Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majlis Perkahwinan Sepi, Gambar Tetamu Tak Dapat Hadir Dilekat Sepanjang Kerusi

Wabak Covid-19 yang menyerang negara menyebabkan banyak urusan perlu ditangguhkan sementara. Antaranya soal pekerjaan, persekolahan, percutian dan sebagainya.

Malahan, turut terkesan adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika pandemik. Ramai pasangan yang mengeluh kerana majlis sudah pun dirancang sejak berbulan-bulan tetapi akhirnya ditunda.

Berdasarkan sebuah foto yang dimuatnaik oleh Vicens Forns Photography di Instagram, memaparkan keadaan sebuah majlis perkahwinan di sebuah gereja yang sepi tanpa tetamu yang hadir di San Fransisco.

Namun, apa yang menarik perhatian, setiap kerusi kelihatan gambar dipercayai ahli keluarga dan sahabat handai yang tidak dapat hadir disusun memenuhi setiap tempat duduk.

Sumber: Vicens Forns Photography, USS Feed