Berita
Tragedi Memancing, Pemuda Ditemui Lemas Selepas Tercampak Dari Bot Yang Berpusing
KUANTAN, 11 Jun (Bernama) — Pemancing yang didakwa tercampak keluar dari sebuah bot fiber di perairan Pulau Layak di Rompin sejak malam Selasa lalu, ditemukan lemas petang tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata mayat Md Fadhil Hanafi Chik, 29, dari Endau, Johor ditemukan sekitar 4 petang kira-kira […]
Jumpa Beg Baju Tepi Kawat Duri, Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari PKP Pentadbiran Kuala Langat
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Terdapat percubaan penduduk, dipercayai warga asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni, Kuala Langat untuk melarikan diri daripada kawasan itu. Perkara berkenaan disahkan oleh polis berikutan penemuan dua beg berisi pakaian berhampiran kawat duri yang memagari kawasan itu serta kesan cubaan memotong kawat duri […]
(Video) “Memang Ada, Duk Tunduk Je”, Lelaki Cemas Ada ‘Benda’ Tumpang Kereta Tengah-Tengah Malam
Kata orang, kalau bertemu hantu, jangan terlalu takut. Lagi kita takut, lagi seronoklah ia menyakat. Bagi mereka yang pernah ‘diganggu’, pasti faham bagaimana perasaannya ketika berhadapan dengan makhluk halus ini. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Wan Chiang berkongsi sebuah video ketika kenderaannya ditumpang sesuatu. Menurutnya, dia berada dalam perjalanan lewat malam ke Teluk Intan atas […]
Perak Peruntuk RM4.3 Juta Bantu Rakyat Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19
IPOH, 11 Jun — Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM4.3 juta bagi melaksanakan Program Transformasi Tenagakerja untuk membantu 1,500 orang yang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran kesan daripada COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata program itu yang bersifat tindakan jangka pendek bagi membantu mereka yang terjejas akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Latihan Vokasional dan Pendidikan […]
Derita Hidup Balu Wira Negara Dapat Perhatian JHEV
SRI AMAN, 11 Jun — Kesulitan hidup yang dihadapi oleh Linjong Edward, 70, balu kepada seorang wira negara, mendiang Renjer Tinggi Chakom, yang maut ketika menentang pengganas komunis mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak Mej. Pahot Joll berkata usaha menjejak Linjong dilakukan selepas memperoleh maklumat daripada seorang ahli veteran yang memaklumkan balu tersebut […]
Tertuduh Hisap Ganja, Main Snuker Sebelum Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah – Saksi
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes seorang remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lepas, bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan menghisap ganja sebelum kejadian itu. Saksi pembelaan ketiga Imran Fazley Abu Bakar, 19, berkata […]
(Video) Wajah Nampak ‘Kosong’, Kucing Seolah-Olah Alami Kemurungan Teruk Selepas Kematian Anak Pra-Matang
Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang sering dipilih manusia untuk dijadikan sebagai pendamping. Bagi pecinta haiwan, kucing mungkin adalah terapi yang mampu menggembirakan hati yang dalam kekusutan ataupun ‘lemau’ dengan masalah dunia, misalnya masalah kerja. Begitupun, ramai mungkin terlupa kucing juga adalah makhluk bernyawa yang turut mempunyai perasaan tersendiri. Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh […]
Rogol Ketika Mabuk, Siapa Yang Salah? Ini Jawapan Dari Peguam
Minuman beralkohol mengganggu fungsi kognitif peminumnya, membuatkan mereka tidak dapat berfikir dalam keadaan baik. Bila kewarasan dah hilang, pelbagai perkara boleh terjadi sama ada kemalangan ataupun menjadi mangsa jenayah seperti rogol. Rogol merupakan salah satu jenayah yang berat dan memerlukan pembuktian yang kukuh. Jika tersilap langkah, silap hari bulan mangsa yang terpaksa menerima akibat dan […]
(Video) Tular Rakaman Dua Kereta Berlanggar Di Lorong Tol, Terbalik & Rosak Teruk
Shah Alam, 11 Jun – Dipercayai kerana berebut lorong, dua buah kereta rosak teruk akibat pelanggaran di Plaza Tol Setia Alam siang tadi. Dalam kejadian terbabit, sebuah kereta dipercayai Honda HRV berwarna putih terbalik setelah berlanggar dengan Proton Persona dari arah yang sama. Akibat rempuhan itu, wanita yang memandu HRV dilaporkan mengalami cedera ringan manakala […]
Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Malindo Air menyambung semula penerbangannya ke hampir semua destinasi domestik di Malaysia bermula esok apabila kerajaan melonggarkan secara berperingkat peraturan ke atas perjalanan dan sekatan sosial. Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan berjadual yang disambung semula operasi termasuklah penerbangan harian daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz […]
“Tidak Ada Niat Untuk Menidakkan Hak Anda…” Menteri Agama Jelaskan Kenapa Masjid Belum Dibuka Untuk Warga Asing
Kebenaran solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah di masjid-masjid terpilih masih dikhususkan hanya untuk warga tempatan sahaja buat masa ini. Bagaimanapun, bagi warga asing, kebenaran tersebut belum lagi diluluskan berikutan arahan dan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad […]

Berang Tak Diberi Upah Duit Rokok, Adik Tergamak Tetak Tangan Kakak Hingga Parah & Patah
Kerana tidak diberi duit rokok, seorang lelaki berumur 27 tahun tergamak menetak tangan mangsa yang juga kakanya sehingga cedera parah pada Rabu lalu. Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Jambi, Indonesia Polis Jambi telah menahan lelaki tersebut dan mangsa telah dikejarkan ke hospital. “Kami telah meleraikan pergaduhan dan berjaya menangkap suspek. Mangsa yang merupakan kakak […]

Setengah Juta Rumah Di Perak Disembur Kabus Cegah Denggi
IPOH, 11 Jun — Kerajaan negeri Perak menjalankan proses semburan kabus di hampir 500,000 premis kediaman sebagai usaha mencegah Denggi dan Chikungunya berikutan kes demam membabitkan kedua-dua wabak itu menunjukkan peningkatan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata langkah berkenaan tidak akan dihentikan sehingga jumlah kes berkaitan dapat […]
Kesemua 31 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Adalah Tidak Bergejala – KKM
Kesemua 31 kes baharu jangkitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah tidak bergejala, umum Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi ciapan terkini di Twitter. Mengimbas kembali, ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media hari ini, 11 kes daripadanya adalah kes import, manakala 20 kes lagi melibatkan penularan tempatan. Daripada 20 kes tersebut, 19 […]
Selangor Benarkan Solat Jumaat & Solat Fardhu Berjemaah Mulai Esok Di Masjid-Masjid Terpilih
Solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah sudah mula boleh didirikan di 39 masjid terpilih di Selangor mulai esok. Menurut kenyataan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Baginda telah berkenan agar masjid dan surau di negeri itu dibuka secara berperingkat melalui beberapa prosedur terkini yang telah ditetapkan. “Pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah hendaklah […]
Penumpang Bas Ekspres Akan Diperiksa Suhu, Perlu Lengkapkan Maklumat Di ‘App’ MySejahtera Untuk ”Contact Tracing” – KKM
Putrajaya, 11 Jun – Penumpang bas akan menjalani pemeriksaan suhu dan melengkapkan maklumat diri untuk pengesanan kontak sebelum menaiki bas. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saringan dan maklumat tersebut penting untuk mengetahui individu yang duduk di sebelah ketika menaiki bas. Maklumat tersebut perlu dikemaskini menggunakan aplikasi MySejahtera. “Kesemua penumpang akan diperiksa […]

Malaysia Akan Diisytihar Bebas COVID-19 Jika Tiada Kes Dalam Tempoh 28 Hari – KP Kesihatan
Putrajaya, 11 Jun- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia akan diisytihar bebas COVID-19 setelah 28 hari tiada kes. Katanya, cara tersebut telah digunakan sebagai kayu ukur untuk menamatkan pemantauan terhadap kluster-kluster sebelum ini. “Kalau kita tamatkan sesuatu kluster, kita memakan masa tempoh 28 hari pemantauan iaitu dua kitaran inkubasi. “Jadi kalau […]
Perak Terima Lebih 1,000 Tempahan Hotel Sejak Ahad
Ipoh: Sektor pelancongan di Perak menerima 1,030 tempahan hotel sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu sehingga hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata berdasarkan data oleh Tourism Perak, antara kawasan tumpuan tempahan pelancong ialah Pulau Pangkor, Taiping […]
Giliran Jemaah Haji Tahun Ini Akan Dibawa Ke Tahun Hadapan – Menteri Agama
YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa mereka yang tidak dapat pergi pada tahun ini keseluruhannya akan dibawa ke tahun hadapan. Menjawab persoalan yang diajukan daripada wartawan berkenaan penundaan giliran bakal jemaah haji, beliau menyatakan bahawa giliran mereka yang telah ditetapkan pada tahun-tahun tertentu […]

TERKINI: Tiada Ibadah Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini, Ditangguh Tahun Hadapan
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan ibadah haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 ke tahun hadapan. Keputusan tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media sebentar tadi. ”Setelah […]