Berita
Kelas Fardhu Ain, Solat Dhuha Dan Tazkirah Jumaat Boleh Dimulakan Minggu Ini – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardhu ain telah dibenarkan bermula minggu ini. “Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat dhuha diadakan di masjid serta […]
Penganggur Mengaku Bersalah Hina Polis Dalam FB
KUALA LUMPUR, 1 Julai — Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook miliknya, April lepas. Lelaki berusia 30 tahun itu selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M. M. […]
Jelapang Padi Kota Belud Alami Kerugian RM29 Juta Akibat Banjir
KOTA BELUD, 1 Julai — Jelapang padi Kota Belud mengalami kerugian kira-kira RM29 juta apabila hampir keseluruhan kawasan tanaman padi seluas kira-kira 7,000 hektar itu terjejas teruk dan rosak akibat banjir susulan hujan lebat melanda Sabah pada Sabtu lepas. Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla berkata anggaran kerugian itu dikira berdasarkan potensi […]
(Video) Tindakan Pantas ‘Hero’ Ini Berjaya Selamatkan Tiga Nyawa Daripada Rentung Dalam Kenderaan Terbakar
Seorang lelaki berjaya menyelamatkan 3 orang mangsa kemalangan daripada terbakar hidup-hidup di Chongqing, China. Sebuah van yang dinaiki oleh seorang pemandu dan 2 orang penumpang telah dilihat hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing dan terbalik hingga masuk ke tengah jalan. Tidak berapa lama kemudian, van tersebut mula mengeluarkan asap sebelum api yang marak […]

Jual Pelitup Separuh Muka Tiruan, Seorang Lelaki Ditahan
Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membongkar kegiatan menjual pelitup separuh muka jenama tiruan dalam talian dengan penahanan seorang lelaki tempatan dalam satu operasi di sebuah premis di Puchong, Selangor dua hari lalu. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata lelaki berusia 30 tahun itu disyaki membeli pelitup […]
Berjaya Sumbang Lebih RM3,000, Budak 6 Tahun Ini Jual Lukisan Bantu Kumpul Dana Covid-19
Ketika pandemik Covid-19 ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut, orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan status ekonomi cuba sedaya upaya membantu golongan yang memerlukan. Salah seorang dari mereka adalah seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, Kavir Mody yang juga merupakan penduduk di Breach Candy, India yang giat membantu orang yang memerlukan dengan […]
Semua Masjid Di Selangor Dibenarkan Dibuka Untuk Solat Jumaat Bermula 3 Julai Ini
SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) – Semua masjid, surau dan Surau Kebenaran Solat Jumaat di Selangor dibuka untuk solat Jumaat dan solat fardhu bermula Jumaat ini. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan mengenai perkara itu setelah mendapat taklimat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) […]
COVID-19: AS Terus Catat Peningkatan Kes Kini Mencecah 2.6 Juta
Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) terus melonjak kepada 2.6 juta pada Selasa mencecah 2,606, 211 dengan angka korban seramai 126,360 orang, menurut data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua. Di Washington, pakar penyakit berjangkit Anthony Fauci memberi amaran kes COVID-19 di AS boleh meningkat sehingga 100,000 setiap hari memandangkan negara ini “tidak […]
Nenek 71 Tahun Meninggal Dunia, Dipercayai ‘Trauma’ Terpaksa Lihat 3 Cucu Dirogol Depan Mata
Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia kerana disyaki terkena serangan jantung selepas diacukan pistol dan dipaksa melihat tiga orang cucu perempuannya dirogol di depan matanya sendiri, lapor Daily Mail. Kejadian yang dipercayai berlaku di Afrika Selatan itu menyaksikan nenek yang berusia 71 tahun itu berhadapan dengan penceroboh yang memasuki rumahnya di Impendle di wilayah KwaZulu-Natal. […]
“Nak Beli Yang Elok Duit Tak ‘Ramai’,” Kreativiti Lelaki Ini Cipta Rak Dan Meja TV Guna Paip PVC Dipuji Ramai
Tidak lengkap rasanya jika tiada sebarang perabot yang menghiasi di dalam rumah namun tidak semua orang mampu untuk membeli perabot yang mahal. Disebabkan itu, dengan hasil usaha dan idea yang kreatif, pelbagai inovasi serta rekaan perabot mampu dicipta walaupun dengan hanya menggunakan bajet yang rendah. Menerusi kiriman di Facebook Tukang Apa Hari Ini, Mohd Akmal […]
Tindakan Israel Nak Rampas Wilayah Penduduk Palestin, Salah Di Sisi Undang-Undang – PBB
Rancangan Israel untuk merampas wilayah penduduk Palestin adalah “haram”, menurut Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet yang memperingatkan bahawa langkah itu akan memberi kesan buruk kepada hak-hak orang di seluruh wilayah. Michelle Bachelet dalam satu kenyataan pada hari Isnin, mendesak Israel untuk membalikkan keputusannya dan mundur dari “jalan berbahaya. ” Justeru, […]
Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Dibuka Mulai Jumaat Ini
SHAH ALAM, 1 Julai – Semua masjid, surau dan Surau Kebenaran Solat Jumaat di Selangor dibuka untuk solat Jumaat dan solat fardhu bermula Jumaat ini. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan mengenai perkara itu setelah mendapat taklimat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan data terkini […]

Pemandu, Dua Kelindan Maut Selepas Lori Dinaiki Langgar Treler
JOHOR BAHRU, 1 Julai – Seorang pemandu lori dan dua kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Km100.3, Lebuhraya PLUS arah selatan, berdekatan susur keluar Yong Peng Utara, awal hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed berkata identiti pemandu lori jenis Hino […]
(Video) Rakaman ‘Rider’ Terseret Beberapa Meter Selepas Dilanggar Kereta
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan ianya pasti akan meninggalkan kesan kepada seseorang yang ditimpa sesuatu kemalangan itu seperti kecederaan, trauma dan sebagainya. Kadang kala, disebabkan pengguna jalan raya yang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Seperti yang telah tular […]
“Rumah Tangga Kami Hanya Sampai di Sini,” Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Sah Bercerai
Teka-teki mengenai keretakan rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella, 32, dan Engku Emran, 45, akhirnya terjawab apabila mereka dilaporkan telah bercerai. Laudya yang mengesahkan penceraian mereka menerusi sebuah video yang dimuat naik di insertlive.com berkata, mereka berdua telah mengambil kata sepakat untuk berpisah secara baik. ”Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sepakat untuk berpisah […]

(Video) 19 Orang Dilapor Maut Setakat Ini, Pusat Perubatan Meletup Akibat Paip Gas Bocor
Letupan yang berpunca daripada kebocoran paip gas di sebuah pusat perubatan di Utara Tehran telah mengorbankan sebanyak 19 orang mangsa. Pasukan Bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang marak. Bukan itu sahaja, orang awam dan pihak berkuasa juga turut bekerjasana menjalani operasi menyelamat mangsa yang terperangkap termasuk pesakit-pesakit yang masih berada di pusat […]
Kerjaya Sebagai Petani Tidak Sesuai Jika ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’
KUALA TERENGGANU, 1 Julai — Kerjaya sebagai petani tidak sesuai untuk mereka yang ‘hangat-hangat tahi ayam’, takut badan ‘garing’ bila berpanas dan tiada kesabaran yang tinggi. Mereka yang mahu serius dalam bidang itu harus mengetahui bahawa pendapatan mereka tidak boleh diperoleh dalam jangka masa pendek, malah perlu bersedia untuk ‘berlapar’ apabila musim menuai belum tiba. Perkara itu dikongsikan oleh […]
Tak Sempat Masak Lauk, Wanita Imbas Memori Ibu Saudara Meninggal Sebelum Siap Memasak
Ramai yang masih tidak menyedari bahawa waktu bersama keluarga adalah sangat berharga dan tidak akan mampu untuk diulangi semula. Mungkin dilihat kecil namun memasak dan duduk makan semeja bersama ahli keluarga juga merupakan nikmat yang tidak semua dapat rasai. Kiriman yang dikongsikan oleh Khairunnisa Hamzah ini membuka mata mengenai kesempatan waktu yang ada bersama ahli […]
Sudah Berkahwin Hampir Sedekad, ‘Wanita’ Baru Sedar Dirinya Lelaki Ketika Usia 30 Tahun
Selepas 30 tahun hidup, seorang wanita di Kolkata, India disahkan secara biologinya seorang lelaki, lapor Times Of India. Hal tersebut didedahkan oleh doktor selepas wanita tersebut disahkan menghidap kanser testikel selepas menjalani pemeriksaan perubatan kerana sering mengadu sakit pada bahagian perut. Tambah laporan itu, adik kepada wanita tersebut yang berusia 28 tahun juga turut didiagnos […]
Polis Tangkap Lelaki Didakwa Rakam Video, Lekat Telefon Bimbit Di Tandas Wanita
BANGKOK – Polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa merakam video seorang wanita ketika menggunakan tandas di tandas awam stesen minyak di Bangkok. Lelaki berusia 23 tahun, yang juga merupakan pekerja stesen minyak itu ditahan selepas seorang wanita menemui sebuah telefon bimbit yang dilekatkan di siling tandas berkenaan. Ketika kejadian, wanita itu bersama seorang lagi […]