Berita
Menyentuh Hati, Kisah Anggota Polis Besarkan Anak Beruang Kematian Ibu Dipercayai Dibunuh Musuh Ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Tak ramai mempunyai pengalaman bertemu beruang di hutan, apatah lagi mengambil anak haiwan itu sebagai ‘anak angkat’. Berbeza dengan pengalaman seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Jamal yang telah berpeluang menjadi ‘ibu’ kepada haiwan berkenaan selepas beruang malang itu kematian ibunya. Kisah beliau bersama pasukannya itu telah menyentuh hati lebih 8 ribu warga maya yang kagum […]

Kes Positif COVID-19: Pasar Umum Sandakan Ditutup Seminggu
SANDAKAN, 30 Jun — Pasar Umum Sandakan di sini ditutup sementara selama tujuh hari bermula 5 petang hari ini bagi membolehkan kerja sanitasi dan nyahkuman dilakukan susulan kes positif COVID-19 dikesan di pasar itu. Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Sandakan Sundusin Nganro berkata penutupan itu melibatkan kesemua tiga aras bangunan pasar itu. “Kita mengambil langkah penutupan […]
Dari “Group” Memasak Para Suami, SMAHI Kini Buat Kerja Amal Pula & Anjur Program Korban
Anda pasti tahukan group Facebook paling popular masa kini, iaitu Suami Masak Apa Hari Ini? atau nama ringkasnya SMAHI. Sebelum ini, SMAHI begitu terkenal dengan budaya memasak, perkongsian resipi, kisah ‘suka-duka’ di dapur, selain nilai persaudaraan ‘brotherhood’ yang tinggi sesama mereka. Selepas wujudnya apron eksklusif SMAHI yang digilai ramai itu, kini SMAHI ‘mara’ selangkah ke […]
Banjir Di Sabah Makin Pulih, Hanya 36 Mangsa Di PPS
KOTA KINABALU, 30 Jun (Bernama) — Banjir di Sabah semakin pulih apabila kebanyakan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat pukul 8.00 malam ini hanya 36 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota […]
Kanak-kanak Enam Tahun Dikhuatiri Lemas Di Sungai Siput
IPOH, 30 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di sungai Kampung Loh Karai, Sungai Siput kira-kira 50 kilometer dari sini, petang ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden yang menimpa Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin pada 2.06 […]
Nelayan Rekreasi Perlu Ambil Iktibar Kejadian Bot Terbalik Di Bachok
BACHOK, 30 Jun (Bernama) — Kejadian bot terbalik yang mengakibatkan lima terkorban setakat ini, selepas bot dinaiki dibadai ribut kira-kira 10 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, malam semalam, perlu dijadikan iktibar kepada nelayan rekreasi yang lain. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pengusaha sukan rekreasi air […]
Kes Bunuh Datuk Seri Bermotifkan Wang -Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, dekat sini pada Sabtu lepas adalah bermotifkan wang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan […]
Walau Tiada Jangkitan Tempatan Lebih 30 Hari, Thailand Lanjut Perintah Darurat Hingga Akhir Julai
BANGKOK, 30 Jun (Bernama) — Thailand melanjutkan perintah darurat selama sebulan lagi hingga akhir Julai bagi mengurangkan risiko gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu, walaupun lebih banyak perniagaan dan premis berisiko tinggi dibuka semula, bermula esok. Selain lebih banyak sektor dibuka semula, Thailand juga dijangka akan menerima kemasukan warga asing termasuk pemastautin tetap; warga […]

313 Naskah Buku Hina Jata Negara Dirampas
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Sejumlah 313 naskah buku didakwa menghina Jata Negara dirampas polis dalam serbuan ke atas sebuah syarikat percetakan di Petaling Jaya, Selangor, petang tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata rampasan dilakukan selepas siasatan mendapati sejumlah 1,000 naskah buku berkenaan telah dicetak sebelum ini, bagaimanapun […]
ERL Lanjut Diskaun 15 Peratus E-Dompet TnG Hingga 31 Disember
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) melanjutkan promosi diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go sehingga 31 Disember ini. Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata seperti perniagaan sektor perjalanan dan hospitaliti yang lain, jumlah penumpang tren turut terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan […]

38,000 Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Kembali Bersekolah Esok
JOHOR BAHRU, 30 Jun — Sebanyak 1,781 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara akan kembali beroperasi esok. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pembukaan semula itu akan melibatkan kira-kira 38,000 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun. Katanya, semua tabika ini akan dibuka serentak dengan Taman […]
Tiga Kumpulan Jenayah Terancang Terbesar Malaysia Tumpas, 111 Ahli Terlibat Samun & Penyeludupan Migran Diberkas
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Tiga kumpulan jenayah terancang terbesar di negara ini yang disyaki turut terlibat dalam penyeludupan migran dan samun berkumpulan tumpas dengan penahanan 111 ahli kumpulan itu. Turut ditahan ialah ketua ketiga-tiga kumpulan itu, Geng Otong, Geng Halim dan Geng Husen Maungdaw. Geng Otong diketua rakyat Indonesia dan aktif di Johor, […]

APMM Tumpas Kegiatan Edar Dadah Guna Laluan Air
KUANTAN, 30 Jun — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah menggunakan laluan air di daerah Rompin, kira-kira 130 kilometer dari sini, pada Sabtu lepas. Pengarah APMM Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata empat daripada semua suspek yang berusia antara 25 hingga 49 tahun itu ditahan semasa menaiki bot fiber […]
Pekerja, Pemandu Bas Dakwa Tak Terima Bayaran Subsidi Upah
IPOH, 30 Jun ( Bernama) — Kira-kira 60 kakitangan Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) Taiping terdiri daripada pemandu bas, bahagian operasi dan bengkel, menuntut pihak majikan supaya melunaskan gaji yang tertunggak selama tiga bulan sejak Mac lalu. Para pekerja turut mendakwa mereka belum lagi menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan, selain […]
Kerajaan Fokus Tambah Baik Liputan Rangkaian Internet Di DUN Chini
Kerajaan bakal menambah baik liputan rangkaian internet di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang dalam masa terdekat. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kualiti liputan dan capaian internet, sekaligus membolehkan rakyat mendapat manfaat secara menyeluruh menerusi perkhidmatan lebih pantas dan berkualiti. “Bagi menambah baik liputan internet di […]
Produk Kumur Mulut Mengandungi PVP-I Mampu Cegah Penyebaran COVID-19 -Kajian
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kajian sekumpulan pakar dari Malaysia dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Mundipharma baru-baru ini mendapati keberkesanan produk kumur mulut dengan kandungan Povidone Iodine (PVP-I) di dalamnya untuk mencegah penyebaran COVID-19. Dengan keberkesanan mematikan virus SARS-COV-2 (punca COVID-19) sehingga 99.99 peratus, kajian itu turut mendapati virus itu boleh ‘dimatikan’ dalam tempoh 15 […]
(Video) Detik-Detik Cemas, Suasana Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik
Kejadian bot terbalik dipukul ribut dalam satu nahas melibatkan 20 individu di perairan Kelantan semalam masih belum belum berakhir. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini sedang mempergiat usaha mencari mangsa-mangsa yang hilang, selain berjaya menyelamatkan 12 individu terlebih dahulu. Sementara itu, situasi cemas didakwa ketika nahas tersebut berlaku sempat dirakam oleh salah seorang individu berkenaan. […]
(Video) Tragedi Bot Terbalik, Satu Lagi Mangsa Maut Ditemui Pagi Tadi
Bachok, 30 Jun – Satu lagi mayat mangsa bot terbalik di perairan Bachok ditemui pasukan penyelamat pada 8 pagi hari ini. Menurut laporan Bernama, jenazah mangsa telah tiba di Jeti Projek Pemasaran Ikan Kuala Kemasin pada 2.15 petang tadi. Dalam kejadian semalam, seramai 20 individu termasuk tekong dan awak-awak dilaporkan keluar memancing dan mencandat sotong […]

(Video) Rakus, Detik Burung Camar Telan Tikus Besar Sekaligus Tanpa Masalah
Seekor burung camar laut menarik perhatian orang ramai apabila menelan seekor tikus besar di Rom. Dalam video tular yang mempunyai lebih 4 juta tontonan, burung itu dilihat dengan rakus cuba menelan mangsa yang menghampiri separuh saiz badannya. Kelihatan ekor tikus terjulur dari paruh camar berkenaan sebelum hilang ditelan beberapa saat kemudian. Insiden ini membuatkan orang […]

TERKINI: Kes Baru Kekal 1 Digit, Hanya 2 Kes COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 30 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya dua kes baru positif COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini. “Sehingga 30 Jun jam 12 tengah hari, terdapat 2 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Tambahnya, kes aktif dengan […]