Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Selamat Hari Bapa”, Tengku Puteri Jihan Kongsi Gambar Yang Dipertuan Agong Masa Muda

agong masa muda
Gambar: House Of Pahang

Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa di Malaysia sekaligus dijadikan detik berharga buat anak-anak untuk menzahirkan penghargaan buat ayah tercinta.

Iklan

Tidak terkecuali, anakanda puteri-puteri Yang Dipertuan Agong, YAM Tengku Puteri Afzan dan YAM Tengku Puteri Jihan Abdullah. Mereka sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa buat Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta bapa-bapa seluruh Malaysia di Twitter mereka.

Tengku Puteri Jihan turut mengepilkan sekeping gambar Seri Paduka Baginda ketika masih muda yang sedang mengendongnya dalam kicauan berkenaan.

Kicauan tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan 500 ulang kicau.

Di kesempatan itu, sebahagian pengikut Tengku Puteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat baginda dan memuji kedua-dua mereka.

Sumber: Tengku Puteri Jihan