Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengemaskini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 Jun 2020 Sehingga 26 Jun 2020.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, harga minyak Ron97 naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.89/liter. Ron95 juga turut naik sebanyak 3 sen menjadi RM1.59/liter manakala diesel pula naik 4 sen menjadi RM1.77/liter.
Kementerian Kewangan Malaysia turut memaklumkan bahawa, kenaikan harga tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
Dalam pada itu juga, Kementerian Kewangan Malaysia memberi jaminan bahawa akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaianbagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dipelihara.

