Berita

Berita
Galeri Skybridge Jambatan Angkat Terengganu Dibuka Semula Esok
KUALA TERENGGANU, 27 Jun — Selepas hampir 100 hari ditutup, Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat Terengganu atau ‘drawbridge’, akan kembali beroperasi seperti biasa pagi esok dengan mengamalkan prosedur operasi standard (S.O.P) yang ditetapkan kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud berkata sebagai persediaan untuk kembali menerima pelancong, proses nyah […]
Berita
(Video) Rakaman Dipercayai Kelibat Menyerupai ‘Anak Kecil’ Berlari Di Sungai Buat Warganet Seram
Sesetengah daripada kita pastinya pernah berpengalaman atau pun secara tidak sengaja terserempak serta diganggu oleh unsur-unsur mistik yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Pun begitu, perkara mistik ini sememangnya wujud. Namun, tidak semua orang yang mungkin boleh dikatakan ‘bertuah’ untuk merasainya sendiri. Dalam satu video yang dikongsi oleh akaun Instagram makassar_iinfo, satu kelibat yang dipercayai […]
Kesihatan
2 Kanak-Kanak Mangsa JE Dikesan Di Pulau Pinang
Dua kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan dua mangsa kanak-kanak berusia dua dan lapan tahun dengan seorang daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang(HPP). Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Asmayani Khalib berkata kedua-dua kanak-kanak itu menerima rawatan sejak Isnin lalu namun seorang daripadanya telah dibenarkan pulang. Dua kanak-kanak itu masing-masing dari Kampung […]
Berita
Dipercayai Ketagihan Arak, Tiga Dilaporkan Maut Selepas Minum ‘Hand Sanitizer’
Tiga orang dilaporkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi berada dalam keadaan kritikal dan seorang buta kekal selepas menelan hand sanitizer yang mengandungi metanol, lapor New York Times. Kes paling awal yang dilaporkan kepada Pusat Maklumat Racun dan Kawalan Dadah New Mexico adalah pada 7 Mei lalu dan selebihnya berlaku selepas 29 Mei. Jurucakap dari […]
Berita
Hidap Kanser Payudara Tahap 4, Bapa 4 Orang Anak Ini Terima Bantuan LZS
Setiap orang mempunyai pelbagai ujiannya yang tersendiri. Ada yang diuji dengan kemewahan, ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan sakit dan bermacam-macam lagi. Pun begitu, ujian-ujian tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dianggap sebagai bala dalam kehidupan. Ini kerana, ujian datang untuk memberikan pengajaran kepada kita supaya kita tahu bahawa diri kita sebenarnya kuat […]
Berita
PKPP: Sudah Boleh Urut Kaki, Jangan Lupa SOP – BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Usaha mengekang penularan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan perkembangan positif telah meyakinkan kerajaan untuk membenarkan lebih banyak sektor ekonomi kembali beroperasi. Ini termasuk berita baik buat mereka yang telah lama memendam hasrat untuk ‘memanjakan’ diri di pusat spa, “wellness” dan urut kaki, anda boleh melakukannya mulai 1 Julai ini. Menteri […]
Berita
(Video) Meremang, Gadis Tak Sedar Terakam Makhluk Berbungkus Tengah Melompat Di Tepi Jalan
Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami pengalaman seram berdepan dengan kejadian-kejadian aneh. Kadangkala ianya seperti tidak masuk dek akal tetapi kewujudan makhluk ghaib iaitu jin pada alam yang sama dengan manusia sememangnya tidak dapat dinafikan. Seperti perkongsian oleh Twitter creepyposta mengenai sebuah kejadian seram yang menimpa seorang gadis baru-baru ini ketika melalui sebuah […]
Berita
Masjid Di Singapura Mula Adakan Solat Jumaat Selepas 15 Minggu
Singapura: Ketika Singapura memasuki minggu kedua Fasa Kedua pembukaan semula hari ini, masjid di negara itu telah dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah harian, selepas ia dihentikan sejak 13 Mac, sebagai langkah mengekang penularan COVID-19. Tinjauan Bernama di kawasan Masjid Sultan di Kampung Glam sewaktu solat Jumaat hari ini mendapati, beberapa kakitangan telah […]
Luar Negara
Selepas Kesal Tak Dapat Hadir Kelas ‘Online’ Kerana Kesempitan Hidup, Remaja Ditemui Mati Di India
Seorang pelajar berusia 16 tahun, yang sedih kerana tidak mempunyai telefon pintar untuk menghadiri kelas dalam talian, ditemui mati berhampiran rumahnya di daerah Chirang di Assam, India pada hari Selasa, kata polis. Menurut polis, pelajar tingkatan empat berasal dari keluarga miskin, kesal kerana dia tidak dapat mengikuti kelas dalam talian dan peperiksaan yang dijalankan oleh […]
Berita
SUHAKAM Gesa Kerajaan Sokong Larangan Penyeksaan
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menyeru kerajaan segera melaksanakan beberapa langkah menyokong larangan penyeksaan di bawah undang-undang adat antarabangsa. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan larangan penyeksaan adalah termaktub di bawah Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut Suhakam, antara […]
Berita
Malaysia Minta Singapura Pertimbang Benar Pekerj Malaysia Ulang-Alik – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Malaysia meminta Singapura memberikan pertimbangan sewajarnya untuk memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semasa kedua-dua pemimpin negara itu berhubung menerusi panggilan telefon bagi membincangkan pembukaan semula […]
Berita
Tiada Perbincangan Naikkan Had Umur, Pengeluaran Penuh KWSP Kekal Pada 55 Tahun
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kenaikkan had umur untuk pengeluaran penuh yang sedang menjadi bualan ramai di media sosial. Pengesahan ini susulan ada laporan berita yang menyatakan cadangan dari Bank Dunia agar had umur pegeluaran penuh simpanan persaraan dinaikkan beransur-ansur sehingga umur 65 tahun. Ini bertujuan untuk simpanan […]
Luar Negara
2 Anak Yatim Ini Digelar ‘Google Al-Quran’, Hafal Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin
Kedua-dua anak yatim ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT, iaitu dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Sehingga diberi gelaran ‘Google Al-Quran’. Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia. Mereka berdua mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran. Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman […]
Berita
Warga Emas Sujud Syukur Dapat Tunai Solat Jumaat
JOHOR BAHRU, 26 Jun – Seorang warga emas yang jelas gembira dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, di sini hari ini, menzahirkan kesyukurannya dengan melakukan sujud syukur, setelah tiga bulan tidak dapat menunaikan solat Jumaat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas. Ahmad Mohd Awi, 73, berkata perasaan […]
Kesihatan
Tiada Jaminan Pesakit Sembuh Covid-19 Tidak Dijangkiti Semula, Pemeriksaan Setiap Tiga Bulan
PUTRAJAYA, 26 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan pemeriksaan susulan terhadap pesakit COVID-19 yang sudah didiscaj dari hospital setiap tiga bulan bagi memantau tahap sebenar antibodi dan keadaan paru-paru mereka. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan tidak ada jaminan bahawa mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19 tidak boleh dijangkiti semula. “Pemeriksaan susulan […]
Berita
Penantian Penuh Luka, Dari Tragedi ‘Gerrard Slip’ Kini Liverpool Jadi Juara Eropah Dan Bumi England
Penantian tiga dekad Kelab Bolasepak Liverpool untuk ditabal menjadi Juara Liga Perdana Inggeris akhirnya terlerai selepas perlawanan Manchester City menentang Chelsea yang berkesudahan Chelsea membenam pencabar terdekat Liverpool itu dengan keputusan 2-1. 30 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, perjalanan berliku kelab Merseyside ini berkesudahan dengan penuh kecemerlangan. Pengurus bersilih ganti, pemain-pemain masuk dan keluar, […]
Berita
Nak Bagi ‘Pengajaran’, Lelaki Didakwa Tergamak Cederakan Telinga Isteri Hingga Alami Trauma
Seorang lelaki didakwa tergamak ‘memotong’ sebahagian telinga isterinya gara-gara isterinya itu tidak menyiapkan makanan untuknya pada Isnin lalu. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Desa Bukit Sutra, Indonesia itu dikatakan berpunca selepas suspek dikatakan malu ketika mengetahui isterinya itu menginap di rumah jirannya dan tidak menyediakan makanan untuknya. Menurut Kompas.com, suspek telah bertindak sedemikian kerana isterinya […]
Berita
JHL Sabah Tahan Lelaki Aktif Pasar Telur Penyu Di Media Sosial Peribadi
KOTA KINABALU, 26 Jun – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menahan seorang lelaki yang dikesan aktif memasarkan telur penyu menerusi media sosial miliknya, dalam Ops Tapau di Putatan, dekat sini pagi tadi. Pengarahnya Augustine Tuuga berkata suspek yang berumur 21 tahun itu ditahan selepas empat penguat kuasa JHL Sabah memeriksa sebuah kenderaan Proton Wira berwarna kelabu di tempat letak […]
Berita
Cuba Pertahan Diri Dari Diperkosa, Gadis 14 Tahun Dilaporkan Maut Dibakar Hidup-Hidup
New Delhi, 26 Jun- Seorang gadis berusia 14 tahun maut setelah dibakar hidup-hidup oleh dua orang lelaki yang cuba memperkosa mangsa di Bemetaram, Chhatarpur, lapor Tribunnews. Mangsa yang mengalami kecederaan serius dengan kesan terbakar 80 peratus pada tubuhnya telah dibawa ke hospital tempatan pada Rabu (24 Jun). Sebelum meninggal dunia, gadis tersebut sempat memberitahu identiti […]
Berita
Laut China Selatan Perlu Kekal Aman, Laluan Perdagangan – PM
Pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan jelas dan konsisten bahawa ia seharusnya kekal aman dan menjadi laluan perdagangan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Malaysia berpendirian bahawa Laut China Selatan seharusnya kekal sebagai kawasan aman dan menjadi laluan perdagangan. “Oleh itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen […]