Berita
Satu Kluster Melibatkan Pengawal Dan Anggota Keselamatan Dikenalpasti Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Cheras- KKM
Menerusi sidang media perkembangan Covid-19 hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah dikenalpasti. Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 7 Mei 2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 10 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan […]
KKM Sahkan 39 Kes Baharu Termasuk 1 Kes Import Dilaporkan, Tiada Kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 39 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat Khamis (7 Mei 2020), jam 12 tengahari bertambah kepada 6,467 kes. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung sebentar tadi. […]

Syurga Makanan Di Hujung Jari, Grab Tawar 900 Restoran Untuk Korang Pilih
Tahun ini mungkin menjadi pengalaman pertama, majoriti daripada kita berpuasa tanpa menjejakkan kaki walau sekali ke bazar Ramadan. Mata pula dah mula terbayang roti john, nasi kerabu, ayam golek dan bermacam lagi juadah favourite masing-masing tiap kali berkunjung ke bazar. Aduh! Walaupun bazar Ramadan secara fizikalnya dah dibatalkan, korang masih boleh beli juadah berbuka puasa […]
Rumah Lebih Lima Tahun Ditinggalkan, Gadis Kongsi Kejadian Aneh, Rumah Berlampu Walau Elektrik Dah Dipotong
Siapa tak seram bila rumah yang dah lama ditinggalkan tiba-tiba berlampu? Paling pelik, bila elektrik rumah tu sendiri dah kena potong. Macam mana pula boleh lampu terpasang? Tak kan ada orang bayarkan bil bulan-bulan pulak? Kejadian ini dikongsi sendiri cucu kepada pemilik rumah yang ditinggalkan lebih lima tahun. Pengalaman diceritakan melalui Twitter rasmi miliknya dengan […]
TERKINI: Lagi 74 Kes Telah Pulih Dan Discaj Hospital Hari Ini
Menerusi sidang media perkembangan Covid-19 hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 74 kes pulih dan discaj dari hospital. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,776 bersamaan 73.85 peratus. Status #COVID19Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 07 Mei 2020.Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,467 kes… Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 7 […]
Covid-19: 741 Kes Baharu Di Singapura, Jumlah Keseluruhan Kini Cecah 20,939
Singapura: Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 741 kes jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah terbaharu sebanyak 20,939 kes. Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan hanya 11 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap manakala majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu menyatakan ia masih memperhalusi butiran kes berkenaan dan […]
(Video) Ikan Lumba-Lumba Muncul Di Perairan Port Dickson
PORT DICKSON, 7 Mei (Bernama) – Kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Port Dickson merupakan saat “emas” bagi orang ramai apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu, sekali gus merakamkan kejadian itu seperti yang tular di laman sosial Facebook semalam. Rakaman berdurasi 43 saat itu, memaparkan aksi sekumpulan empat ekor ikan lumba-lumba di perairan Tanjung […]

Peniaga Di Melaka Sentral Dapat Diskaun Sewa Tiga Bulan
Melaka: Peniaga di Kompleks Perniagaan Melaka Sentral kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri menawarkan diskaun sewa selama tiga bulan untuk mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata diskaun sewa yang diberikan kepada peniaga bermula April hingga Jun itu […]

Berang Tak Dapat Makan Di McDonald Akibat Covid-19, Lelaki Tembak Dua Pekerja
Dua pelanggan sebuah restoran makanan segera McDonald di Oklahoma, Amerika Syarikat, menembak dua orang pekerja selepas mereka diminta meninggalkan ruang makan di restoran berikutan sekatan Covid-19. Kedua-dua suspek yang berang kemudiannya mengeluarkan pistol sewaktu mereka diminta untuk beredar, kata polis di bandar Oklahoma, Lt. Michelle Henderson. Akibat tembakan oleh kedua-dua suspek, dua pekerja ditembak di bahagian […]
[Video] Syahdu, Imam Buta Imamkan Solat Jemaah Guna Quran Braille Sentuh Hati Netizen
Bulan Ramadan yang mulia ini sangat dituntut untuk kita perbanyakkan amalan ibadah kerana ganjaran pahala yang dijanjikan adalah begitu besar. Ia termasuklah juga amalan membaca Al-Quran dan salah satu fadhilatnya adalah kiraan pahala yang Allah janjikan mengikut setiap huruf. Memetik sepotong hadis yang diriwayatkan daripada At-Tarmizi; Daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, […]

Akibat Covid-19, 3,700 Pekerja Uber Di AS Diberhentikan
San Francisco: Uber Technologies Inc. memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja sepenuh masa di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Syarikat itu merancang mengurangkan perbelanjaan operasinya sebagai langkah mengatasi cabaran ekonomi dan ketidakpastian disebabkan pandemik serta kesannya terhadap perniagaan, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat. Akibat jumlah perjalanan yang lebih rendah dan pembekuan pengambilan […]

Suami Sempat Bergurau Sebelum Bertolak Ke Kuala Lumpur – Isteri Allahyarham Abu Bakar
PEKAN, 7 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun sempat bergurau dengan isterinya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bersama pemandunya dari Indera Mahkota, Kuantan dekat sini bagi menghadiri mesyuarat pukul 3.00 petang semalam. Isterinya, Datin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali, 46, berkata Allahyarham menghantar pesanan WhatsApp sekitar 10.30 malam, memaklumkan beliau […]
Vietnam Catat Sifar Kes Baru COVID-19 Untuk 21 Hari Berturut-Turut
Vietnam tidak merekodkan sebarang kes baru jangkitan COVID-19 selama 21 hari berturut-turut setakat ini dan jumlah kes masih kekal sebanyak 271 kes. Kenyataan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Panduan Nasional Untuk Kawalan dan Perlindungan COVID-19 pada pagi ini. Daripada jumlah tersebut, 131 kes daripadanya adalah kes import dan mereka telah menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja tiba […]
UTM Tangguh Konvokesyen Ke Tahun Depan
JOHOR BAHRU, 7 Mei (Bernama) — Istiadat Konvokesyen untuk kira-kira 8,000 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan bagi mengekang penularan COVID-19. Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata penangguhan majlis itu yang sepatutnya berlangsung pada 24 Okt ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia […]
Lelaki Gantung Anjing Pada Pokok Dalam Video Tular Ada Masalah Mental – Polis
SHAH ALAM, 7 Mei (Bernama) — Tidak berperikemanusiaan. Itu yang boleh disifatkan terhadap satu video tular di media sosial memaparkan seekor anjing digantung pada pokok dengan mulut diikat sambil diperhatikan seorang lelaki. Video kejadian yang tular sejak semalam itu dikesan berlaku di Batu 17, Sungai Sedu, Jalan Banting-Klang. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan […]
Saintis Dapati Virus Penyebab COVID-19 Boleh Buatkan Darah Menjadi Beku Dengan Cepat- KAJIAN
Pakar mendapati virus paru-paru yang menyebabkan COVID-19 boleh menyebabkan pembekuan darah yang pantas dan boleh membawa maut. Hal ini telah dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau sebentar tadi. ANOTHER threat from the lung virus that causes Covid-19 has emerged that may cause swift, sometimes fatal damage: blood… Posted […]

Wilayah Paling Teruk Di China, Hubei Catat Rekod 33 Hari Berturut Tiada Kes Positif Covid-19
Tiada kes baharu positif jangkitan Covid-19 dilaporkan di wilayah Hubei, lokasi yang menjadi penularan wabak, menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan pada Khamis. Ini sekaligus menjadikan wilayah tersebut sebagai paling teruk terjejas di China, merekodkan pencapaian ‘bersih’ 33 hari berturut-turut tanpa kes baharu sejak 4 April lalu. Walau bagaimanapun, wilayah berkenaan masih mempunyai 626 kes asimtomatik (tidak […]
MET Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di 12 Negeri Termasuk KL Sehingga 5 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa buah negeri sehingga pukul 5 petang ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 3.05 petang tadi. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan terlibat; Kedah: Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim & Bandar Baharu Pulau Pinang: […]
Malaysia Mungkin Alami Gelombang Kedua COVID-19 – Energesse
KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pengumuman oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mendapat perhatian Energesse, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan antarabangsa yang beribu pejabat di Australia. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Dr Avnesh Ratnanesan mengingatkan bahawa gelombang kedua COVID-19 mungkin berlaku dan ternyata lebih mencabar dan menganggu corak perniagaan dan […]
Peluang Saksikan “Super Flower Moon” Malam Ini, Fenomena “Supermoon” Terakhir Tahun 2020
Orang ramai boleh bersiap sedia untuk ‘menyambut’ kemunculan fenomena bulan penuh atau Super Flower Moon terakhir bagi tahun ini. Fenomena tersebut diramalkan akan berlaku pada Khamis, 7 Mei (hari ini), sekitar jam 7.18 malam (waktu Malaysia) dan ia berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi melalui garis orbitnya, merujuk portal Forbes. Menurut laporan portal Mothership.sg, […]