Berita

Berita
Mesej Tular Di Twitter Tak Benar, ERP Masih Diteruskan – PERKESO
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini memberi jaminan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) masih diteruskan dan mereka yang membuat permohonan sehingga 27 April dan telah diluluskan, adalah layak mendapat bantuan kewangan itu. Kenyataan Perkeso hari ini menjelaskan bahawa mesej di Twitter yang tular dan mendakwa bahawa program itu dihentikan […]
Berita
(Video) Tak Sangka, Begini Rupanya Bunyi Anak Badak Sumbu, Comel Tak Seperti Dibayangkan
Siapa sangka, haiwan besar yang kelihatan menakutkan ini sebenarnya mempunyai bunyi yang unik dan comel dengan caranya tersendiri. Dengan badan badak sumbu dewasa boleh mencapai saiz 3.7 hingga 4 meter dan berat sekitar 1.4 hingga 2 tan, ramai mungkin berfikir ia haiwan yang ganas dan tiada ‘sisi comel’. Pasti ramai antara kita yang tidak pernah […]
Gaya hidup
Kes Keganasan Rumah Tangga Global Boleh Bertambah Sehingga 31 Juta Kes Jika Perintah Berkurung Dilaksana Selama 6 Bulan- PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan, perintah berkurung selama enam bulan boleh menjurus kepada pertambahan sebanyak 31 juta keganasan rumah tangga di seluruh dunia. “Ia adalah peningkatan krisis di dalam krisis. Kita perlu memberi perhatian maksimum terhadap hal ini sekarang,” kata Dr Ramiz Alakbarov, Timbalan Pengarah Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) kepada CBS News. Dalam data […]
Berita
PKP Longgar Bukan ‘Tiket’ Orang Ramai Boleh Bergerak Bebas – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan kerajaan bermula Isnin ini dengan memberikan beberapa kelonggaran, bukan ‘tiket’ untuk orang ramai boleh begerak bebas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata orang ramai diminta untuk bersabar dan sentiasa membuat pertimbangan yang sebaiknya semasa ingin keluar dari rumah kerana penularan […]
Selera
Sedapnya Makan ‘Kulat’, Jom Baca Sains Sebalik Tempe
Sudahlah sedap, murah pula. Makanan berasaskan kacang soya ini amat lazat dimakan tidak kira jika dibuat lauk mahupun dijadikan kudapan. Disebabkan itu, ia sering diinovasi dan dimasukkan dalam pelbagai jenis masakan serta digubah menjadi makanan ringan seperti kerepek. Tahukah anda, apakah yang berlaku ketika proses penghasilan tempe? Bagaimana ia boleh berubah dari kacang soya kepada […]
Berita
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi ‘Ditutup’ Buat Pertama Kali Selepas 30 Tahun
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilaporkan telah ditutup pada 1 Mei 2020 setelah 30 tahun beroperasi. Penutupan itu susulan kerja menaik taraf seperti yang dirancang, dan memandangkan wabak Covid-19 yang masih berterusan. Diumumkan pada awal April bahawa Terminal 2 akan menghentikan operasi sehingga November 2021 untuk menjimatkan kos operasi. Ini juga disebabkan oleh penurunan drastik […]
Berita
‘Dentist’ Bocor Rahsia Cara Berus Gigi Yang Betul
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Dr. Hafiz berkongsi kaedah berus gigi dengan lebih berkesan. “Sebelum itu, pastikan korang beli berus gigi yang lembut dan juga ubat gigi yang […]
Berita
Faedah Moratorium Sewa Beli Tidak Boleh Lebih Tinggi Berbanding Kontrak Asal – BNM
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Sebarang faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank pada pembayaran yang ditangguh tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak sewa beli asal yang ditandatangani, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini. Sebagai badan kawal selia, BNM menegaskan hakikat bahawa ia sejak dari awal lagi menyatakan bahawa akan ada faedah atau keuntungan terakru berkaitan […]
Berita
PDRM Kurangkan Sekatan Jalan Raya Mulai Isnin – KPN
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin ini dan akan memfokus kepada penguatkuasaan pematuhan jarak sosial selain mengekang kemasukan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan. Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan hari ini yang memberikan beberapa kelonggaran berbanding PKP. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid […]
Gaya hidup
Taman Tema Air ‘Rooftop’ Pertama Malaysia, Kisah Penutupan Safari Lagoon
Taman tema air bumbung pertama di Lembah Klang, iaitu Safari Lagoon, membuka pintunya kepada pengunjung kira-kira 20 tahun yang lalu. Pertama kali ia dibuka adalah pada tahun 1998. Safari Lagoon ini dikatakan beroperasi tanpa mendapat kelulusan selama 8 tahun. Namun pada 2005, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dipercayai mengarahkan taman teman itu ditutup. Seorang individu menggunakan […]
Berita
Scammer Cipta Laman Web Palsu Mirip Milik Agensi Kerajaan & Bank, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan scammer yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank. Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T. Saravanan berkata scammer berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan […]
Berita
Sakit Pada Masa Puasa? Ambil Tahu Lima Penyakit Berlaku Di Bulan Ramadhan
Semasa bulan Ramadan, pernahkah kita merasa sakit sehingga mengganggu ibadah puasa kita? Selalunya, sakit-sakit ini kerap kita hadapi kerana dipengaruhi oleh perubahan dalam corak pemakanan kita. Menurut Hello Doktor, ada lima penyakit yang sering berlaku dalam kehidupan kita pada bulan Ramadan. Berikut adalah perkongsiannya yang boleh dibaca di bawah ini: 1. Tidak cukup minum air […]
Berita
Majlis Perkahwinan Sepi, Gambar Tetamu Tak Dapat Hadir Dilekat Sepanjang Kerusi
Wabak Covid-19 yang menyerang negara menyebabkan banyak urusan perlu ditangguhkan sementara. Antaranya soal pekerjaan, persekolahan, percutian dan sebagainya. Malahan, turut terkesan adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika pandemik. Ramai pasangan yang mengeluh kerana majlis sudah pun dirancang sejak berbulan-bulan tetapi akhirnya ditunda. Berdasarkan sebuah foto yang dimuatnaik oleh Vicens Forns Photography di Instagram, memaparkan […]
Tragedi
Mayat Pembekal Sayur Ditemui Reput Dalam Bilik Air
KUCHING, 1 Mei — Mayat seorang pembekal sayur di pasar raya ditemui dalam keadaan reput di dalam bilik air rumahnya di Jalan Song di sini, kira-kira pukul 9.05 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata maklumat diperolehi menerusi seorang pemanggil menghubungi polis memaklumkan seekor anjing mati di perkarangan sebuah rumah milik […]
Berita
Cikgu Jawab Keluhan Ibu Bapa Terbeban Kerja Sekolah Anak Banyak Waktu PKP
Wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia telah memberi kesan yang besar termasuk penutupan beberapa organisasi dan institusi termasuk sekolah. Di Malaysia, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak. Cikgu Mohd Fadli Salleh telah membincangkan isu ini apabila melihat satu status dipercayai milik ibu bapa […]
Berita
Polis Akan Rombak, Atur Semula Sebahagian Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. “Sebahagian sekatan jalan raya ini akan […]
Berita
Tiada Perubahan Daripada Keputusan Terdahulu Berkaitan Moratorium Pinjaman Sewa Beli – BNM
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Sejak hari pertama lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjelaskan bahawa faedah/keuntungan akan terakru kepada semua produk semasa tempoh moratorium pembayaran semula pinjaman, justeru, tidak ada berlaku pusingan-U mahupun pembatalan keputusan sebelum ini. Para pegawai BNM dalam satu taklimat media mengenai isu moratorium itu di sini, hari ini, berkata mereka kesal dengan kekeliruan […]
Kesihatan
Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes COVID-19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup, Diletak Sebagai PKPD
Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID-19 dikesan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). “Kita akan tutup kawasan tersebut dan akan laksanakan saringan, kita pasti akan mengasingkan mereka yang positif. “Kita akan […]
Berita
Harga RON95, RON97, Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.40 seliter. Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga […]
Berita
Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Gara-Gara Tergelincir Ketika Ambil Gambar Rai ‘Lockdown’ Tamat
Seorang wanita dilaporkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 115 kaki ketika sedang bergambar di hujung tebing di Duden Park, Turki. Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil gambar sebagai meraikan tamatnya perintah berkurung (lockdown) COVID-19 di negara itu. Sebelum kematiannya, mangsa dikenali sebagai Olesya bersama rakannya dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut yang terkenal dengan pemandangan […]