Berita

Kerjaya
Harumanis Subur Di Terengganu, Bak Kata Orang Ganu Manis ‘Leting’
SETIU, 13 Jun — Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara. Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana […]
Berita
Perlis Tangguh Kebenaran Pasar Malam Dan Pasar Sehari
Kangar: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. MPK dalam kenyataan malam tadi memberitahu ia selaras dengan keperluan bagi memastikan penganjuran aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Menurutnya MPK sedang […]
Berita
Tahanan Lari: Seorang Berjaya Ditangkap, Lapan Masih Diburu
Sandakan: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini pada awal pagi Rabu lepas, semalam. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu lelaki berumur 40 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Km 27 Jalan Sandakan-Kota […]
Berita
5 Lelaki Warga Bangladesh Ditahan, Disyaki Palsukan Dokumen Keputusan Saringan Covid-19 – Polis KL
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Polis menahan lima lagi lelaki Bangladesh yang disyaki terlibat dengan kegiatan memalsukan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 di Jalan Tengkat Tong Shin, di sini, Selasa, kira-kira empat hari selepas dua lelaki juga dari Bangladesh ditahan atas kesalahan yang sama dalam serbuan di Jalan Alor di sini minggu lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur, […]
Berita
Walau Sibuk Memerangi COVID-19, DG Hisham Sempat ‘Curi’ Masa Ke Bilik Pembedahan
KUALA LUMPUR, 12 Jun — Selepas beberapa bulan bekerja keras untuk memerangi pandemik COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kembali semula ke dalam bilik bedah. Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkata beliau sempat “mencuri” masa untuk melakukan pembedahan tiroidektomi untuk seorang pesakit yang menghidap “right dominant multinodular goitre” pagi ini. “Amat […]
Luar Negara
(Video) Selepas Hangat Isu Kelawar Dijadikan Makanan Di China, Kini Giliran Ratusan Kucing Pula Didakwa Bakal Terima Nasib Sama
Selepas kelawar dibunuh untuk dijadikan makanan eksotik, kini China masih tidak ‘serik’ lagi apabila ratusan ekor kucing pula ditangkap dan didakwa bakal menerima nasib sama. Kira-kira 700 ekor kucing ditemui dikurung dalam sangkar dalam satu kejadian di Linfen, wilayah Shanxi, didakwa untuk dijadikan sebagai makanan. Berdasarkan laporan media tempatan, kucing-kucing itu dipercayai dicuri dan penyeludup […]
Berita
“Suara Garau Macam Harimau”, Ustaz Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Rumah Sewa Percuma
Gangguan makhluk halus tidak mengenal sesiapa baik usia, jantina mahupun latar belakang agamanya. Bahkan, tidak terkecuali perawat perubatan Islam. Seorang pengguna Facebook yang mendakwa pernah mengamalkan perubatan Islam baru-baru ini berkongsi pengalaman gangguan makhluk halus yang tak akan dilupakannya. Menurut Ustaz Abu Amjad, ketika ditawarkan untuk mengajar sebagai seorang ustaz di utara tanah air, beliau […]
Berita
Kenapa Saiz Malaysia Atas Peta Kecil Sangat, Tapi Realitinya Lebih Besar Dari Beberapa Negara Eropah? Ini Jawapanya
Pernah tak cari negara kita di peta ataupun pada peta globe masa kecil. Mesti susahkan? Hal ini kerana saiz Malaysia pada peta sangat kecil. Namun, tahukah anda, Malaysia sebenarnya lebih besar dari Korea Selatan malah lebih besar dari beberapa negara di Eropah. Seorang pengguna laman Twitter @MHaffiizJ ada berkongsikan satu laman web iaitu www.truesize.com yang […]
Gaya hidup
(Video) Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah ‘Istimewa’, Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan
Walau sebesar mana pun kebaikan yang kita lakukan, tiada apa yang mampu membalas jasa ibu ayah yang telah bergolok gadai, korbankan segalanya untuk kita. Semuanya tidak setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sehingga kita hidup saat ini. Tanpa mereka, siapalah kita. Sebagai anak, kita diwajibkan untuk berbakti kepada ibu bapa kerana merekalah salah satu sumber […]
Berita
Tidak Menerima ‘Kad Jemputan’ Solat Jumaat Tidak Berdosa Meninggalkannya – Mufti Selangor
SHAH ALAM, 12 Jun — Tidak menjadi dosa ke atas mereka yang tidak menerima ‘kad jemputan’ untuk menunaikan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di negeri ini jika tidak menunaikan solat berkenaan, jelas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. Menurutnya mereka yang tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini disebabkan langkah pencegahan diambil kerajaan bagi membendung COVID-19 […]
Berita
Bumbung Rumah Tercabut, Kenderaan Dihempap Pokok Antara Situasi Cemas Dialami Warga Pulau Pinang Dalam ‘Serangan’ Ribut Pagi Tadi
GEORGE TOWN, 12 Jun — Walaupun tiada mangsa dalam kejadian ribut di Pulau Pinang pagi tadi, tetapi sebahagian daripada harta benda penduduk rosak teruk akibat bencana itu. Mohd Zamri Mohamed Yusof, 36, mempunyai pengalaman deja vu selepas bumbung rumahnya di Jalan Teluk Tempoyak, Batu Maung dekat sini, diterbangkan angin kencang, untuk kali kedua hari ini. Mohd Zamri, yang bekerja sebagai jurugegas di […]
Luar Negara
Dua Kes Baharu Dikesan Selepas Dua Bulan Sifar Jangkitan, Beijing Tunda Pembukaan Sekolah Rendah
Sesi persekolahan peringkat rendah di Beijing, China terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat dua kes baharu COVID-19 dikesan di sana selepas dua bulan bebas daripada sebarang jangkitan. Suruhanjaya pendidikan bandar berkata, pihaknya telah membatalkan semua kelas pengajian tahap satu, dua dan tiga yang sepatutnya dibuka pada Isnin ini, melibatkan kira-kira 520,000 pelajar, lapor Xinhua. Bagaimanapun, pelajar yang […]
Travel
Ada Yang Sesak Lebih 6 Kilometer, Trafik Perlahan Di Beberapa Kawasan Akibat Kemalangan, Kenderaan Rosak & Terbakar
Minggu ini merupakan minggu pertama rentas negeri dibenarkan di seluruh negara setelah penguatkuasaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. Dalam kemaskini Lembaga Lebuhraya Malaysia, trafik dilaporkan sesak sejauh 6.3 kilometer dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi arah Timur berikutan kenderaan rosak. Kerosakan itu menyebabkan lorong kecemasan dan lorong kiri terhalang sekitar jam 9.10 malam […]
Travel
Hairan Kenapa Lampu Isyarat ‘Skip’ Giliran Anda? Juruteknik Ini Dedah Sebabnya
Pernah tak anda menghadapi situasi bila lampu isyarat tak bertukar hijau walaupun sudah sampai giliran anda? Sebaliknya, lampu isyarat terus merah dan membuatkan anda terpaksa menunggu pusingan seterusnya. Tahukah anda, sebenarnya ada penjelasan di sebalik situasi ini. Untuk memahami lebih lanjut bagaimana lampu isyarat berfungsi dan mengapa ia melangkau giliran anda, jom baca penjelasan seorang […]
Kesihatan
KKM Kemas Kini Garis Panduan Bagi Pesakit COVID-19 Yang Dibolehkan Discaj
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini telah mengemas kini garis panduan discaj pesakit COVID-19. Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan tersebut adalah berikutan di mana pesakit dengan jangkitan COVID-19 yang disah oleh makmal boleh discaj daripada wad penyakit berjangkit apabila memenuhi kriteria-kriteria berikut. “Pertama, bagi pesakit bergejala, sekurang-kurangnya tiga (3) […]
Berita
PM Gembira & Bangga, Jemaah Solat Jumaat Hari Ini Patuh SOP Dengan Tertib
Setelah tiga bulan umat Islam di Malaysia ‘direhatkan’ sementara daripada aktiviti solat Jumaat berikutan wabak COVID-19, maka 12 Jun (hari ini) ia boleh dilaksanakan semula di masjid-masjid terpilih. Bersempena dengan pembukaan semula masjid untuk solat Jumaat, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan pihak kerajaan bagi memastikan tiada sebarang kebarangkalian jangkitan berlaku dalam jemaah tersebut. […]
Berita
Penyanyi Lagu Alalala Tok (Jangan Saman), Poe Meninggal Dunia
Penyanyi terkenal 90-an , Poe disahkan meninggal dunia tengah hari tadi. Allahyarham Mohd Fauzi Ahmad, 64 disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan hati ketika dirawat di Hospital Selayang. Arwah yang turut dikenali sebagai seorang kartunis pernah popular dengan lagu Alalala Tok (Saman) pada tahun 90-an. Pemergiannya diiringi ucapan takziah dari rakan taulan […]
Kesihatan
Keputusan COVID-19 Positif Bagi Pesakit Yang Telah Sembuh Berpunca Daripada Virus Yang Telah Mati -KKM
Putrajaya, 12 Jun- Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penemuan terbaru mengenai koronavirus yang menyebabkan COVID-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM mendapati pesakit COVID-19 yang telah disahkan pulih masih dikesan positif virus berkenaan. “Berdasarkan pemantauan KKM dalam pengurusan pesakit COVID-19, ujian RT PCR COVID-19 bagi kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih kekal menunjukkan […]
Kesihatan
Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif COVID-19, 40 Kontak Rapat Dikenal Pasti
Seramai 40 orang kontak rapat bagi seorang tukang gunting rambut warga Pakistan positif COVID-19 yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur telah dikenal pasti. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac […]
Kesihatan
TERKINI: Ujian Saringan Sahkan Warga Emas Meninggal Dunia Di Rumah Positif COVID-19
Putrajaya, 12 Jun – Satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini. Dalam sidang media Kementerian Kesihatan (KKM), pesakit disahkan meninggal dunia dan disahkan positif selepas ujian saringan dijalankan ke atasnya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit wanita warga emas itu meninggal dunia di rumahnya pada hari ini. “Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat […]