Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar

COVID-19: Malaysia Di Landasan Betul – Dr Noor Hisham

Fazidi

PUTRAJAYA, 19 Mei — Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID-19 berada pada jumlah kurang dari 10, tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya masih terus memburu sasaran itu, dan melihat kepada tempoh dua minggu sejak awal bulan ini, kes-kes baharu COVID-19 memang tidak menampakkan kenaikan ketara, namun ia juga tidak berkurangan sepantas yang diharapkan.

“… tapi kita masih bertahan, selagi kita boleh kekalkan angka sekitar 20 kes.., jadi dari segi kepentingan kesihatan awam, satu pasukan boleh mengambil tindakan terhadap kes-kes yang telah dikenal pasti. Lebih penting lagi, tindakan boleh diambil bagi menghalang jangkitan daripada merebak,” katanya dalam sidang media harian berhubung COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap pada hari-hari akan datang Malaysia dapat mengekalkan angka dua digit kes baharu positif COVID-19.

Menurutnya ketika ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membolehkan angka jangkitan baharu kes postif penyakit itu berada pada dua digit, dan yang lebih penting ialah tiada lonjakan secara tiba-tiba dalam jumlah kes positif baharu yang dikesan.

“Selagi jumlahnya kurang daripada 50, saya puas hati, namun sasaran kita adalah lebih dari angka ini, dan kita boleh mencapainya jika dapat bekerjasama. Orang ramai boleh tampil dan patuh kepada SOP (prosedur operasi standard), ini penting,” katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Noor Hisham berkata daripada 35 kes jangkitan tempatan baharu hari ini, 22 melibatkan warga asing.

“Kita masih ada dua kawasan aktif yang sedang diberi perhatian rapi; iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Chow Kit, dan di sekitar Pudu.

“Jadi kedua-dua kawasan aktif ini kita sedang pantau dengan rapi dan kita buat ujian keatas ramai warga asing di kawasan itu, jadi walaupun ia jangkitan tempatan, namun majoriti melibatkan warga asing,” katanya.

Sementara itu beliau berkata ketika ini terdapat lebih 1,436 tahanan di Pusat Depoh Tahanan di Kuala Lumpur, dan 1,000 daripada mereka telah menjalani saringan COVID-19, dan menurutnya ujian saringan itu masih diteruskan sehingga kini.

Dr. Noor Hisham berkata demikian sebagai respons kepada satu laporan dari Myanmar mengenai satu kes positif COVID-19 melibatkan pekerja asing yang dihantar pulang dari Malaysia yang pernah ditempatkan di Blok A, Pusat Tahanan Depoh di Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA