video) Lelaki Dilapor Cedera, Van Terbabas Dipercayai Ditimpa Durian
Seorang lelaki di Balik Pulau dilaporkan cedera setelah van dipandunya terbabas gara-gara sebiji durian. Dalam kejadian itu, van mangsa dilaporkan hilang kawalan ketika melalui jalan berpokok apabila secara tiba-tiba, sebiji durian jatuh menimpa kenderaannya, menurut perkongsian facebook Penang Kini. Akibatnya, van mangsa dikatakan terbabas, menyebabkan kecederaan dan luka pada wajah. Susulan itu, orang ramai mengingatkan […]
“Ayah Tak Kisah Susah, Janji Anak-Anak Tersenyum Indah…” Pendakwah Terkenal Ustaz Hanafi Jadi “Rider” Grabfood, Cekal Lawan Kanser
Anda masih ingat pendakwah terkenal, Ustaz Hanafi? Beliau atau nama penuhnya Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering beraksi di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama menerusi siaran Tanyalah Ustaz. Sehinggalah ditakdirkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah. Bagaimanapun, […]
(Video) Banjir Jepun ‘Mengganas’, Sekurang-Kurangnya 49 Mangsa Dipercayai Terkorban
Petugas keselamatan di Jepun masih meneruskan operasi pencarian mangsa-mangsa tragedi banjir yang melanda teruk akibat hujan lebat di kawasan pulau Kyushu, Jepun. Menurut rekod, sekurang-kurangnya 49 mangsa disahkan terkorban melibatkan wilayah Kumamoto dan Kagoshima, memetik laporan Japan Times. Agensi Meteorologi Jepun sebelum ini mengeluarkan amaran pada Sabtu tentang cuaca hujan yang belum pernah terjadi seperti […]
(Video) Rakaman ‘Kecut Perut’, Pelantar Minyak Tengah Laut Terumbang-Ambing Dibadai Ombak Besar
Bekerja di pelantar minyak mungkin kelihatan menyeronokkan jika hanya melihat pada gajinya. Namun, jika anda lihat risiko yang bakal dihadapi, pasti anda berfikir beratus kali untuk kerja di sana. Dalam video dikongsikan IndustrialVid, kelihatan sebuah binaan di tengah lautan dipercayai pelantar minyak terumbang-ambing dirempuh ombak besar. Rakaman itu dipercayai diambil salah seorang pekerja cari gali […]
Gempa Bumi Bermagnitud 6.1 Landa Laut Jawa, Gegaran Dirasai Hingga Ke Pulau Bali
Gempa bumi bermagnitud 6.1 dikesan di Jepara, Jawa Tengah pada pukul 5.54 pagi tadi (waktu Indonesia Barat) di kedudukan 5.77 latitud selatan dan 110.64 longitud timur. Memetik laporan News Detik, gempa tersebut berpusat di laut dengan jarak kira-kira 85 kilometer dari arah utara, Mloggo, wilayah tersebut dengan kedalaman sejauh 539 kilometer. Menurut Pengarah Pusat Gempa […]
Penemuan Tulang Manusia, Longgokan Pakaian Di Hutan Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kehilangan Anna Jenkins
GEORGE TOWN, 6 Julai — Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung di sini dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang wanita warga Australia Anna Jenkins pada 2017. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong berkata kes mati mengejut (mengenai objek yang dijumpai dipercayai tulang dan barang peribadi) yang […]
(Video) Detik Mendebarkan Remaja Disambar Kilat Semasa Buat Sepakan Di Padang Bola
Seorang pemain bola sepak Rusia berusia 16 tahun dilaporkan koma selepas lehernya disambar petir semasa sedang berlatih. Insiden mengerikan yang dilaporkan berlaku di Orekhovo-Zuevo, Moscow itu telah memaksa Ivan Zaborsky terpaksa bertarung dengan nyawanya. Penjaga gol remaja yang berlatih secara berasingan dengan rakan sepasukannya itu dikatakan memakai rantai logam semasa kilat tersebut menyambar lehernya. Difahamkan, […]
Pemandu Bas Alami ‘Mati Otak’ Lepas ‘Dibelasah’ Akibat Dipercayai Halang Penumpang Tiada ‘Mask’ Naiki Bas
Seorang pemandu bas di Perancis diisytiharkan mati otak selepas diserang oleh beberapa orang yang dilarang olehnya untuk menaiki bas kerana tidak memakai pelitup muka, lapor Daily Mail. Penyerang-penyerang itu didakwa cuba untuk menaiki bas di Bayonne tanpa tiket atau pelitup muka yang merupakan ‘mandatori’ dalam pengangkutan awam di sepanjang Perancis. Menurut laporan Daily Mail, ketika […]
Suami Isteri Sedia Makanan Percuma Menerusi ‘Rumah Makan Percuma’
ALOR SETAR, 6 Julai — Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19, seorang usahawan berjaya dan isterinya mengambil inisiatif membuka ‘Rumah Makan Percuma’, di sini, untuk menyediakan makanan secara percuma kepada golongan yang memerlukan. Jaffri Ahmad, 56, berkata, beliau dan isteri Mazlina Makaruddin, 53, memperuntukkan makanan untuk sekurang-kurangnya 200 orang sehari, dan bercadang menambahnya, sekiranya […]
Kajian USM, Universiti Yale, Dapati Ketum Berkesan Sebagai Ubat Tahan Sakit – BERNAMA
Hasil kajian yang dijalankan sekumpulan saintis menerusi kolaborasi antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Universiti Yale Amerika Syarikat (AS) mendapati, ketum berkesan dalam meningkatkan ketahanan terhadap rasa sakit. USM menerusi satu kenyataan hari ini menyatakan, kajian tersebut diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (CDR) USM Profesor Dr. Vicknasingam dan Profesor Dr. Marek C. Chawarski dari Yale School of […]
Risiko Batal Pas Imigresen Jika Keluar Kenyataan Tidak Tepat- KP Imigresen
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara. Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian, lawatan kerja sementara dan pas residen supaya […]