Berita

Kesihatan
Warga Asing Masih Tidak Boleh Masuk Ke Malaysia- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Malaysia masih mengekalkan polisi untuk tidak membenarkan warga asing memasuki negara pada masa ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya buat masa ini kebenaran untuk memasuki pintu masuk negara hanya dibuka kepada rakyat Malaysia sahaja. “Yang boleh dibawa masuk adalah warganegara Malaysia dan mereka ini […]
Berita
Cari Dadah Jumpa Senapang Patah
ROMPIN, 6 Mei — Pemeriksaan bagi mencari dadah di sebuah rumah membawa kepada penemuan selaras senapang patah buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk berburu secara haram. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata senapang itu ditemui di rumah yang terletak di Bukit Serok di sini pada 6.30 pagi Sabtu lalu, dipercayai milik seorang lelaki […]
Berita
(Video) Dakwaan Tujuh Warga Asing Lari Dari Pusat Kuarantin, MKN Akan Teliti SOP -Ismail Sabri
Putrajaya, 5 Mei- Menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan kes tujuh warga asing lari dari pusat kuarantin, Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti perkara itu. Kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu, sebelum ini pernah terjadi kes serupa, namun mereka yang terlibat telah ditangkap pihak berkuasa. “Dulu pun berlaku di Selangor Mansion, dua orang […]
Berita
“Panas Beb Pakai PPE, Rasa Nak Pitam.. Mohon Sangat-Sangat Kalau Tiada Urusan Penting Jangan Keluar”
Petugas barisan hadapan negara sememangnya menggalas tanggungjawab yang besar dalam memerangi wabak Covid-19. Tidak kiralah doktor, jururawat, polis, tentera dan sebagainya, semuanya memainkan peranan yang penting. Walau kes jangkitan semakin menurun, jangan mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan. Sekiranya wujud kluster baharu dan pertambahan kes secara mendadak, barisan petugas hadapanlah yang akan berdepan […]
Berita
Polis Tahan Tiga Lelaki Bermain Meriam Paip Di Tepi Padang
PARIT, 6 Mei (Bernama) — Polis menahan tiga lelaki kerana bermain meriam batang paip simen serta memiliki bahan letupan di tepi padang Astaka Desa KPMP di Kampung Gajah, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata ketiga-tiga individu berumur 19 hingga 22 tahun itu ditahan ketika sedang bermain meriam oleh sepasukan […]
Berita
Rentas Negeri: Boleh Berhenti Rehat Di RnR Tetapi Jangan Keluar Kereta, Kecuali Ke Tandas – Ismail Sabri
Dalam sidang media harian tentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disampaikan oleh Datuk Ser Ismail Sabri sebentar tadi mengenai individu yang ingin merentas negeri mengikut jadual yang ditetapkan boleh berhenti berehat Hentian Rawat dan Rehat (RnR) namun tidak dibenarkan untuk keluar dari kenderaan kecuali jika ingin ke tandas. Tegasnya, mereka yang merentas negeri boleh […]
Kesihatan
COVID-19: Hampir 30,000 Kematian, UK Kini Negara Eropah Paling Teruk Terjejas
LONDON, 6 Mei (Bernama) — Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling teruk terjejas di Eropah, akibat wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab berkata pada taklimat media di Downing Street, Selasa seramai 693 pesakit maut menjadikan jumlah keseluruhan 29,427. Terdahulu, data dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menunjukkan jumlah korban melebihi […]
Berita
Isu Kompaun Ingkar PKP Berbeza, Terpulang Kepada Budi Bicara Mahkamah
Perbezaan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kuasa penuh mahkamah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, undang-undang seperti yang termaktub hanya menyebut ‘tidak melebihi RM1,000’. “Kuasa yang menentukan berapa jumlah hukuman adalah majistret yang terlibat, itu kuasa majistret. “Kita sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan […]
Berita
(Video) Pajak Gadai Tak Boleh Kenakan Faedah Lebih 2 Peratus, Jika Ada, Laporkan Kepada KPKT -Menteri
Putrajaya, 6 Mei – Pemilik pajak gadai hanya boleh mengenakan kadar faedah 2 peratus ke bawah kepada pemajak. “Saya dimaklumkan pajak gadai mengenakan faedah tidak lebih 2 peratus. Jadi kalau mereka mengenakan faedah tidak lebih 2 peratus, saya kira itu adalah perkara dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditanya wartawan. […]
Berita
Boleh Tinggal Di Kampung Sehari Dua Jika Tak Sempat Pulang Semula Ke Kediaman Asal Di KL- Ismail Sabri
Orang ramai yang terlibat perjalanan jauh merentasi negeri dari Kuala Lumpur pada 7 Mei dibenarkan tinggal sehari dua di kampung mengikut jadual perjalanan disediakan pihak polis, jika tidak sempat untuk pulang ke lokasi asal mereka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini. Katanya, kelonggaran itu diberikan kepada individu […]
Berita
118 Telur Penyu Ditemui Di Dua Lokasi Di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
Sebanyak 118 butir telur penyu ditemui oleh pihak Jabatan Perikanan Negeri Sembilan di dua lokasi pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Menurut kenyataan yang ditulis di halaman rasmi Facebook Pejabat Perikanan Negeri Sembilan, telur-telur itu akan dihantar ke Pusat Hiasan Ikan PD untuk dieramkan. Difahamkan, tujuan ia dieramkan di pusat perikanan tersebut adalah […]
Berita
Kes Covid-19 Di AS Kini Cecah 1.2 Juta
New York: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) Selasa, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua. Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini. New York kekal negara paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian. […]
Berita
APMM Tahan 4 Warga Myanmar, Disyaki Jadi Dalang Bawa Masuk Rohingya Ke Malaysia
ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lagi lelaki warga Myanmar yang disyaki menjadi dalang dalam penyeludupan 202 etnik Rohingya ke negara ini di perairan Langkawi pada 5 April lepas. Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kapt Maritim Zulinda Ramly berkata mereka ditahan hasil maklumat daripada dua lelaki […]
Berita
Dakwa Virus Covid-19 Berasal Dari Makmal Di China, Trumph Akan Dedah Laporan Terperinci
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trumph, mendesak kerajaan China untuk bersikap telus mengenai asal-usul wabak Covid-19 yang telah menjangkiti hampir seluruh negara di dunia sejak ia bermula di bandar Wuhan akhir tahun lalu. Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, terdapat ‘sejumlah besar bukti’ bahawa virus itu sebenarnya muncul dari makmal di China. Namun, makmal milik kerajaan […]
Berita
15 Agensi Kerajaan Diberi Kuasa Untuk Pelaksanaan Pematuhan Sepanjang PKPB – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 5 Mei — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi memantau serta memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 15 agensi kerajaan telah diberi kuasa untuk pelaksanaan pematuhan serta penguatkuasaan sepanjang PKPB. Antara […]
Berita
Singapura Umum 632 Kes Dan 9 Kluster Baharu Setakat Semalam
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan pertambahan 623 kes baharu setakat Selasa (5 Mei 2020) jam 12 tengah hari. Ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Singapura kini mencecah 19,410 kes. Sembilan kluster baharu turut dikesan di negara tersebut iaitu di 60 Benoi Road, Jurong, 100A Central Boulevard di Central Business District, tapak pembinaan di […]
Berita
Penyelidik Dari Australia Puji Cara Malaysia Kekang COVID-19, Layak Diiktiraf & Dijadikan Ikutan Negara Lain
Keupayaan Malaysia dalam merangka dan melancarkan strategi demi strategi dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di seluruh negara mendapat pengiktirafan daripada penyelidik di media antarabangsa. Penghargaan itu dirakam dalam satu penulisan komentar oleh seorang penyelidik dari Australia, Stewart Nixon menerusi portal berita Channel News Asia, baru-baru ini. Kata Stewart dalam penulisannya berkata, respon Malaysia terhadap pandemik […]
Berita
Trend “Work From Home” Dijangka Berterusan, Jadi Pilihan Pekerja Selepas PKP
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Berbicara tentang normal baharu yang sedang diadaptasi rakyat Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 18 Mac lepas, ia sudah tentu menyentuh normal baharu bekerja dari rumah (WFH) yang rata-rata dilalui golongan pekerja kini. WFH sebenarnya bukan satu istilah yang baharu, malah kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) […]
Berita
JPJ Maklum Hadapi Masalah Teknikal, Urusan Pembaharuan LKM Kenderaan Barangan Tak Dapat Dibuat
Menurut kemaskini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pembaharuan lesen bagi kenderaan barangan tergendala buat masa ini atas gangguan teknikal. Perkhidmatan itu dijangka akan dimulakan semula pada 18 Mei nanti. “Adalah dimaklumkan bahawa urus niaga Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan barangan tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini di atas masalah teknikal yang dihadapi. “Jangkaan […]
Berita
(Video) Sejurus Selepas Berbuka Puasa, Bangunan Abbco Tower Di UAE ‘Dijilat’ Api
Sebuah menara pencakar langit antara tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah terbakar. Kejadian berlaku sejurus selepas berbuka puasa. Menurut laporan, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran menara seluas 623 kaki dan antara bangunan yang tertinggi di Sharjah, salah satu daripada tujuh wilayah membentuk UAE. Bagaimanapun, terdapat tujuh orang cedera ringan akibat kebakaran di menara tersebut […]