Berita
Teringin ‘Taiwanese Sweet Potato Balls’, Ini Resepi Mudah Buat Sendiri
Di bulan Ramadan ini, pelbagai hidangan unik yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia yang beragama Islam tidak kira sama ada hidangan tersebut untuk sahur ataupun berbuka. Baru-baru ini, saudara Khairulaming telah berkongsi resepi hidangan Taiwanese Sweet Potato Balls di laman media sosial. Hidangan pencuci mulut ini merupakan salah satu hidangan yang cukup terkenal di Taiwan. Hidangan […]

Sabar, Patuhi PKP Demi Kesenangan Bersama Pada Masa Akan Datang
Putrajaya: Tiada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata kerajaan mahu sekiranya PKP ditamatkan bagi membendung wabak COVID-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya dan beliau seterusnya mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa […]

Semua Pemborong, Peniaga Pasar Borong Selayang Perlu Jalani Ujian Covid-19 – Ismail Sabri
Semua pemborong dan peniaga di Pasar Borong Selayang diarahkan untuk menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19 sebelum dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi. (Rujuk minit video 49:28) Menurut beliau, arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berikutan terdapat kes jangkitan […]
Lapan Lelaki Ditahan Bersama Senjata, Dadah Di Ulu Tiram
JOHOR BAHRU, 28 April — Lapan lelaki ditahan bersama pelbagai senjata, dadah dan wang tunai di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, awal pagi semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Supt Dimin Awang berkata mereka yang berusia antara 27 dan 48 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 2.00 pagi, ketika sedang […]

Pembayaran Fasa Kedua BPN Dibuat Mulai 4 Mei Ini – Menteri Kewangan
Sebelum ini, penerima fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat, pada 6 April lalu. Pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah RM5.63 bilion itu akan memberi manfaat kepada 8.3 juta isi rumah. Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu bahawa fasa kedua BPN akan mula dilakukan pada 4 Mei ini. Pembayaran Fasa ke-2 BPN […]

Graf Covid-19 Tunjukkan Penurunan Konsisten Sejak 12 April, Terus Patuh PKP Dan Duduk Rumah – KKM
Graf berkaitan trend kes Covid-19 di negara ini penunjukkan penurunan kes aktif yang konsisten sejak 12 April lalu. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), trend tersebut juga menunjukkan sejak 13 April, kes discaj dan pulih sepenuhnya telah melebihi kes baharu. Namun, KKM menasihatkan agar semua rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana sebarang kemungkinan boleh […]
Lubang Besar Lapisan Ozon Tertutup, Beri Petanda Bumi Makin Pulih – Saintis
Jika dilihat kebelakangan ini, pelbagai aktiviti manusia di seluruh dunia telah dihentikan buat sementara waktu. Hal ini terjadi kerana penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Masyarakat telah diberikan arahan untuk sentiasa berada di rumah sebagai salah satu langkah membendung penularan wabak COVID-19 ini. Ternyata arahan tersebut memberikan kesan yang baik kepada alam sekitar […]
Kucing Hitam Dibunuh Dan Dijadikan Pes Selepas Khabar Angin Mendakwa Boleh Ubati Coronavirus
Kucing hitam dipercayai dibunuh di Vietnam selepas berita palsu mendakwa dengan merebus haiwan itu dapat mengubati jangkitan Covid-19. Badan amal ‘No To Dog Meat’ berkata, kucing direbus, disiat kulit dan dimasak sehingga menjadi pes sebelum dimakan. Menurut laporan, ‘aktiviti’ itu dilakukan ditengah ibu kota Hanoi, namun ia turut dijual secara atas talian. Gambar dan video […]

Hampir 20 Ribu Kes Covid-19, Sweden Nafi Tidak Serius Tangani Wabak Covid-19
Stockholm: Sweden menafikan kritikan mengatakan negara itu seolah-olah tidak serius terhadap usaha membendung penularan wabak COVID-19 berbanding negara Eropah lain, Menteri Luarnya berkata beberapa langkah pencegahan ketat telah dilaksanakan tanpa mengenakan sekatan. Dalam temu bual eksklusif dengan agensi berita Anadolu, Ann Linde berkata persepsi mengatakan rutin harian kehidupan rakyat Sweden berjalan seperti biasa adalah tidak betul. […]

46 Tahun Menanti, Wanita 68 Tahun Lahir Bayi Kembar
Selepas tiga kali percubaan IVF gagal, seorang wanita Nigeria berusia 68 tahun dan suaminya yang berusia 74 tahun akhirnya memperoleh anak kembar yang sihat. Margaret Adenuga menyambut sepasang kembar di Hospital Pengajaran Universiti Lagos, hampir dua minggu lalu. Dilaporkan bahawa dia dan suaminya, Noah Adenuga, 77 tahun, cuba memiliki cahaya mata pertama setelah menikah pada […]

Sehingga Kini Lebih 3 Juta Dijangkiti COVID-19, 210,000 Terkorban
Kes Covid-19 seluruh dunia sudah menjangkiti lebih 3 juta orang dan membunuh kira-kira 210,000 orang, menurut Universiti Johns Hopkins. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) dalam satu kenyataan memberitahu terdapat beberapa kebimbangan terhadap kenaikan kes di beberapa negara seperti Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa bahagian di Asia. Dalam pada itu, seramai 56,000 mati di Amerika […]
77 Kawasan Disahkan Zon Hijau Covid-19, Hanya Tinggal 12 Daerah Dalam Zon Merah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesahkan jumlah kawasan merah (Red Zone) Covid-19 telah menurun dan hanya tinggal 9 daerah sahaja yang diklasifikasikan sebagai zon merah. “Daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah. Zon hijau terus meningkat menjadi 77 daerah. Kita masih belum menang. Keadaan boleh jadi sebaliknya jika kita ingkar arahan […]
Ingkar PKP: Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Didenda Maksimum RM1,000
GERIK, 28 April — Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas. Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 […]
Bekerja 6 Jam Tanpa Henti Ketika Puasa, Frontliners Terduduk Keletihan Dalam Sut PPE
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadan, membuatkan ramai di antara kita yang menjalani ibadah puasa dalam keadaan tennag di rumah. Namun, barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19, mungkin tidak dapat menikmati keadaan tersebut kerana mereka kini sedang bertungkus-lumus berkhidmat demi negara. Tentunya keadaan lebih mencabar memandangkan mereka perlu bekerja seperti […]
Keluar Awal Pagi Demi Jaga Kebersihan, Nukilan Anak Buat Ayah ‘Frontliner’ Undang Sebak
Ada orang yang cukup bertuah apabila hanya dapat melakukan kerja walaupun berada di rumah. Namun, ada juga yang harus bekerja di luar tatkala wabak COVID-19 semakin menular. Jika dilihat, ramai yang bekerja sebagai seorang petugas barisan hadapan pada ketika ini, tidak kira sama ada doktor, polis, tentera ataupun penghantar makanan. Baru-baru ini, tular di Facebook […]
Covid-19: Dua Lagi Kematian Di Singapura, Jumlah Meningkat 14 Orang
SINGAPURA, 28 April – Singapura yang mengesahkan 799 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam, melaporkan dua lagi kematian menjadikan jumlahnya 14 orang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan dua pesakit lelaki yang dilabelkan sebagai kes 1595 dan 9682 meninggal dunia semalam. Kes 1595 berusia 82 tahun menghidap jangkitan COVID-19 pada 8 April manakala kes 9682, 81, pada 20 April. […]

Padu Betul, Pengguna U Mobile Dapat Harga HUAWEI P40 Series “Best Photography & Connectivity” Serendah RM 999
Buat apa tunggu lagi, jom dapatkan maklumat tentang peranti yang cukup unggul iaitu HUAWEI P40 Series. Korang kini boleh mendapatkan telefon pintar revolusioner dengan harga yang sangat berpatutan jika korang membelinya daripada mana-mana telco di Malaysia. Selaras dengan inovasi dan kecemerlangan yang unggul, HUAWEI P40 Series masih mengekalkan kedudukannya sebagai peranti yang terbaik dalam ‘Photography […]
“Sedap Macam Dekat Bazar”, Cara Mudah Martabak Guna ‘Plain’ Paratha
Bila Ramadhan menjelang umat Islam diwajibkan berpuasa bermula subuh sehinggalah masuk waktu maghrib. Ia antara waktu yang paling digemari oleh semua kerana pelbagai juadah akan dihidangkan tidak kira lah dari membeli atau memasak sendiri. Selama 30 hari menjalani ibadah puasa ini, pastinya semua buntu untuk memasak menu berbuka puasa. Jangan risau, perkongsian resepi melalui laman […]

Penduduk Kongsi Kejadian Tanah Runtuh Di Taman Seri Ampang Selepas Beberapa Hari Hujan Lebat
Menerusi laman Twitter rasmi Bernama menunjukkan beberapa buah rumah di Taman Seri Ampang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. Hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tanah runtuh. Gambar yang dikongsikan oleh penduduk sekitar menunjukkan keadaan tanah runtuh tersebut. Namun setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan Hujan lebat […]

Doktor Perjelas Cara Urus Anak Selesema, Elak Bagi Sembarangan Ubat
Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak. Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu prihatin […]