Berita

Dua Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Terlibat Samun Di Kulim
Alor Setar: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes samun berhampiran sebuah bangunan terbiar di belakang bangunan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dekat Kulim, pada 24 Jun lepas. Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim berkata dalam kejadian pukul 1.00 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 46 tahun sedang berjalan ke […]
Hadiah Istimewa Menanti Pengunjung Pertama Di Lima Muzium Kedah
ALOR SETAR, 30 Jun — Lembaga Muzium Negeri Kedah menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung pertama di lima muzium kelolaannya yang akan beroperasi semula esok. Pengarah Muzium Kedah Suhaidi Shukri berkata Muzium Negeri Kedah, Muzium Diraja Kedah, Muzium Padi, Balai Seni Negeri dan Rumah Warisan (Rumah Tok Su dan Rumah Sri Banai) akan mula dibuka pada 9 pagi […]
Anak Terengganu Tonjol ‘Skill’ Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai lukisan mural yang dihasikan oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali yang melukis wajah para wira negara yang telah bekerja keras untuk mengendali krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Lukisan yang dihasilkan itu telah menarik perhatian ramai pihak terutama warganet. Seorang jurugambar terkenal, Dallah Deen, turut menzahirkan rasa […]

Banjir Di Sabah Semakin Pulih, Mangsa Di PPS Semakin Menurun
Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun petang ini dengan 428 mangsa daripada 133 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah setakat pukul 4.00 petang ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kini hanya 99 mangsa daripada 35 keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota […]

Puas Hati “Hiking” 4 Jam, Jumpa Pemandangan Seakan ‘Jurassic World’ Di Padawan Sarawak
Terdapat banyak tempat untuk dilawati di negara kita. Ada di antaranya yang masih lagi ‘tersembunyi’ dengan keindahan alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan. Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Aizaharwani MJ di Facebook mengenai pengalamannya menerokai permata tersembunyi di Bumi Kenyalang. Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak ini diliputi gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan […]

Covid-19: 246 Kes Baharu Di Singapura Dengan 6 Dalam Komuniti
SINGAPURA, 30 Jun – Singapura hari ini melaporkan 246 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan enam kes dalam komuniti, menjadikan jumlahnya 43,907 kes. Dalam data ringkas tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan tiga pemegang pas pekerja. Kes baharu yang lain melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di […]

Tiga Pekerja Rumah Kebajikan Didakwa Aniaya, Cederakan Kanak-Kanak Tujuh Tahun
Kuala Lumpur: Tiga pekerja rumah kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di premis itu, dua bulan lepas. Low Kam Len, 72, Ooi Kian Choo, 66, dan Jackie Yong, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka, oleh […]

Peniaga Didakwa Ugut Bunuh Ibu Kandung
Melaka: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya, Khamis lepas. Tertuduh, Muhammad Shaifulzaini Pazeli, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Bapa tiga anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Noor Jahan Beevi Abdul Jabar, 48, untuk mendatangkan ketakutan […]

Jurutera Tular Didakwa Memandu Mabuk, Cederakan Pesara Polis
Kuala Lumpur: Seorang jurutera yang tular dalam media sosial berhubung kejadian merempuh sebuah kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang pesara polis cedera. S.Surintheran, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar. Tertuduh didakwa sebagai […]

(Video) Tiga Bilik SMK Pasir Gudang 3 Musnah Dijilat Api, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bergegas ke Pasir Gudang bagi menghentikan kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3 tengah hari tadi. Menerusi satu kiriman daripada laman Twitter pembaca berita terkenal Yasir Mansor menunjukkan api yang marak telah membakar tiga buah bilik di sekolah tersebut iaitu bilik stor, bilik sejarah dan […]

Kompleks ICQS Padang Besar Dan Durian Burung Dibuka Untuk Kenderaan Perdagangan Sahaja – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja. “Agensi-agensi yang terlibat telah […]

Tragedi Bot Terbalik: Sejam Berpaut Pada Bot, Menangis Minta Tolong Sebelum Diselamatkan – Mangsa
Pasir Mas: “Selama sejam berpaut pada bot, menangis dan meminta pertolongan sebelum diselamatkan oleh bot nelayan,” kata Muhammad Faris Ramli, 22, salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi bot terbalik dibadai ribut di perairan Bachok, malam tadi. Menceritakan kejadian itu, Muhammad Faris berkata, beliau bersama 20 pemancing termasuk tekong dan awak-awak baharu tiba di lokasi kejadian untuk melakukan aktiviti […]

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 730 Orang Tengah Hari Ini
Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat tengah hari ini dengan 730 mangsa daripada 225 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah setakad pukul 12 tengah hari ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 324 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota […]

Peniaga Didakwa Hina Sultan Kelantan
Johor Bahru: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, terhadap pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Disember lepas. Md Haniff Md Yunos, 41, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim V. Mabel Sheela. Mengikut kertas pertuduhan, Md Haniff didakwa secara sedar membuat […]

MKN Sabah Hantar Pulang 409 Warga Indonesia Ke Negara Asal
Tawau: Majlis Keselamatan Negaran (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia. Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kejayaan pengusiran itu atas faktor kerjasama baik diberikan kerajaan Indonesia seperti mana dalam siri-siri pengusiran terdahulu. “Ini pengusiran siri […]
India Haramkan Puluhan Aplikasi Dari China Termasuk Tiktok Atas Faktor Keselamatan & Privasi
NEW DELHI, 30 Jun – India mengharamkan penggunaan aplikasi video TikTok dan puluhan lagi aplikasi mudah alih lain yang dibangunkan syarikat China atas faktor keselamatan dan privasi. Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat dalam satu kenyataan pada Isnin berkata 59 aplikasi dilarang digunakan ekoran “kebimbangan mengenai aspek berkaitan keselamatan data dan privasi” rakyat India yang menggunakannya. […]

Isteri Dah Merayu Untuk Tidak Ke Laut, Tak Sangka Suami Akhirnya Mati Lemas Dalam Tragedi Bot Terbalik
Kota Bharu: ”Saya sudah merayu kepadanya untuk tidak ke laut, namun dia tetap berkeras untuk pergi juga,” kata Rosmaliza Rosdin, 42, isteri kepada seorang lelaki yang lemas selepas bot yang dinaiki 20 pemancing termasuk tekong dan awak-awak terbalik selepas dibadai ribut di Jeti Pengkalan Kuala Kemasin di sini, malam tadi. Rosmaliza berkata, arwah suaminya Mohd […]

3 Bulan Berstatus Zon Hijau, Lelaki Muslim 18 Tahun Ke Atas & Tidak Uzur Wajib Hadir Solat Jumaat Di Perlis – Mufti
Negeri Perlis antara negeri yang menjadi zon hijau paling awal sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini. Dalam satu perkongsian daripada Facebook rasmi Mufti Negeri Perlis, Dr Maza mengeluarkan satu pemberitahuan untuk penduduk di Perlis tentang kewajipan solat Jumaat di negeri tersebut. Alhamdulilah, Negeri Perlis telah menjadi […]

Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir, Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia
Sejenis selesema babi yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain telah dikenal pasti oleh para saintis. Virus berkenaan yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1, dikesan melalui analisis daripada 30,000 sampel swab hidung yang diambil dari khinzir di rumah penyembelihan di China. Ianya digambarkan sebagai campuran influenza yang dijumpai pada burung di […]

Wanita OKU Meninggal Dunia, Laporan Awal Punca Kematian Akibat Sawan Rupanya Dipercayai Didera
Sesungguhnya tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna. Kelompok yang tidak sempurna ini atau dikenali sebagai orang kurang upaya (OKU) adalah sebahagian daripada entiti masyarakat yang perlu dihormati dan disayangi kerana Islam tidak pernah membelakangi mereka. Kehadiran mereka yang kurang upaya adalah rahmat kepada orang lain untuk berasa bersyukur atas nikmat kesempurnaan yang dikurniakan kepada […]