Berita
Pulau Pinang Benar Solat Fardu Berjemaah Di Masjid Dan Surau, Terhad Tiga Jemaah – JHEAIPP
GEORGE TOWN, 19 Mei — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengarah JHEAIPP, Zulkifli Long berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah […]

Kerajaan Lulus Penggambaran Selepas Aidilfitri, Hadiah Hari Raya Paling Berharga – FDAM
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan penggiat industri perfileman meneruskan aktiviti mereka selepas Hari Raya Aidilfitri. Walaupun rayuan mereka untuk menyambung kerja penggambaran sebelum perayaan itu tidak dipenuhi, keputusan tersebut sekurang-kurangnya melegakan karyawan dan kru penerbitan yang hilang mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa dua […]
Awas, Polis Jengah Kediaman Yang ‘Meriah’ Waktu Raya
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Jangan terkejut apabila ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang memeriksa rumah anda sewaktu sambutan perayaan nanti. Ini kerana Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi. Hal ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk […]
JAIS Tak Benarkan Ziarah Kubur Di Selangor Untuk Raya Kali Ini
Sebarang aktivti menziarahi makam diraja atau tanah perkuburan Islam sepanjang perayaan Aidilfitri; khususnya pada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri bagi negeri Selangor adalah tidak dibenarkan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketetapan larangan tersebut dibuat seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri. “Mereka yang berhasrat […]
Diusir Dan Dipaksa Bersesak Dalam ‘Boxcar’, Kisah Etnik Tatar Crimea Di Negara Islam Paling Kuno Di Eropah
Tarikh 18 Mei, etnik Tatar Crimea di seluruh dunia memperingati tragedi pengusiran oleh pemimpin Soviet ketika itu, Joseph Stalin terhadap nenek moyang mereka, peristiwa paling tragis dalam sejarah abad ke-20, kata Kedutaan Ukraine di Malaysia dalam satu kenyataan kepada Bernama. Pada tarikh itu, susulan arahan Jawatankuasa Pertahanan Kerajaan USSR yang diluluskan Joseph Stalin, pegawai NKVD […]
Positif COVID-19 Dipercayai Selepas Sentuh Baju Tercemar, Pekerja Dobi Dilapor Jangkiti 13 Yang Lain
Seorang petugas kedai dobi di China dipercayai dijangkiti COVID-19 melalui pakaian yang tercemar dengan virus itu. Menurut Mirror UK, seorang ahli epidemiologi dari China, Wu Zunyou berkata, Badan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit negara itu sedang meneliti kes pekerja tersebut yang berlaku di bandar Shulan di Timur Laut China. Wanita berusia 45 tahun itu dilaporkan mempunyai […]
Gelagat Comel Ayah ‘Bebel’ Asyik Kena Ambil Barang, Anak Pakat Lari Bila Runner Tiba
Ceria rumah tangga apabila ada ahli keluarga yang bermacam gelagat dan pandai gurau senda. Gurauan inilah yang menjadi salah satu pengerat kasih sayang dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @Frhtkh_ berkongsi video lucu si ayahnya yang ‘membebel’ dengan sikap ahli keluarga yang ‘lari’ bila runner tiba menghantar barang. “Lepas […]
Myanmar Sahkan 8 Kes COVID-19 Yang Dikesan Adalah Dari Malaysia
Kerajaan Myanmar mengesahkan terdapat lapan kes jangkitan COVID-19 dikenal pasti daripada kalangan rakyat mereka yang pulang dari Malaysia, ekoran operasi pihak berkuasa menahan pendatang tanpa dokumen, baru-baru ini. Difahamkan, kes-kes baharu telah dikesan di lima kawasan berbeza daripada 120 individu yang baru pulang dari Malaysia pada bulan ini. “Kesemua mereka (120 individu tersebut) kini sedang […]
COVID-19: Malaysia Di Landasan Betul – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 19 Mei — Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID-19 berada pada jumlah kurang dari 10, tidak lama lagi. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya masih terus memburu sasaran itu, dan melihat kepada tempoh dua minggu sejak awal bulan ini, kes-kes baharu COVID-19 […]
“Andai Hukuman Ini Mampu Hapuskan Dosa, Sayalah Orang Yang Paling Beruntung” – Banduan
MARANG, 19 Mei — “Penjara ini benar-benar menyesakkan jiwa, tapi andai hukuman dan taubat ini mampu menghapus segala dosa, sayalah orang yang paling beruntung.” Itu kata-kata seorang banduan yang telah menjadi penghuni penjara sejak 20 tahun lalu bagi meredakan perasaannya apabila mengenang kesilapan lampau. Banduan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata dalam […]
Mempunyai Fungsi Kamera Yang ‘Gempak’, Ini Rahsia Kenapa Gambar Neelofa Selalu Nampak Cantik
OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri model terbarunya iaitu OPPO Reno3 bakal menembusi dan dijual dalam pasaran Malaysia. Siri OPPO Reno3 ini merupakan edisi terbaru daripada siri Reno yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Dilengkapi dengan sistem kamera kuad 64MP sebagai kamera utama, 108MP Ultra Clear Image serta 44MP dwi kamera hadapan dengan mode Ultra […]
KKM Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii COVID-19
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini belum menerima sebarang maklumat terperinci berkenaan kenyataan 10 pelajar Malaysia di Khartoum, Sudan yang didakwa dijangkiti COVID-19. Respon tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sejurus menjawab persoalan daripada wartawan dalam satu sidang media, hari ini. Dalam pada itu, Hisham menyeru dan merayu kepada semua […]
Persediaan Sambut Aidilfitri Sedikit Suram, Rakyat Kekal Patuh Elak Penularan COVID-19
SHAH ALAM, 19 Mei — Sebut sahaja sambutan Aidilfitri, ia pastinya menggambarkan suasana yang meriah dengan pelbagai hidangan yang lazat sebagai meraikan kemenangan umat Islam yang menjalani ibadah puasa selama sebulan. Aktiviti kunjung mengunjungi rumah ibu bapa, rakan taulan serta sanak saudara merupakan aktiviti paling rutin dilakukan sempena sambutan, namun perkara paling utama sebelum itu adalah melakukan […]

Pengilang Malaysia Mampu Hasilkan 5 Juta Set PPE Dalam Tempoh Sebulan
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Pengilang-pengilang tempatan telah meningkatkan pengeluaran beberapa jenis peralatan pelindungan diri (PPE) utama kepada lima juta set sebulan dan dapat menambah kapasitinya lebih banyak lagi. Dalam satu kenyataan, Presiden Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA), Datuk Lim Kok Boon berkata sektor pembuatan Malaysia telah membuktikan kecekapannya untuk mengembangkan kapasitinya lebih tinggi dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan kritikal. “Kami bangga […]
Ayah Koma & Lebih 20 Lagi Ahli Keluarga Khabib Dijangkiti COVID-19
Juara UFC kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov mengesahkan bahawa ayahnya, Abdulmanap kini koma dan kritikal selepas dijangkiti COVID-19. Beliau turut memaklumkan lebih 20 orang ahli keluarganya yang lain turut menjadi mangsa jangkitan virus tersebut dan ada beberapa orang dirawat di ICU. ”Virus ini memberi kesan kepada jantung ayah saya kerana pada tahun lepas dia ada menjalani […]
(Video)“Kawan-Kawan, Tolong Report…”, Youtuber Sugu Pavithra Nafi Buka Akaun Facebook & Instagram
Pasangan Youtuber yang terkenal dengan video masakan India, Sugu Pavithra membuat penafian tentang kewujudan akaun Facebook dan Instagram yang menggunakan nama mereka. Sebaliknya, akaun yang wujud di media sosial tersebut adalah akaun palsu. Pasangan YouTuber suami isteri 'Sugu Pavithra' nafi membuka akaun Facebook dan Instagram atas nama mereka pic.twitter.com/zMlnAd27Ce — BERNAMA (@bernamadotcom) May 19, 2020 […]
SOP Ziarah Kubur, Kerajaan Tunggu Keputusan KKM Dan MKN – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 19 Mei — Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti menziarahi kubur semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata buat masa ini KKM hanya menasihati orang ramai untuk tidak menziarahi […]
Kerajaan Sedang Teliti SOP Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka- KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula. “Kerajaan telah terima surat dari persatuan tersebut (persatuan kedai gunting rambut) dan telah lihat SOP sedia ada dan sedang memperhalusi SOP tersebut. “Ini industri yang ada sentuhan dengan pelanggan. Jadi […]
TERKINI: 31 Kes Sembuh & Discaj Hari Ini, Kes Pulih Keseluruhan Kini 5,646 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 31 kes sembuh jangkitan COVID-19 baharu direkodkan setakat hari ini. “Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 5,646 kes. “Ia bersamaan dengan 80.9 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam satu sidang media secara langsung, hari ini. Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di […]
TERKINI: 37 Kes Baharu COVID-19, Dukacita 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 37 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini sebanyak 6,978 kes. Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,218 kes. “Daripada 37 kes itu, dua (2) daripadanya adalah kes import, manakala 35 kes lagi adalah kes […]