Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tourism Malaysia Rasmi Pavilion Malaysia Sempena Visit Malaysia 2026 Di Pesta Pelancongan Antarabangsa Thailand (TITF)
BANGKOK, THAILAND - Tourism Malaysia secara rasmi melancarkan Pavilion Malaysia sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026) di Pesta Pelancongan Antarabangsa Thailand (TITF) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikat 9QSNCC), Bangkok.
Berlangsung dari 22 hingga 25 Januari 2026, TITF merupakan antara pameran pelancongan terbesar di rantau Bangkok yang menarik kehadiran ribuan pengunjung dari Thailand serta pasaran antarabangsa.
Penganjuran ini menjadi platform strategik buat Tourism Malaysia untuk meningkatkan keterlihatan, memperkukuh kesedaran destinasi serta mendekati pasaran pelancngan Thailand dan global bagi menjayakan kempen VM2026.
Pavilion Malaysia menampilkan kepelbagaian produk pelancongan negara dengan penekanan khusus terhadap seni, budaya dan warisan.
Para pengunjung turut disajikan dengan persembahan kebudayan yang memukau oleh Kumpulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sekali gus memberikan pengalaman mendalam tentang kekayaan tradisi serta identiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Buktafi Billah Shah, bersama Tuan Yang Terutama, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke kerajaan Thailand.
Penganjuran ini juga dimeriahkan dengan penyertaan beberapa delegasi tinggi, antaranya YBrs. Encik Samuel Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB Loh Sze yee, Pengerusi Jawatankuasa, Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak serta wakil daripada Lembaga Pelancongan Sarawak.

"Thailand kekasl sebagai salah satu pasaran sumber paling penting dan berdaya tahan bagi Malaysia dan pelancaran Pavilion Malaysia di TITF mencerminkan komitmen strategik kami untuk mendekati pelancong Thailand lebih awal serta memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka semula Malaysia melalui pelbagai tawaran kebudayaan, gaya hidup, pelancongan berasaskan alam semula jadi dan acara-acara istimewa sepanjang tahun," Ujar Encik Samuel Lee.
Tambah beliau lagi, VM2026 bukan hanya sekadar kempen pelancongan, malah merupakan jemputan nasional untuk merasai kemesraan, kepelbagaian serta komitmen Malaysia terhadap nilai kelestarian.
"Melalui platform seperti TITF, kami berhasrat untuk membina keyakinan pelancong, memperkukuh kerjasama industri dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan santai serta pelancongan berasaskan minat khas," ujarnya lagi.
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kempen VM2026 di Thailand, Tourism Malaysia turut menganjurkan sesi ramah mesra yang menampilkan Wira dan Manja, maskot rasmi beruang matahari VM2026.
Kehadiran kedua-dua maskot ini mendapat sambutan hangat orang ramai dan melambangkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar, kelestarian serta perlindungan alam sekitar, yang merupakan teras utama kempen VM2026.
Industri pelancongan Malaysia juga terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan ketibaan pelancong antarabangsa mencecah 42.2 juta orang dari Januari hingga Disember 2025, iaitu peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2024.
Secara khusus, Malaysia menerima 2.5 juta pelawat dari Thailand sepanjang tahun 2025, merekodkan pertumbuhan 10.3 peratus berbanding 2024, sekali gus mencerminkan peningkatan minat terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang VM2026.
Prestasi kukuh ini juga menunjukkan kepentingan berterusan Thailand sebagai pasaran sumber utama serta menyerlahkan keberkesanan usaha promosi bersasar Tourism Malaysia menjelang VM2026.
Tourism Malaysia akan terus mempergiatkan aktiviti promosi di Thailand melalui kerjasama strategik, inisiatif libat urus pengguna dan kolaborasi perdagangan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan serta memaksimumkan impak VM2026.