Berita

Gaya hidup
(Video) “Setiap Tahun Saya Sambut Raya Di Hospital” – KP Kesihatan
“Setiap tahun saya menyambut hari raya di hospital, hari pertama,” umum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Hisham berkata demikian sejurus menjawab persoalan yang dilontarkan wartawan berkenaan sambutan hari rayanya. “Jadi, selepas solat Aidilfitri, saya akan pergi ke hospital untuk bersama dengan frontliner yang bekerja pada hari raya, iaitu hari raya pertama. “Jadi […]
Kesihatan
(Video) 78 Kes Baru COVID-19, Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini -KKM
Putrajaya, 22 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 78 kes baru COVID-19 hari ini dengan satu kematian. Maklumat ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam sidang media hari ini. “Sehingga 22 Mei 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 78 kes baru telah dilaporkan, menjadikan kes 7,137 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan […]
Berita
Keindahan Hamparan Bunga Ungu Hiasi Kolam Takungan Di Melaka
Walaupun masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ternyata ada pelbagai perkara positif yang berlaku. Tidak disangka apabila langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 ini turut mendatangkan impak kepada alam sekitar. Viral di laman sosial Facebook beberapa gambar yang menunjukkan pemandangan sebuah kolam takungan cantik dipenuhi dengan bunga-bunga. […]
Berita
(Video) Awan Tebal Persis Ombak Selubungi Langit Indonesia Sebelum ‘Dihentam’ Puting Beliung
Tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan satu awan tebal seperti ombak menyelubungi langit di Tulang Bawang, Sumatera, Indonesia pada hari Rabu lepas. Awan tersebut dikatakan terbentuk sebelum berlakunya angin puting beliung dan beberapa keping gambar sempat ditangkap oleh penduduk bagi menunjukkan keadaan tersebut. Tidak lama selepas itu, hujan lebat disertai kilat dan angin […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 63 Kes Sembuh & Discaj Hari Ini, Angka Pulih Keseluruhan Jadi 5,859 Kes
Sebanyak 63 kes sembuh baharu dan dibenarkan discaj dilaporkan setakat ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 5,859 kes. “Ia bersamaan dengan 82.1 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam satu sidang media, hari ini. Sidang Media Khas […]
Berita
Lelaki Maut Dalam Kebakaran Di Ipoh
IPOH, 22 Mei – Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Lebuh Parajurit 3, Ipoh Garden East di sini, pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamad Yunus Abu berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu mayat M.Paramanandan, 44, ditemukan dengan kesan terbakar 60 peratus di bilik utama di tingkat atas […]
Berita
TNB Sedia Bantu Isu Bil Elektrik Tinggi Akibat Sambungan Semula Pembacaan Meter
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Pengguna perkhidmatan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak perlu bimbang berhubung isu bil elektrik berikutan penyambungan semula pembacaan meter yang dihentikan sementara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas. Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai aduan netizen mengenai bil tinggi yang diterima menerusi pembacaan bil fizikal […]
Gaya hidup
Pembukaan Semula Kedai Gunting Rambut Di Pulau Pinang Sedang Dibincangkan
GEORGE TOWN, 22 Mei (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang masih membincangkan kemungkinan membuka semula salun rambut dan kedai gunting rambut, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo. Katanya, walaupun kerajaan negeri baru-baru ini mengizinkan makan di premis restoran semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia dilaksanakan dengan […]
Berita
Bermula Dari Sebuah Mesin Jahit Hingga Buka Kilang Sendiri, Kini Miliki 220 Unit Billboard Sebaris Jenama Terkemuka Lain
Sabella, sebuah jenama tempatan kini mengorak langkah lebih jauh dalam bidang perniagaan. Siapa sangka, sebuah projek seorang wanita besi yang berniat mahu membantu suami dan ekonomi keluarga hari ini menjadi jenama begitu dikenali di seluruh tanah air. Bertatih-tatih di awal operasinya, Sabella yang hanya berbekalkan sebuah mesin jahit menyiapkan tempahan baju kurung daripada pelanggan, 1 […]
Berita
Semua Acara Sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Ditangguhkan – Istana Negara
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan penangguhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]
Kesihatan
Bermalam Dikira Langgar SOP Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) — Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata mengikut SOP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja. “Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 […]
Berita
Dalam Tempoh 24 Jam, India Catat 6,000 Kes Jangkitan Covid-19 Secara Mendadak
Lebih daripada 6,000 orang di India telah disahkan positif jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menurut laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga pada Jumaat (22/05/2020). Angka baharu sebanyak 6,088 merupakan jumlah jangkitan tertinggi di India pernah direkodkan dalam tempoh sehari secara mendadak setakat ini. Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 118,447 kes, manakala jumlah kematian […]
Berita
Tiba Masanya Barisan Hadapan ‘Berehat’, Kini Rakyat Pikul Tanggungjawab Perangi COVID-19 – PM
PUTRAJAYA, 22 Mei – Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak COVID-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan ‘berehat’, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata sekiranya rakyat memainkan peranan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka, menyukat suhu badan dan amal […]
Kesihatan
Tiada Lagi Pergerakan Rentas Negeri Termasuk Bagi Pasangan Tinggal Di Negeri Berbeza – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri bagi pasangan yang tinggal di negeri berbeza kini tidak dibenarkan. Menurutnya, arahan tiada lagi pergerakan rentas negeri itu termaktub kepada semua orang termasuklah kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. “Tak kira suami isteri ke siapa ke, apabila kita kata tiada […]
Berita
Walaupun Ada Kebenaran Rentas Daerah Untuk Beraya, Tetapi Tidak Digalakkan- Ismail Sabri
Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa walaupun ada kebenaran rentas daerah untuk beraya namun ia tidak digalakkan. “Tidak digalakkan bukan bermakna menyekat. Walaupun kebebasan diberi tetapi kita yang perlu menjaga keselamatan diri kita. “Kalau boleh kita tidak bergerak keluar daripada […]
Berita
Kawalan Sempadan Perlu Diperketat, Sekat Pendatang ‘Bolos’ – Muhyiddin
PUTRAJAYA, 22 Mei — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kawalan sempadan negara diperketat lagi supaya tiada pendatang tanpa izin yang ‘bolos’ ke negara ini . Beliau berkata ini melihat pada kemungkinan pendatang tanpa izin yang telah pulang ke negara masing-masing sebelum ini akan balik semula ke negara ini. “Kalau kita tak jaga betul-betul […]
Kesihatan
PKPB: 2,539 Kenderaan Yang Cuba Merentas Negeri Diarah Berpatah Balik Semalam
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa sebanyak 2,539 kenderaan didapati cuba untuk merentas negeri semalam telah diarah berpatah balik. “Semalam, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM”, ujarnya. 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam […]
Berita
Melaka Jadi Negeri Paling Tinggi Catat Kenderaan Cuba Rentas Negeri Setakat Ini – Ismail Sabri
Sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah menyenaraikan beberapa negeri mencatat kenderaan paling tinggi yang cuba merentas negeri. Katanya, negeri yang paling tinggi adalah negeri Melaka iaitu sebanyak 886 kenderaan, Perak dengan 362 kenderaan dan diikuti dengan Pulau Pinang dengan jmlah 284 buah kenderaan. “Setiap hari […]
Berita
Lelaki Indonesia Mengamuk Di Kg Sg Bangsat Ditahan
Labuan: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental tiba-tiba bertindak agresif dan mengamuk menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Kg Sg Bangat di sini pada Rabu malam. Lelaki berumur 29 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut mengancam untuk menikam anggota polis yang tiba di tempat kejadian. Ketua Polis Labuan Supt Muhamad […]
Berita
Kanak-Kanak Meninggal Dunia Tercekik Gula-Gula ‘Jelly’
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula ‘Jelly’ di rumahnya di Kampung Batu Manikar pada Rabu malam (22 Mei). Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, kanak-kanak itu didapati tidak sedarkan diri dan tidak memberikan sebarang tindak balas, setibanya di bahagian kecemasan Hospital Labuan kira-kira jam 10 malam. Katanya, menurut ibu […]