Berita

Berita
Akta 333 Diteliti Semula Untuk Hukuman Lebih Berat Bagi Pemandu Sebabkan Kematian
PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) — Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) akan diteliti semula supaya mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan pengguna jalan raya lain dikenakan hukuman lebih berat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Katanya beliau telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula Akta 333 kerana Kementerian Pengangkutan […]
Berita
Cederakan Isteri Hingga Patah Tangan, Peniaga Dipenjara Tiga Hari, Denda RM3,000
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Seorang peniaga dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga patah tangan kanan. Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Sadruddin Saidfudin, 35, mengaku bersalah dan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Tertuduh berdepan hukuman penjara empat minggu jika gagal membayar […]
Berita
Perdana Menteri Jepun Lanjutkan Tempoh Darurat Sehingga 31 Mei 2020
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei 2020 pada hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin menular. Tempoh lanjutan tersebut dikatakan berlaku kerana sistem perubatan yang semakin lemah akibat peningkatan kes COVID-19 dan aktiviti ekonomi yang semakin tertekan disebabkan oleh pengisytiharan darurat. Panel pakar perubatan kerajaan Jepun pada […]
Kesihatan
Hasrat Dua Beradik Nikah Serentak Tertunai Selepas Sebulan Tertangguh
ALOR SETAR, 4 Mei — Hasrat dua beradik untuk bernikah dengan pasangan masing-masing dalam majlis yang sama akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas sebulan tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dengan pasangan Mohd Azran Elyas, 28, dan adiknya Nurul Ainna Md Lutfi, 23, dengan pasangannya Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, […]
Berita
Setiausaha Negara Amerika Dakwa Koronavirus Bermula Dari Makmal Di China
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa terdapat bukti kukuh penularan koronavirus bermula dari sebuah makmal di China. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan bukti yang didakwanya, lapor The Guardian. Dalam temu bual bersama sebuah stesen TV global, Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China. “Ada bukti […]
Kesihatan
COVID-19 : Singapura Catatkan 573 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 18,778 Kes
Singapura hari ini mengesahkan 573 lagi kes positif COVID-19, dengan lima daripadanya merupakan rakyat atau pemastautin tetap republik itu. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan berkata majoriti kes adalah pekerja asing yang tinggal di asrama. Dengan kes baharu ini, jumlah mereka yang dijangkiti virus itu mencecah 18,778. MOH masih meneliti perincian kes-kes dan akan mengemas […]
Gaya hidup
Santuni Golongan OKU, Lelaki Ajar Bahasa Isyarat Mudah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan rakyat Malaysia untuk kekal di rumah bagi mencegah penularan COVID-19, dan setelah lebih dua bulan tempoh PKP dilaksanakan pastinya ramai individu mula kekurangan idea untuk mengisi waktu lapang mereka. Baru-baru ini, seorang pemuda iaitu Afiq Masri berkongsi di laman Twitter, mengenai bahasa isyarat yang mudah untuk dipelajari untuk memudahkan komunikasi […]
Kesihatan
Ingkar PKP: Enam Rakan Berbuka Puasa Di Bilik Hotel Didenda RM1,000
Akibat berkumpul beramai-ramai dengan alasan ingin berbuka puasa di sebuah bilik hotel, enam rakan termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun mengaku bersalah. Mereka didakwa mengikut […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: KKM Sahkan Satu Kluster Baru COVID-19 Dikesan Di Kuching
Putrajaya, 4 Mei -Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat pertambahan satu kluster baru COVID-19 hari ini di Kuching, Sarawak. Kluster itu melibatkan kes indeks himpunan di Sri Petaling, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini. “Kluster baru telah dikenalpasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC melibatkan sejumlah 37 kes. Dan […]
Kesihatan
Singapura Benarkan Pemakaian Pelindung Muka Jika Keluar Rumah
Kementerian Kesihatan di Singapura mengumumkan bahawa rakyatnya yang keluar dari rumah dalam tempoh ‘lockdown’ ini boleh memakai salah satu daripada jenis topeng muka berikut yang menawarkan perlindungan asas yang mencukupi. Topeng yang boleh digunakan semula Topeng DIY Pelindung muka plastik Walau bagaimanapun, mereka harus memakain pelindung plastik dengan penutup mulut. Kementerian negara itu juga menyatakan […]
Gaya hidup
PKPB: Laporkan Pengingkaran SOP Kepada Balai Polis, Pihak Berkuasa Tempatan -Menteri
Putrajaya, 4 Mei -Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai yang melihat pengingkaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar melaporkannya kepada pihak berkuasa. “Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu kerajaan memastikan pematuhan PKPB atau PKP 5 ini,” katanya dalam sidang media tadi. “Oleh itu, […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: 55 Kes Baharu Termasuk 7 Kes Import Dilaporkan, Tiada Kematian – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 55 kes baharu jangkitan COVID-19 yang direkodkan setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 6,353 kes. “Ia menjadikan jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,764 kes. “Daripada 55 kes baharu tersebut, tujuh (7) daripadanya adalah kes import […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: 71 Kes Sembuh Dan Discaj Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Kes Baru
Putrajaya, 4 Mei- Sebanyak 71 kes sembuh COVID-19 telah direkodkan hari ini, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi. “Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini,” katanya. Tambah beliau, angka itu menjadikan kes pulih sepenuhnya 4,484 kes dari 6,353 kes […]
Berita
“Saya Bukan Wanita Pertama Yang Bekerja Dalam Projek ‘Nano-Satellite’ NASA” – Dr. Amani Salim
Sebelum ini tular mengenai seorang anak Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr. Amani Salim yang dikatakan wanita pertama yang bekerja dalam projek nano-satellite NASA. Selain itu, beliau juga dilaporkan menjadi ketua kepada 28 saintis NASA. Namun, baru-baru ini Dr. Amani Salim tampil menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan laporan berkenaan. […]
Berita
(Video) Pekan Sunyi Sepi Kerana “Lockdown”, Biri-Biri Dilapor ‘Berkonvoi’ Di Jalan Raya Di Turki
Segerombolan besar biri-biri memenuhi jalanan di sebuah bandar di Turki. Video detik ‘penjajahan’ tersebut telah dimuatnaik seorang wartawan Turki, Ragip Soylu di laman sosial miliknya. Menurut Ragip, gerombolan itu telah memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di semenanjung utara negara terbabit dengan populasi 1.4 juta penduduk. “Segerombolan biri-biri ‘menjajah’ bandar Samsun, Turki malam tadi ketika […]
Berita
IPTS Dibenar Mula Operasi dan Pengurusan Hari Ini
PUTRAJAYA, 4 Mei — Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) boleh memulakan operasi mereka dan hal-hal berkaitan pengurusan mulai hari ini, kata Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar. Dalam satu surat makluman bertarikh 3 Mei berkaitan pengoperasian IPTS semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Mohd Salleh bagaimanapun mengingatkan bahawa aktiviti pengajaran dan […]
Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang akan melanda di beberapa negeri pada hari ini. Rajah ramalan terkini dikeluarkan pada pukul 2.50 petang tadi. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan terlibat; Sehingga pukul 5 petang: – Perlis: seluruh negeri Kedah: seluruh negeri Pulau Pinang: seluruh negeri Perak: Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala […]
Bisnes
BNM Dijangka Turunkan Lagi Kadar Faedah (OPR)
KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) esok akan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas atau 0.5 peratus kepada 2.0 peratus. Bank pusat dijangka terus mengurangkan sebanyak 0.25 peratus lagi pada Julai. Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ini akan menjadikan kadar dasar kepada 1.75 peratus, lebih rendah […]
Berita
Beberapa PKPD Ditamatkan, Pendatang Asing Ditempatkan Di Depo Imigresen
Putrajaya, 4 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi terlibat telah berakhir semalam. “PKPD di Menara CityOne, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan kawasan di Masjid India telah tamat semalam iaitu 3 Mei,” ujar beliau dalam sidang media keselamatan hari ini. Katanya, penamatan PKPD […]
Luar Negara
Tular Foto Ayah Ada 4 Anak Kecil Mahu Jual Buah Pinggang Kerana Kesempitan Hidup
Menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19 adalah keputusan tragis yang dibuat oleh seorang lelaki dari Klaten, Jawa, Indonesia. Lelaki berkenaan, Frans Larry Oktavianus tekad mahu berbuat demikian kerana atas desakan hidup setelah diberhentikan kerja, lapor portal Detik. Tindakan luar jangkaan itu bukan sahaja menggemparkan seluruh penduduk kampung Dusun Karangsem, Ngering Jogonalan, malah […]