Berita
Foto-Foto & Video Gerhana Matahari Hari Ini Di Beberapa Buah Negara
Hari ini berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa yang boleh dilihat di beberapa negara di dunia. Seperti sekarang, kita di Malaysia sedang menyaksikan fenomena tersebut yang telah bermula kira-kira sejak 2.30 petang tadi. Difahamkan, kemuncak gerhananya adalah sekitar 3.55 petang. Partial Solar Eclipse – Live from ShahGazer Observatory, Kuala Lumpur Partial Solar Eclipse – Live from […]
Kes COVID-19 Naik Mendadak Disyaki Akibat Aktiviti Kunjung-Mengunjung & Majlis Keramaian, Kerajaan Victoria Di Australia Tarik Balik Kelonggaran
Kerajaan negeri Victoria di Australia mengumumkan akan memanjangkan perintah darurat untuk sekurang-kurangnya empat minggu berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu. Hal ini dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung dan majlis keramaian melibatkan komuniti di sana. Menurut The Guardian, Menteri Kesihatan Australia, Jenny Mikakos berkata, sebanyak 19 kes baru dilaporkan di mana 10 daripadanya berpunca […]
TERKINI: Muntahkan Debu Setinggi 6 Kilometer, Gunung Merapi Di Indonesia Meletus Dua Kali Hari Ini
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilapor meletus dua kali hari ini, kira-kira 9.15 pagi WIB. Menurut portal berita antarabangsa, letusan berkenaan melepaskan debu setinggi 6 kilometer ke udara dan boleh dilihat dari jauh. Kedua-dua letusan berkenaan dilapor berlaku kira-kira 7 minit. Debu-debu berkenaan juga dilapor menutupi ruang udara di kawasan berdekatan. Penduduk […]
“Dekat Segenggam…”, Pemuda Dakwa Jumpa Paku Bertebaran Atas Jalan Di Jalan Skudai – Tampoi
Seorang pengguna Facebook, Khanafi Mohd dalam satu kemas kini status pagi tadi mendakwa menemui puluhan paku dipercayai di kawasan Jalan Skudai – Tampoi, Johor Bahru. Bagaimanapun, jumlah paku yang dikutip tidak dapat dipastikan tetapi kuantitinya dikatakan mencapai satu genggaman. Tiada maklumat lanjut dikongsikan bagaimana paku berkenaan boleh berada di kawasan jalan tersebut. Dalam kemaskini yang […]
Dua Hari Menghilang, Pemilik Kucing Jalanan ‘Oyen’ Si Bob Dedah Punca Kematian
Masih ingatkan anda kisah seekor kucing jalanan terkenal, Bob yang telah mati beberapa hari lalu? Ketika berita itu tular, pemiliknya James Bowen beserta jutaan peminat di seluruh dunia menangisi kematiannya kerana percaya, kucing tersebut ibarat nyawa bagi James. Dari zaman James hidup susah sebatang kara sehinggalah menjadi terkenal dan mampu menulis buku serta filemnya sendiri, […]
Tiga Jenis Tabungan Anak Muda Kena Ada Sementara Komitmen Masih Rendah
Biarpun umur sudah hampir atau mencecah 30 tahun, masih ada antara kita yang belum mempunyai simpanan. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin alasannya tak cukup wang untuk menyimpan, dan yang bujang pula kadangkala tak nampak betapa mustahaknya dana kewangan. Ada yang berkata, “Besar periuk, besar juga keraknya”. Tapi dengan periuk canggih sekarang, nasi pun dah jarang […]
Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Tambunan
KOTA KINABALU, 21 Jun — Dua wanita maut manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, empat mangsa tersebut bergerak dari arah Kampung Minodung menuju ke Kampung Kaingaran, Tambunan menaiki kereta Proton Wira. “Kenderaan dipandu […]
“Selamat Hari Bapa”, Tengku Puteri Jihan Kongsi Gambar Yang Dipertuan Agong Masa Muda
Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa di Malaysia sekaligus dijadikan detik berharga buat anak-anak untuk menzahirkan penghargaan buat ayah tercinta. Tidak terkecuali, anakanda puteri-puteri Yang Dipertuan Agong, YAM Tengku Puteri Afzan dan YAM Tengku Puteri Jihan Abdullah. Mereka sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa buat Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta bapa-bapa […]
(Video) Ikuti “Live” Gerhana Matahari Separa Dari IAC Di Abu Dhabi
Negara akan menyaksikan fenomena Gerhana Separa Matahari yang berlaku sekitar pukul 2.30 hingga 5.30 petang hari ini. Justeru, orang ramai boleh bersedia dan dijemput untuk menyaksikannya secara langsung (FB Live) melalui halaman Facebook FalakOnline dan Planetarium Negara seperti pautan di bawah: – FalakOnline melalui pencerap Sharin Ahmad Al-Shahgazer Planetarium Negara Sementara itu, di bawah ini adalah […]
Lima Universiti Malaysia Masuk Ranking 200 Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Kejayaan lima universiti penyelidikan di negara ini tersenarai dalam ranking 200 universiti terbaik dunia membuktikan bahawa pendidikan tinggi Malaysia kini bertaraf dunia, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak. Kelima-lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains […]
Polis Marin Tahan Bot Nelayan Tempatan Disyaki Guna Khidmat Pekerja Warga Asing Tanpa Kebenaran
Sebuah bot nelayan tempatan di kawasan perairan tujuh batu nautika dari Kuala Selangor ditahan kerana disyaki guna khidmat pekerja warga asing tanpa kebenaran. Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi satu kenyataan berkata, bot tersebut ditemui ketika sepasukan anggota bot ronda RH 16 PPM Wilayah (1) Pelabuhan Klang yang diketuai oleh KPL Mohd Redzuan bersama empat (4) […]
Terlibat Lumba Haram, Lelaki Warga Indonesia & Pelajar IPT Antara 10 Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
PORT DICKSON, 21 Jun (Bernama) — Seramai 10 lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Bypass Port Dickson di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam operasi yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 1 pagi itu, kesemua individu yang berusia 17 […]

Banjir Johor: Lima Daerah Terjejas, Lebih 1,000 Mangsa Terpaksa Berpindah
JOHOR BAHRU, 21 Jun (Bernama) — Seramai 1,210 orang daripada 288 keluarga di lima daerah di negeri ini terjejas akibat banjir setakat 8 pagi ini berikutan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata lima daerah yang terjejas adalah Muar, Batu Pahat, Tangkak, Kluang dan […]
Tilam, Peti Ais Pun 10 Sen, Uncle Kentang Buka Pasar Murah Di Puchong Utama Nak Bantu Orang Tak Berkemampuan
Terkenal dengan sifat pemurahnya, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng hari ini membuka pasar 10 sen khas untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Menurut Uncle Kentang, jualan yang berlangsung di sebuah kafe di Puchong Utama itu dijangka tamat pada 12 tengah hari ini. Orang ramai yang berminat untuk menyumbang barangan mereka boleh ke […]
30 Tahun Tadah Air Hujan & Mata Air, ‘Sinar Baru’ Untuk Keluarga Ini Selepas Dikunjungi Ustaz Ebit
Nun di Inanam, Sabah, tinggal sebuah keluarga dalam teratak daif mereka. Tanpa bekalan air, suami isteri ini meneruskan hidup dengan air hujan dan mata air. Kisah mereka mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang tampil membantu membina teratak baru dibantu ketua kampung dan NGO tempatan. Mari baca kisah mereka. 30 tahun tinggal di rumah kecil tadah […]

APMM Tahan Tiga Bot Nelayan Tempatan Bersama 11 Pendatang Di Hutan Melintang
LUMUT, 21 Jun — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan tempatan bersama 11 awak-awak warga asing yang tidak mempunyai sebarang permit menerusi Op Benteng Laut di 6.4 batu nautika Barat Daya Sungai Belukang, perairan Hutan Melintang, Jumaat lalu. Pengarah Maritim negeri Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata kesemua bot itu ditahan kira-kira sekitar 7.15 […]
(Video) Kepada Semua Bapa Jadilah Hero, Lindungi Keluarga Anda Dari Wabak Tak Kelihatan- KP Kesihatan
Tanggal 21 Jun 2020 hari ini merupakan sambutan Hari Bapa sedunia. Umumnya semua orang akan mengucapkan kata-kata penghargaan buat bapa mereka masing-masing atas segala jasa, pengorbanan dan sebagainya yang telah dicurahkan selama ini. Tidak kurang juga, hero kita; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan buat […]
Fungsi reCAPTCHA, “I’m Not A Robot” Ramai Tak Tahu, Siapa Yang Cipta & Penting Ke?
Internet menjadikan kehidupan zaman ini sangat mudah. Apa sahaja yang kita inginkan hanya dengan satu klik semua perkara mudah untuk didapati. Ingin membeli bekalan dapur? Hanya perlu pergi ke laman e-commerce. Ingi melakukan transaksi bank? Hanya perlu gunakan perkhidmatan bank dalam talian. Namun, seperti semua perkara, ada kelebihan dan kekurangan bagi setiap revolusi teknologi yang […]
Ismail Sabri Seru Semua Veteran Tentera Tidak Berpencen Daftar JHEV
Semua warga veteran tentera yang tidak berpencen diseru untuk berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau lebih mesra dipanggil ‘Pak Long Mail’ berkata, ia bertujuan sebagai manfaat yang disalurkan oleh Kementerian Pertahanan buat golongan tersebut. Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke kediaman seorang bekas anggota […]
PRK Chini: SPR Tubuh Tiga Pasukan Penguatkuasa Pantau Aktiviti Kempen
PEKAN, 20 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan memantau aktiviti sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, penubuhan pasukan membabitkan wakil parti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPR itu selaras dengan Seksyen 27B Akta […]