Berita
Pelajar Gembira Video Panjat Pokok Dapatkan Internet Terima Reaksi Positif
Baru-baru ini tular video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian. Video yang dimuat naik pada 12 Jun lalu di platform YouTubenya, Veveonah M., menerima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri reaksi serta komen positif selain turut dikongsi oleh UMS. Menerusi video […]
(Video) Mendebarkan, Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diutamakan. Menerusi satu video yang tular di media sosial Twitter, satu kemalangan yang agak ngeri untuk disaksikan diantara sebuah kereta dan dua buah lori telah terjadi di daerah Xianyou, China pada Isnin. Kejadian tersebut mula berlaku apabila sebuah kereta berwarna putih yang terdapat […]
Kencing Tikus: Seorang Maut, Empat Masih Dirawat Di HSNZ
KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) — Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia disyaki akibat kencing tikus (Leptospirosis) manakala empat lagi mangsa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata lelaki itu yang berasal dari Dungun dimasukkan ke HSNZ pada 5.30 petang, Ahad lepas dan meninggal dunia pada 1.20 pagi […]
Ambil Masa Dua Minggu, Transformasi Rumah Papan Sampai Nampak Mewah Dan Elegan
Rakyat Malaysia kini menjalani kehidupan normal baharu dengan beberapa kelonggaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menelusuri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu, pelbagai aktiviti dan idea kreatif yang dilakukan oleh orang ramai bagi menghilangkan bosan ketika berada di rumah. Antara aktiviti yang menarik perhatian adalah aktiviti mengubahsuai atau mendeko rumah. Media sosial […]
“Tanpa Perlu Menyental,” Ahli Kimia Ini Kongsi Cara Mudah Bersihkan Papan Pemotong
Papan pemotong sememangnya adalah suatu alat perkakas di dapur yang lazim digunakan untuk menyediakan makanan. Alat ini adalah salah satu peralatan yang penting dalam penyediaan makanan. Manakan tidak, sekiranya papan pemotong ini tiada, agak sukar untuk kita memotong di atas permukaan yang lain. Disebabkan ianya lazim digunakan, pastinya ia akan terdedah dengan pelbagai jenis kotoran. […]
“Bila Mahu Belanja Saya Makan Nasi Beriani Kambing,” PM Sempat Mengusik Sugu Pavithra Dalam Sidang Video
PUTRAJAYA, 16 Jun — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut. Sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini, bagi […]
‘Smartphone’ 5G Paling Mampu Milik Di Malaysia, ‘Standby’ Kemunculan ‘Phone’ Baru Huawei Nova 7 Series 19 Jun Ini
Pasti ada diantara kita yang sedang survey-survey handphone di pasaran untuk menukar telefon yang sedang dipakai. Untuk membeli handphone pula, sudah pastinya yang paling terbaru di pasaran menjadi antara shortlisted yang akan dipertimbangkan apabila sudah tiba masanya untuk membeli. Untuk itu, syarikat gergasi teknologi Huawei ada berita baik untuk anda yang sedang mencari telefon bimbit. […]
TERKINI: Tertinggi Sejak PKP, Sebanyak 333 Kes Pulih Dicatatkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini adalah sebanyak 333 kes. Menerusi kirimannya di Facebook, jumlah kumulatif bagi kes yang telah pulih dari Covid-19 dan dibenarkan discaj dari hospital adalah 7,733 bersamaan 90.9%. Status terkini COVID-19 setakat 16 Jun 2020Jumlah discaj baru: […]
Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal ‘Lotus Birth’, Taknak Potong Tali Pusat
Anda pernah dengar istilah ‘lotus birth‘? Ia adalah satu amalan melahirkan bayi dengan cara tidak memotong uri sejurus bayi dilahirkan atas beberapa faktor yang diminta oleh si ibu sendiri. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kematian seorang bayi bernama Harlow di Australia yang meninggal dunia akibat sakit yang teruk selepas ibunya mengamalkan ajaran pelik sejurus kelahirannya. […]
TERKINI: Tiada Kematian Dan 11 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Sebanyak 11 kes positif Covid-19 baharu dicatatkan setakat 16 Jun 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi kenyataan media yang dikongsi di akaun Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan jumlah kes positif yang dicatatkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,505 kes. Terkini #covid19malaysia, 16 […]
Dari RM190 Diskaun Sampai RM95 Semalaman, PKPP Buka Peluang Orang Ramai Bercuti Di Hotel ‘Kayangan’ Dengan Harga Paling Murah
KUALA TERENGGANU, 16 Jun — Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pakej pelancongan bertaraf ‘kayangan’ pada harga murah. Bukan itu sahaja, pelancong juga berpeluang mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Dis 2021. Rata-Rata pelancong yang berkunjung ke […]
Perak Benar Solat Jemaah, Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat
IPOH, 16 Jun (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan bilangan jemaah yang dibenarkan menghadiri solat fardu berjemaah dan solat Jumaat berasaskan kepada had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan menetapkan jarak satu meter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak […]

(Video) Belum Sempat Turun Basikal Dah Kena Kejar, Gelagat Kumpulan Kucing ‘Teruja’ Sambut Kedatangan Seorang Lelaki
Kucing merupakan antara haiwan yang manja dan rapat dengan manusia. Tak kira kucing peliharaan atau liar, pencinta haiwan biasanya mempunyai cara untuk memikat haiwan tersebut menjadi jinak. Dalam video dikongsikan seorang pengguna Twitter, Tok Tek, kelihatan hampir sepuluh ekor kucing jalanan menyambut kehadiran seorang lelaki berbaju merah yang menaiki basikal. ‘Keterujaan’ haiwan tersebut terserlah apabila […]
TERKINI: Korea Utara Letupkan Pejabat Perhubungan Korea Utara-Selatan
Korea Utara dilaporkan mengebom sebuah pejabat perhubungan antara-Korea di sempadan negaranya pada Selasa (hari ini), sekaligus menimbulkan tekanan kepada seluruh Semenanjung Korea berikutan diplomasi nuklear dengan Amerika Syarikat (US). Kementerian Penyatuan Seoul berkata, bangunan tersebut yang berada di bandar Kaesong, berhampiran sempadan Korea Utara diserang pada 2.49 petang tadi. Setakat ini, maklumat lanjut masih dalam […]
3 Askar India Dilapor Maut Bertempur Dengan Askar China Di Sempadan India-China
Sekurang-kurangnya seorang pegawai dan 2 anggota Tentera India dilaporkan terkorban dipercayai bertempur dengan Tentera China dalam pertembungan di kawasan tegang, Lembah Galwan yang terletak di sempadan kedua-dua buah negara tersebut, semalam (waktu tempatan). ”Ketika kedua-dua negara sedang berunding untuk mengurangkan ketegangan di Lembah Galwan, malangnya keganasan telah meletus semalam di kawasan ini dan menyebabkan kedua-dua […]
TERKINI: Sekurangnya Dua Roket Mendarat Berhampiran Lapangan Terbang Baghdad, Dipercayai Sasarkan Markas Tentera AS
Sekurang-kurangnya dua roket dilaporkan mendarat berhampiran Lapangan Terbang Baghdad yang menempatkan sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq. “Pada subuh, dua roket menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad di mana letaknya markas tentera Amerika Syarikat,” kata Kapten Ahmad Khalaf, salah seorang pegawai polis tempatan seperti dipetik Anadolu. Tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan, katanya. […]

SOP Terlalu Ketat, Peniaga Pasar Malam Tangguh Buka Operasi
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) memilih menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat. Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Azkhalim Suradi berkata meskipun mereka sudah dibenarkan beroperasi semula bermula semalam, […]
Pakar Sahkan Muhyiddin Bebas Kanser, Cukup Sihat Untuk Jalankan Tugas PM
Putrajaya, 16 Jun – Beberapa pakar perubatan mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menafikan laporan Sarawak Report kononnya beliau ke luar negara untuk menjalani rawatan kanser. “Semasa menjalani tempoh kuarantin, YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak […]
Kilang Tauhu Menjijikkan Di Cheras Diserbu DBKL, Dibiar Atas Lantai & Takungan Air Ada Lipas
Menjijikkan. Itulah keadaan yang boleh digambarkan sejurus melihat ‘pemandangan’ di sebuah kilang memproses tauhu di Cheras, Kuala Lumpur. Dalam satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan begitu kotor dan tidak mematuhi prosedur kerja yang betul. Menurut satu kenyataan di halaman Facebook DBKL, hasil […]

(Video) Detik-Detik Ulama Mesir Sempat Alunkan Ayat Al-Quran Sebelum Meninggal Dunia
Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baru-baru ini, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, […]