Berita
Cuba Bunuh Diri, Penganggur Dipenjara Sebulan
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Gara-gara cuba membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan serpihan kaca tingkap pada Mei lepas, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jacob Stanley, 42, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah flat di Sentul di sini, pada […]
“Saya Minta Maaf,” Sangka Kucing Mati Diracun, Isi ‘Nota’ Diterima Wanita Ini Bikin Sebak
Kucing sememangnya menjadi haiwan yang sentiasa mendapat perhatian kerana kecomelan dan kenakalan mereka yang semestinya mampu mencuit hati setiap orang. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa haiwan tersebut bagaikan sudah menjadi seperti ahli keluarga sendiri. Justeru, tidak hairanlah jika kehilangan haiwan tersebut akan sangat dirasai oleh setiap pencinta kucing. Menerusi kiriman Rosliza Saad di Facebook, dia […]
(Video) Operator Pengeluaran Dipenjara 12 Bulan, Denda Sembunyi Kelahiran Bayi
MELAKA, 26 Jun — Seorang operator pengeluaran kilang dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayat mangsa ke dalam lubang kumbahan, awal bulan ini. Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Faiz Zakariyah, 25, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara […]
Kira-Kira 1,200 Pemandu Positif Alkohol Ditahan Sejak Januari
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Kira-kira 1,200 pemandu mabuk dan positif kandungan alkohol melebihi had ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Mabuk sejak awal tahun hingga 15 Jun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata jumlah itu direkodkan menerusi 507 operasi yang dijalankan di seluruh negara. “Daripada jumlah itu, 14,949 […]
“Lengan Tangan Kanan Patah Dan Pasang Besi,” Lelaki OKU Cekal Buat Banyak Kerja Untuk Tampung Hidup
JITRA, 26 Jun (Bernama) — Meskipun diri serba kekurangan tidak seperti individu normal lain, tetapi Shaari Hamid, 56, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk bekerja keras dengan melakukan beberapa kerja bagi menyara keluarga. Shaari dari Kampung Melele, Kodiang dekat sini tidak pernah menganggap ketidakupayaan fizikalnya itu sebagai ‘tembok’ besar […]

Hanya 1.41%, Kadar Kematian Covid-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia
Kementerian Kesihatan Malaysia sukacita memaklumkan bahawa kadar kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia antara yang terendah di dunia. Hal ini merujuk kepada jumlah keseluruhan kes kematian sehingga hari ini adalah 1.41 % dengan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 121 orang. Hari ini juga, Malaysia terus mencatat sifar kes kematian yang berpunca dari Covid-19 Bagaimanapun, […]

Pelajar, Rakyat Malaysia Pemastautin Tetap Boleh Keluar Negara Tanpa Mohon Kebenaran Awal
Putrajaya: Pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian di luar negara termasuk yang baru menerima tawaran atau ingin mengambil peperiksaan, dibenarkan keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran awal daripada Jabatan Imigresen (JIM). Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka adalah antara kategori rakyat Malaysia dibenarkan ke luar negara, tanpa […]
COVID-19: Penjual Bina Sekatan Kayu Untuk Pastikan Jarakan Sosial Peminat Durian
GEORGE TOWN, June 26 — Seorang penjual durian di Pulau Pinang berusaha lebih untuk memastikan pelanggannya dapat membeli raja buah sambil menjaga jarak sosial dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Tan Chee Wei membina tujuh sekatan kayu untuk membolehkan pelanggannya memilih durian yang mereka mahu dengan teliti sebelum membuat pembelian. Selain sekatan kayu selebar kira-kira dua kaki yang dibina sendiri, […]

Hanya 191 Kes Aktif Covid-19 Di Malaysia, Kali Pertama Sejak PKP Kes Aktif Kurang Daripada 200 Kes
Sepanjang tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia buat kali pertama memaklumkan bahawa kes aktif kurang daripada 200 pada hari ini iaitu sebanyak 191 kes. Manakala, hari ini genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun 2020. Pendekatan Kerajaan dalam implementasi PKPP […]

PDRM Nafi Tidak Ambil Tindakan Kes Rogol Warga Nigeria
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya polis tidak mengambil tindakan berhubung kes rogol dan pukul melibatkan seorang wanita warga Nigeria pada 4 Jun lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan lengkap telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini […]

Harga Minyak RON97 Dan RON95 Naik 10 Sen, Diesel Naik 9 Sen
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 10 sen seliter mengikut kemaskini terbaharu daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Ianya menjadikan harga petrol RON97 sebanyak RM 1.99 seliter iaitu daripada RM 1.89 seliter. Manakala, harga petrol RON95 sebanyak RM 1.69 seliter iaitu daripada RM1.59 seliter. Pada masa sama, harga runcit diesel turut naik sebanyak 9 sen […]
Mohon Kebenaran Pejabat Agama Daerah, Tunai Ibadah Korban Di Kawasan Luas – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 26 Jun– Ahli Jawatankuasa Kariah (AJK) surau di kampung boleh memohon kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah bagi mengadakan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di kawasan lebih luas sekiranya surau sedia ada terlalu sempit. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan boleh mempertimbangkan kelulusan untuk tujuan itu bagi membolehkan amalan jarak […]

TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu, Kekal 1 Angka Untuk 4 Hari Berturut-turut & 23 Kes Pulih Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan […]
KKM Kesan 14 Kes Malaria Di Ampang, Majoriti Melibatkan Warga Asing
Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru orang awam mengambil langkah berjaga-jaga susulan 14 kes Malaria dikesan di Ampang, baru-baru ini. Sebelum itu, Ketua Pengarah, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 20 Mei lalu menerima notifikasi satu (1) kes Malaria dari Hospital Ampang, melibatkan seorang warga Bangladesh yang bekerja di tapak […]
Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di Enam Buah Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga 7 malam ini. Amaran ribut petir ini telah dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 3:40 petang melibatkan enam buah negeri di Semenanjung dan luar Semenanjung Malaysia. Antara negeri yang dijangka akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin […]
Standard DKP Dilancar, Bantu Durian Kampung Kualiti Tinggi Terima Harga Setimpal
JELEBU, 26 Jun — Jabatan Pertanian Malaysia hari ini melancarkan Standard Durian Kampung Premium (DKP) bagi membolehkan buah berkenaan mendapat harga yang setimpal di pasaran. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, standard berkenaan juga sebagai panduan kepada petani, penjual dan masyarakat, dalam membezakan durian kampung berkualiti tinggi iaitu DKP dan durian […]
KKM Sahkan Satu Kes Baharu Rabies Libatkan Kematian Di Sarawak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa terdapat satu kes baharu rabies telah disahkan yang melibatkan seorang lelaki warga emas berumur 62 tahun. Menurut kenyataan itu, lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak itu telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 di Hospital Sibu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu (1) kes […]
“Kita Telah Sama-Sama Berjaya..” Genap 100 Hari PKP, Pak Long Mail Ucap Tahniah Buat Rakyat Malaysia Atas Kerjasama Perangi COVID-19
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas usaha sama yang diberikan dalam memerangi pandemik COVID-19. “Semalam, genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. “Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sokongan daripada seluruh rakyat, kita telah sama-sama berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 sehingga jumlah jangkitan harian menurun ke satu […]
Kerajaan Benarkan ‘Fitting’ Pakaian Termasuk Kasut Di Premis Perniagaan – Ismail Sabri
Putrajaya, 26 Jun- Kerajaan membenarkan pengunjung untuk mencuba pakaian dan kasut di premis perniagaan berikutan tiada kes positif COVID-19 di pasaraya. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan telah mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung hal itu. “Hari ini mesyuarat berbincang, mendengar permohonan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan […]
Sekolah, Madrasah Tahfiz Dibenar Beroperasi Semula
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut […]