Berita
775 Warga Asing Daripada 13,149 Sampel Saringan Depot Tahanan Dikesan Positif, KKM Kini Fokus Empat Golongan Sasaran
Sebanyak 13,149 kes disampel bagi saringan di depot tahanan seluruh negara setakat 18 Jun, semalam. Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter melaporkan, daripada angka pensampelan itu, seramai 775 kes melibatkan warga asing dan tujuh (7) lagi daripada warganegara telah dikesan positif. Kesemua mereka sudah diasingkan dan dirawat serta dijalankan pengesanan kes secara aktif. Susulan itu, KKM […]

Bintang ‘Lord Of The Rings’, Ian Holm Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun
Pelakon Britain, Ian Holm telah dilaporkan meninggal dunia pada usianya 88 tahun, menurut ajennya. Holm mempunyai karier lakonan yang panjang dan bervariasi yang menyaksikan dia memainkan pelbagai watak. Holm sangat popular dengan wataknya sebagai Bilbo Baggins dalam trilogi ‘Lord Of The Ring’. Memetik laporan CNN, Holm meninggal dunia di rumahnya pada hari Jumaat pagi selepas […]
Tiga ‘Keldai Akaun’ Termasuk Seorang Wanita Ditahan- Polis
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Seramai tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai ‘keldai akaun’ ditahan dalam operasi ‘Op Mule Account’, di Petaling Jaya, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 37 tahun, ditahan pada jam lebih kurang 8.30 pagi, oleh anggota dan pegawai polis […]
“Penuh Surat Khabar Sejak 1911,” Wanita Ini Temui Pelbagai ‘Peninggalan’ Dalam Rumah Terbiar Dipercayai Berusia Lebih 100 Tahun
Mungkin sukar untuk dipercayai, namun sebuah rumah ladang yang sudah lama ditinggalkan masih lagi berdiri kukuh walaupun sudah berusia lebih 100 tahun. Kelihatan menakutkan, ia memberi peluang kepada seorang jurugambar untuk melihat kehidupan desa yang lebih menarik di kawasan tersebut. Rumah di County Tyrone, Ireland Utara, itu kelihatan biasa dari luar namun di dalamnya dipenuhi […]

Lebih 300 Tekong, Warga Tempatan Dikenal Pasti Terlibat Seludup Warga Asing Diburu
Pihak berkuasa sedang memburu lebih 300 tekong dan dalang warga tempatan yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin ke dalam negara. National Task Force (NTF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan warga tempatan ini, khususnya yang terlibat dalam industri maritim seperti nelayan, pemilik dan operator bot serta pemancing, boleh didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang […]
Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara-Gara Cemburu
Seorang wanita di Pinrang, Indonesia didakwa telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun dengan memukul dan menikamnya menggunakan sebatang pen gara-gara cemburu, lapor Mirror. Menurut pihak polis, wanita yang berusia 27 tahun itu telah memijak mangsa sebelum mengambil pen dan menikamnya di bahagian dada secara berulang kali. Laporan daripada polis mendakwa bahawa kejadian tersebut […]
Caj Tambahan Gunting, Dandan Rambut Hanya Untuk Apron Dan Sarung Tangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya membenarkan penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, untuk mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi apron pakai buang dan sarung tangan sahaja. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah yang besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai […]
Pegawai Penyiasat Pakai Sut PPE Ketika Siasat Kemalangan Maut
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan pemakaian sut peralatan perlindungan diri (PPE) kepada pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan maut di lebuh raya. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata sebagai langkah permulaan, PPE mula diedarkan hari ini untuk kegunaan pegawai penyiasat di […]
Survelan COVID-19 Diteruskan Walaupun PKPP Tamat – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 19 Jun — Aktiviti survelan atau pemantauan COVID-19 di Malaysia akan diteruskan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan nanti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata biarpun jumlah kes harian COVID-19 terkawal dan negara sudah memasuki fasa pemulihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melaksanakannya bagi memantau penularan COVID-19 dalam komuniti. “Aktiviti-aktiviti survelan yang […]
COVID-19: Empat Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah berkongsikan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikongsikan beliau, hanya terdapat empat negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari […]
Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Kidurong – KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan iaitu Kluster Kidurong. “Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan satu kes baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Kidurong. Sehingga kini terdapat 6 kes yang telah dikesan di dalam kluster ini. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun Terdapat 1 […]

Harga Petrol RON97, RON95 Naik 3 Sen, Diesel Naik 4 Sen Seliter Bermula Esok
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengemaskini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 Jun 2020 Sehingga 26 Jun 2020. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, harga minyak Ron97 naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.89/liter. Ron95 juga turut naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.59/liter manakala diesel pula naik 4 sen menjadi RM1.77/liter. Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh […]
TERKINI: 6 Kes Baharu COVID-19 Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 6 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 19 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,535 kes. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun Kes sembuh = 70Jumlah kes sembuh = 8,070 Kes […]
TERKINI: 70 Kes Telah Pulih, Jumlah Kumulatif Discaj Kini 8,070 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 70 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 8, 070 kes bersamaan 94.55%. Terkini #covid19malaysia, 19 Jun 70 kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes discaj […]
Tak Dapat Bayar Kos ‘Swab Test’, Ibu Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan
MAKASSAR – Seorang penduduk Makassar, Ervina Yana kehilangan bayinya yang belum lahir ketika hendak bersalin. Si ibu terganggu oleh saringan kesihatan Covid-19 sebelum melahirkan, kerana dia tidak mempunyai wang untuk membiayai saringan tersebut. Wakil Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman, Rabu (17/06/2020) mengunjungi Ervina, yang bayinya telah meninggal dunia dalam rahim kerana mengalami masalah tidak […]
“Pakai Labuh, Ingat I Tak Boleh Bayang Badan U Ke”, Gadis Dedah Terima Mesej Jijik Individu Tak Dikenali
Kalau dah kaki lucah, haiwan pun boleh dianiaya. Inikan pula wanita berpakaian sopan dan sempurna. Isu gangguan seksual bagaikan tak pernah padam di media sosial. Baru-baru ini, seorang remaja perempuan di Twitter berkongsi paparan skrin mesej diterima dari seorang individu tak dikenali dengan kandungan lucah. Berdasarkan paparan skrin berkenaan, individu tersebut membuat komen berkait pemakaian […]

Tiga Pembantu Penguat Kuasa Mengaku Tidak Bersalah Minta, Terima Rasuah
KOTA KINABALU, 19 Jun — Tiga penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, masing-masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik kedai runcit yang dikatakan melakukan kesalahan berhubung kawalan harga barangan. Mohamad Nazri, 38, Tonny Ramlee, 40, dan Rosdeh Likum, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas […]

Sindiket Palsukan Laporan Ujian Saringan COVID-19 Tumpas, Polis Tahan Lima Individu Termasuk Dalang
SHAH ALAM, 19 Jun — Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dengan menahan lima individu termasuk dalangnya dalam tiga serbuan berasingan di Seksyen 25 di sini dan Klang, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan itu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]
Lelaki Pertaruh Nyawa, Buat CPR Untuk Nenek Hidap COVID-19 Tak Sedarkan Diri Sebelum Terima Rawatan
Seorang lelaki di Mexico tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang paling disayangi selepas berusaha menyelamatkan neneknya. Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah Hospital di Mexico pada 8 Jun. Tular di media sosial gambar percubaan seorang lelaki memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepadanya neneknya yang tidak sedarkan diri disyaki menghidap COVID-19. Malangnya […]

Kes Denggi Di Ipoh Makin Membimbangkan, Meningkat Lebih 200 Peratus
Ipoh: Kes demam denggi di Perak khususnya bandar raya Ipoh semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata laporan menunjukkan bagi tempoh Januari hingga 13 Jun, sebanyak 888 kes direkodkan berbanding 262 kes untuk tempoh sama […]