Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Covid-19 Di AS Kini Cecah 1.2 Juta

New York: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) Selasa, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Iklan

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini.

New York kekal negara paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian.

Massachusetts, Illinois, California dan Pennsylvania masing-masing mencatat lebih 50,000 kes.

Sumber: Bernama