Berita

Patuhi SOP, Tidak Perlu Tergesa-Gesa Buka Operasi Perniagaan Esok – Saifuddin
Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi semula mulai esok bukanlah bermakna semua operasi perniagaan perlu dibuka esok dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata semuanya bergantung kepada majikan sama ada hendak memulakan operasi esok atau selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat iaitu […]
Tenang, Jangan Ikut Nafsu Ketika PKPB
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Hari ini mungkin boleh diibaratkan sebagai hari yang tenang sebelum ribut melanda. Bermula esok, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara serta kepentingan membendung wabak COVID-19. Di media sosial, ramai meluahkan kebimbangan langkah itu […]

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas – Ketua Polis Daerah Kajang
Seorang anggota polis ‘gugur’ di medan peperangan ketika bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya LEKAS, awal pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops Covid-19. Mangsa, Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun berasal daripada Ipoh, Perak. Menerusi kiriman daripada […]

Lebih 10k ‘Likes’, Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai, Elak Jadi Basi
Penggunaan santan kotak memang memudahkan tugas apabila memasak. Tetapi, masalah timbul apabila ianya tidak tahan lama selepas dibuka. Selalunya, jika ada lebihan santan, mesti akan dibuang sahaja kerana sudah basi. Tetapi terdapat cara mudah bagi memstikan santan kotak yang dibeli oleh anda tahan lama. Meraih lebih 10k likes, perkongsian tips oleh Nelisa Sofea menerusi Group […]

KKM Sahkan 60 Kes Daripada 105 Kes Baharu Hari Ini Adalah Dari Lokaliti PKPD
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah hari ini telah memaklumkan bahawa daripada 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Daripada jumlah tersebut, 11 kes adalah Import. Manakala, seramai 94 kes di mana 60 kes yang dilaporkan daripada lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Anda boleh lihat daripada gambar statistik di […]

Singapura Catat Lagi 447 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 17,548
Singapura: Singapura hari ini mengesahkan 447 lagi kes baru jangkitan COVID-19, dengan hanya empat kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyatan hari ini menyatakan majoriti besar kes baru hari ini melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Dengan kes baru ini, kenyataan itu melaporkan jumlah keseluruhan kes […]

TERKINI: Seramai 116 Orang Pesakit Sembuh, Jumlah Keseluruhan 4,326
Sebanyak 116 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Sabtu (2 Mei 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4,326 orang […]

TERKINI: 105 Kes Positif Baharu Termasuk 94 Kes Tempatan, Tiada Kematian Hari Ini
Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi. Manakala, jumlah kes aktif […]

Anggota Polis Cedera Dipukul Lelaki Bawa Dadah Ketika Rondaan PKP
Lumut: Dua anggota polis cedera selepas dipukul dengan topi keledar ketika bergelut dengan seorang suspek kes pecah kedai di Taman Setia, Sitiawan di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu mengakibatkan seorang anggota patah jari telunjuk kanan manakala seorang lagi lebam di kepala serta kaki, […]
Telur Jenama ‘Klasik’ Sah Telur Ayam, Bukan Telur Plastik
PUTRAJAYA, 2 Mei – Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama “klasik” keluaran Heap Soon Farming Sdn Bhd, yang didakwa warganet diperbuat daripada plastik, telah disahkan sebagai telur ayam. DVS berkata, pihaknya telah mengambil tindakan susulan dan menjalankan siasatan ke ladang ayam penelur Heap Soon Farming di Trong, Taiping, Perak dan stor simpanan […]

TERKINI: Perjalanan Pulang Rentas Negeri Ikut Jadual PDRM Bermula 7 Mei Hingga 10 Mei – Ismail Sabri
Perjalanan pulang bagi mereka yang terkandas di kampung halaman atau di bandar untuk pulang ke tempat masing-masing akan bermula pada Khamis (7 Mei 2020) dan dijangka berakhir pada Ahad (10 Mei 2020). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pulang mengikut negeri kepada semua rakyat dalam masa […]

PKP Masih Lagi Berkuatkuasa Walaupun Ada Arahan PKPB – Ismail Sabri
Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan PKP tetap dijalankan seperti biasa walaupun diberi kelonggaran bersyarat PKPB. Bahawa PKP tidak ditarik balik hanya diberi kelonggaran kepada beberapa sektor sahaja, PKP tetap berjalan seperti PKP 1, 2 dan 3. PKP terus dilaksana, Akta 342 berkuatkuasa, tindakan masih […]

KKM Sahkan Hanya 8 Zon Merah, Zon Hijau Terus Bertambah Kepada 91 Zon
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi status di laman Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm, 1 Mei 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 8 daerah yang masih kekal sebagai zon merah berdasarkan bilangan kes aktif. Bagaimanapun, Lembah Pantai dengan […]
Sifar Kes Covid-19, Labuan Kini Zon Hijau – CPRC KKM
Kuala Lumpur: Wilayah Persekutuan Labuan kini kawasan kelima Zon Hijau atau sifar kes COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam. Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM, hari ini, selain Labuan, empat negeri yang kini Zon Hijau ialah Perlis, Kedah dan Kelantan dan Perak. Sehingga […]
Gabungan Produk Pelancongan Langkawi Hadiahkan Pakej Percutian Untuk “Frontliners” Lepas Tamat PKP
Langkawi: Pengusaha hotel dan produk pelancongan di Langkawi bersetuju menawarkan pakej percutian menarik untuk petugas barisan hadapan COVID-19 di pulau peranginan itu selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gabungan tersebut antaranya melibatkan hotel, pemandu pelancong, ejen pelancongan dan pengembaraan, pengusaha dobi dan pengusaha kapal layar yang membawa pelancong melihat pemandangan matahari terbenam. Jurucakap gabungan tersebut, Razmi […]

Kemunculan Pertama Kim Jong Un Selepas 20 Hari Didakwa Meninggal Dunia – Laporan
Agensi berita Korea Utara (KCNA) memaklumkan pada Sabtu (2 Mei 2020), pemimpin negara Kim Jong Un menghadiri perasmian kilang baja di wilayah utara ibu kota, Pyongyang, sekaligus menepis spekulasi kematiannya sejak 11 April lalu. Kim dilaporkan menghadiri upacara tersebut pada Jumaat dan semua yang berada di situ dikatakan ‘bersorak’ ketika beliau muncul secara mengejut di […]

Singapura Catat 932 Kes Jangkitan Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Cecah 17,000
Singapura: Singapura pada Jumaat mengesahkan 932 kes baru jangkitan COVID-19, melaporkan satu lagi kematian menjadikan keseluruhannya kepada 16. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan pesakit yang dilabelkan sebagai kes 2728, meninggal dunia pada 1 Mei di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan. Menurut Kementerian itu, warga Singapura berusia 60 tahun […]

Tengku Zafrul Saran, Lupuskan Faedah Terakru Atau Keuntungan Pembiayaan Islam Kadar Tetap Untuk Tempoh 6 Bulan Moratorium
Selepas pengumuman terbaru dari pihak Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengenai moratorium 6 bulan, pelbagai kekeliruan yang timbul dan sedikit-sebanyak menimbulkan keresahan rakyat. Justeru, melalui kiriman dari laman Facebook rasmi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menyarankan bahawa Faedah Terakru bagi Pinjaman Sewa Beli dan Keuntungan bagi Pembiayaan Islam Kadar Tetap dilupuskan. 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐫𝐮 […]
COVID-19: Dua Kapal Persiaran Sedia Tempatkan Pekerja Asing Yang Telah Pulih Di Singapura
SINGAPURA, 1 Mei (Bernama) — Dua kapal persiaran – SuperStar Gemini dan SuperStar Aquarius kini bersedia untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara bagi pekerja asing yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 di republik ini. Dalam hantaran di Facebook hari ini, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata SuperStar Gemini telah menerima pekerja asing yang telah pulih daripada […]
COVID-19: PDRM, Agensi Penguat kuasa Laksana Operasi Buru PATI – KPN
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi besar-besaran bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang tanpa izin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata operasi berkenaan dilaksanakan juga bertujuan membendung dan menyekat penularan wabak COVID-19 di negara ini. Beliau berkata pendatang asing […]