Berita
Pemimpin Korea Utara Rakam Penghargaan Kepada Pekerja Zon Pelancongan
SEOUL, 27 April (Bernama) — Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un merakamkan penghargaannya kepada pekerja yang membina zon pelancongan di pantai timur wilayah Wonsan, tatkala khabar angin mengenai kesihatannya bertiup kencang. Laporan media Korea Utara pada Isnin turut mengatakan kereta api khas milik pemimpin itu dilihat berada di kawasan berkenaan. “Pemimpin Tertinggi Kim Jong-un menyampaikan penghargaannya […]

Itali Longgarkan Sekatan Pergerakan Bermula 4 Mei
ROM, 27 April — Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata Itali akan melonggarkan sekatan pergerakan di seluruh negara pada 4 Mei, membolehkan beberapa perniagaan utama disambung semula selepas tujuh minggu tidak beroperasi, lapor agensi berita Anadolu. Dalam satu sidang media pada Ahad, Conte mengumumkan permulaan “fasa dua” wabak COVID-19, yang setakat ini meragut lebih 26,600 nyawa […]
Kesan ‘Lockdown’, Sekumpulan Singa Laut Dilihat Berjemur Di Pantai Argentina
Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan setiap penduduk di seluruh dunia terpaksa menjalani ‘lockdown’. Pun begitu, satu ‘fenomena’ aneh berlaku di Argentina ketika negara itu sedang dalam pelaksanaan perintah berkurung. Walaupun penduduknya dikatakan mengikut arahan dengan sentiasa berada di rumah, kesempatan itu diambil sekumpulan singa laut dengan berjemur di kawasan pantai. Menurut TribunNews, keadaan teersebut berlaku […]

Jangan Panik Jika Terserempak Haiwan Liar, Elak Buat Provokasi
Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menerima beberapa laporan mengenai kehadiran haiwan liar di kawasan berpenduduk baru-baru ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi itu. Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata sekiranya terserempak dengan haiwan liar, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan […]

TERKINI: Seramai 95 Pesakit Telah Sembuh, Kekal Lebih Banyak Dari Kes Positif Baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan seramai 95 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 3957 orang atau 67.9% daripada jumlah keseluruhan. Sekali lagi, bilangan kes yang discaj hari ini. #COVID19Malaysia 🇲🇾 […]

TERKINI: Satu Kematian Dan 40 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak 40 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,820 kes setakat Isnin (27 April 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,764 kes […]

Covid-19: 11 Hari Berturut-Turut, Vietnam Rekod Tiada Kes Baharu
Hanoi: Setakat 6 pagi 27 April, tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Vietnam, hari ke-11 berturut-turut, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19. Menurut agensi berita Vietnam (VNA) jumlah kes di negara ini kekal pada 270, dengan 225 pesakit pulih dan tiada kematian dicatatkan. Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh negara, […]

Berita Tular Penemuan Mayat Dalam Longkang Lebuhraya LEKAS Tidak Benar
KUALA LUMPUR, 26 April — Berita yang tular di media sosial berkenaan penemuan mayat di dalam longkang tidak berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), pihak LEKAS memaklumkan. LEKAS menerusi satu kenyataannya hari ini memohon agar pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat agar tidak menyebarkan informasi yang tidak sahih di media sosial. Media hari ini melaporkan mayat […]
Enam Orang Termasuk Empat Beranak Didenda RM800 Seorang, Nak Pergi Kenduri Ramadan
Tawau: Empat beranak dan dua lagi didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghadiri satu majlis kenduri sempena Ramadan, lima hari lalu. Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Abdurrasad Arsad, 60; Salbiah Bain, 64; Raman Abdurrasad, 36; Rozana Abdurrasad, 28; […]
Sayu, Ayah Negatif Covid-19, 2 Hari Tunggu Anak Tak Datang Jemput Akhirnya Meninggal Dunia
Tanggungjawab menjaga ibu bapa terutamanya apabila mereka menjengah ke usia senja perlu digalas sebaiknya oleh anak-anak. Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah sebanyak yang mungkin sebelum terlambat. Perkongsian oleh seorang jururawat, Che Suriani Che Saufi di Facebook mengenai salah seorang pesakit suspek Covid-19 yang dirawatnya ternyata membuatkan ramai yang merasa hiba. Difahamkan, pesakit tersebut, seorang warga […]
Terkini: Lebih 14,400 Positif COVID-19 Di Singapura, 799 Kes Baru
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 799 kes jangkitan COVID-19, menjadikan peningkatan jumlah kes disahkan di pulau tersebut kepada 14,423. Ini menunjukkan, dalam masa seminggu, kes Covid-19 di Singapura meningkat sehingga dua kali ganda. [BREAKING] As of 12pm on Apr. 27, 2020, MOH has preliminarily confirmed 799 new Covid-19 cases in Singapore. This brings […]
Saya Akan Ditanya Allah Atas Setiap Apa Saya Lakukan, Saya Serahkan Segalanya Kepada Allah – Ebit Lew
Sebut sahaja Ustaz Ebit Lew, majoriti rakyat Malaysia pasti mengenali insan yang berhati mulia ini. Peribadinya yang baik dan merendah diri seringkali disenangi masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun baru-baru ini beliau dilanda dengan pelbagai kontroversi atas kerja amal yang dijalankan, Ustaz Ebit Lew tetap tidak berputus asa membantu golongan yang memerlukan. Join abang […]
(Video) Laungan Azan Pertama Kali Secara Terbuka Berkumandang di Kota Parma, Itali
Petang semalam, Datuk Bandar Parma, Itali, Federico Pizzarotti menghadirkan diri dalam satu sesi laungkan azan sempena Ramadhan di Ibu Pejabat Komuniti Islam Parma dan Wilayah Campanini. Laungan azan dialunkan menandakan bermulanya bulan suci, Ramadhan di wilayah tersebut. Majlis itu dilaksanakan sesuai dengan protokol yang betul. Ia sekali gus merupakan saat bermuhasabah bagi masyarakat kota ketika […]

LZS Lantik Penolong Amil Fitrah Bantu Golongan Kurang Mahir Teknologi Bayar Zakat
SHAH ALAM, 27 April — Golongan yang kurang mahir dengan teknologi boleh membayar zakat fitrah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada penolong amil fitrah yang dilantik di 431 masjid dan surau di Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Saipolyazan M. Yusop berkata pelaksanaan kaedah pembayaran berkenaan dimulakan sejak 1 Ramadan lepas bagi memudahkan pengeluar zakat terutamanya warga emas […]

PKPD Dua Kawasan Di Simpang Renggam Akan Ditamatkan Esok – Ismail Sabri
Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan beberapa kawasan yang dilabelkan sebagai PKPD di Johor akan tamat pada esok, 28 April 2020. Menurut Datuk Seri Ismail, dua kawasan di Simpang Renggam akan tamat PKPD pada esok hari iaitu di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu […]

Tarikh Akhir Permohonan Baru, Rayuan BPN Pada 30 April
CYBERJAYA, 27 April — Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurut LHDN, isi rumah atau individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus BPN boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my. […]

”Dibuang Dekat Rumah Aku..” Sayu Di Awal Ramadan, Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Dalam Beg
Kes pembuangan bayi seperti sudah tidak asing lagi di negara ini. Di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, bayi yang tidak berdosa masih terus manjdi mangsa. Lebih menyedihkan perbuatan terkutuk ini berlaku pada bulan yang mulia. Di manakah sifat belas ihsan dalam diri seorang ibu yang seharusnya melindungi anak yang dilahirkan. Seperti perkongsian yang tular […]
Pembaziran Makanan Berkurangan Tanpa Bazar Ramadan – Zulkifli
PUTRAJAYA, 27 April — Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 dilihat mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata ini digalakkan lagi dengan saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya umat […]

PKP: Semua Pihak Termasuk Pengamal Media Dilarang Terbangkan Dron
Kuala Lumpur: Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini. Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintenden Rasha Azaldin Shafii berkata tindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah […]

Lebih 90% Pesakit Covid-19 Yang Dirawat Secara Tradisional Di Hubei Sembuh – Pakar
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu, kata Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong Dr Li Jun. Dr Li, yang mengetuai tujuh pakar perubatan lain dari China dalam misi berkongsi pengalaman memerangi wabak COVID-19 […]