Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MKN Sabah Hantar Pulang 409 Warga Indonesia Ke Negara Asal

Gambar: FB MKN Sabah via Bernama

Tawau: Majlis Keselamatan Negaran (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Iklan

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kejayaan pengusiran itu atas faktor kerjasama baik diberikan kerajaan Indonesia seperti mana dalam siri-siri pengusiran terdahulu.

“Ini pengusiran siri ke-19 melalui laut bagi tahun 2020 melibatkan PATI Indonesia.

“Selain itu, pengusiran 11 PATI warganegara Pakistan, China dan Sri Lanka dijalankan melalui udara yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga kini jumlah pengusiran PATI sepanjang tahun ini ialah 4,355 orang.

Beliau dalam pada itu berkata, kerjasama masyarakat adalah penting terutamanya majikan agar tidak melindungi dan menggaji PATI untuk bekerja.

— BERNAMA