Berita
(Video) Udara Dan Air Yang Lebih Bersih, Ribuan Flamingo ‘Banjiri’ Tasik Di Mumbai
Disebabkan oleh kurangnya pencemaran dan aktiviti manusia serta ditambah lagi dengan air dan udara yang bersih, ribuan burung flamingo merah jambu dirakam sedang berkumpul di sebuah sungai di Mumbai, lapor Daily Mail. Video yang dirakam daripada apartment di Nerul yang menghadap sebuah anak sungai di Navi Mumbai itu menyaksikan lebih daripada 150,000 burung-burung yang cantik […]
Kaunter JPJ Dibuka Bermula Rabu Depan
Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusniaga melibatkan kenderaan perkhidmatan awam, barangan dan pelancongan akan dibuka bermula 29 April, Rabu depan. Menurut kenyataan rasmi Ibu Pejabat JPJ, perkhidmatan kaunter yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu dikhususkan kepada kenderaan perdagangan sahaja dengan melibatkan tiga perkara. “Pertama, kaunter dibuka untuk pembaharuan Lesen Kenderaan […]
Tempoh Berpuasa Di Seluruh Dunia, Norway Antara Paling Lama Sehingga 20 Jam Sehari
Umat Islam di seluruh dunia telah memulakan sesi ibadah berpuasa di bulan Ramadan pada hari ini. Seperti yang kita maklum, tempoh masa berpuasa adalah bermula dari terbit fajar (Subuh) sehingga tenggelam matahari (Maghrib). Namun, tidak semua negara di dunia mempunyai jangka masa yang sama kerana faktor lokasi negara yang berbeza. Menurut laporan Aljazeera, pada Ramadan […]
Pelajar Bawa Kenderaan Sendiri Dibenarkan Memandu Pulang Dengan Syarat Tidak Merentas Negeri – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus. Pergerakan pulang pelajar IPT dibenarkan bermula 27 April ini dari pukul 9 malam sehingga 9 pagi. Perkara ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan yang besar pada waktu siang. […]
Penyokong Protes “Anti-Lockdown” Di Amerika Dilapor Meninggal Dunia, Jadi Mangsa COVID-19
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang merupakan seorang penyokong protes anti-lockdown di Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia, dipercayai menjadi mangsa COVID-19. Mangsa, 60, meninggal dunia pada Rabu di sebuah hospital di Ohio sebelum ini pernah memuat naik di media sosial yang mendakwa virus COVID-19 adalah agenda politik dan menganggap keputusan Gabenor Ohio yang mahu menutup […]
Pergerakan Pulang Pelajar IPT Dibenarkan Bermula 27 April Dari 9 Malam Hingga 9 Pagi – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus. “Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar bermula pada 27 April 2020 iaitu hari Isnin depan,” ujarnya. Menerusi sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), […]
Dipercayai Buaian Putus, Spring ‘Benam’ Kepala Kanak-Kanak 6 Tahun
Seorang kanak-kanak perempuan di Medan, Indonesia terpaksa menjalani dua kali pembedahan bagi membuang bahagian spring besi buaian yang terpacak di kepalanya. Nazwa Maulida, 6 dilaporkan cedera setelah buaian adik yang dinaikinya putus, menyebabkan spring membenam di atas kepalanya. Akibatnya, tempurung kepala mangsa mengalami keretakan dan dia digegaskan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan. ”Saya buntu […]
COVID-19: Sweden Catat Lebih 2,000 Kematian, Kes Naik Mendadak
STOCKHOLM, 24 April (Bernama) — Seramai 16,755 orang di Sweden didapati positif COVID-19, dengan 751 kes baharu direkodkan antara Rabu dan Khamis, manakala angka korban berjumlah 2,021, lapor agensi berita Xinhua. Kenaikan mendadak itu disebabkan peningkatan jumlah saringan COVID-19 yang diadakan oleh petugas perubatan, kata pakar epidemiologi Anders Wallensten pada taklimat harian. “Kami tidak melihat […]
COVID-19: Brazil Lancar Pelan Darurat, Sedia Lebih Banyak Kawasan Perkuburan
Datuk Bandar Sao Paulo pada Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. “Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat,” kata Bruno Covas merujuk […]
Benarkah Hadis Siapa Jaga Wuduk Terhindar Wabak? Ini Jawapan Mufti
Wabak COVID-19 mengajar kita untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan rapi. Kalau dahulu mungkin ada yang membasuh tangan sekadar syarat, kini ramai yang semakin berhati-hati dan membasuh tangan menggunakan sabun sepertimana saranan ahli kesihatan. Malah, ada yang membawa cecair pembasmi kuman di mana-mana untuk mensanitasi tangan setiap kali menyentuh permukaan objek yang dikhuatiri tercemar. […]
KKM Nafi Dakwaan Ada Kes Baharu ‘2019-nCOV’ Di KLCC
Seperti yang diketahui, media sosial sememangnya menjadi medium penyampaian maklumat yang sangat proaktif terutama pada ketika negara dilanda wabak Covid-19 ini. Pun begitu, ada sesetengah pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu. Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menafikan mengenai berita yang mendakwa bahawa wujudnya kes baharu 2019-nCOV yang dilaporkan berlaku di […]
“Boleh Lebihkan Masa Tahajud, Baca Quran,” Pesanan Dr Zulkifli Buat Golongan Bujang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam sidang media semalam menitipkan beberapa pesanan kepada rakyat Malaysia sempena menyambut bulan Ramadan yang bermula hari ini. Dalam keadaan Ramadan New Normal ini, beliau berpesan kepada para isteri untuk mengajak suami dan anak-anak menyiapkan menu sahur agar dapat memeriahkan suasana selain […]
(Video) ‘Rider’ GrabFood Gigih Redah Banjir Dengan Motosikal Buat Ramai Tersentuh
Permintaan untuk penghantaran makanan sejak kebelakangan ini boleh dilihat semakin tinggi susulan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik virus Covid-19. Selepas sahaja PKP ini dilaksanakan, orang ramai yang hendak keluar untuk membeli barangan keperluan harian dinasihatkan supaya memilih perkhidmatan atas talian ini bagi mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti […]
Sepupu Meninggal Ketika Hantar Makanan Kepada Pelanggan, Eira Syazira Mohon Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah
Peranan penghantar makanan atau rider adalah sangat penting pada ketika ini bagi memenuhi kehendak orang ramai. Mereka juga perlu dianggap sebagai frontliners yang sanggup berkorban tidak kira dalam pelbagai keadaan cuaca dan terkadang perlu menempuh bahaya. Pelakon popular, Eira Syazira memaklumkan bahawa sepupunya meninggal dunia semasa sedang menghantar makanan kepada pelanggan. Menerusi laman Instagram awal […]
“Billboard” Di Amerika Dilapor Papar Nasihat Dari Hadis Nabi, Cara Berdepan Ancaman Wabak
Sebuah papan iklan billboard dipercayai di Chicago, Amerika Syarikat dilapor memaparkan nasihat menghalang penularan koronavirus melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W. Dalam iklan oleh Gain Peace di AS, mereka merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan dijangkiti wabak dan jangan masuk ke dalam kawasan dijangkiti. Mesej berusia lebih 1400 tahun itu […]
PKP Latih Diri Bersederhana Pada Bulan Ramadan
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Memasuki hari ke-38 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan hingga 12 Mei, umat Islam hari ini menjalani hari pertama ibadah puasa. Meskipun suasana menyambut Ramadan agak berbeza tahun ini ekoran penularan wabak COVID-19 dengan kebanyakan negara di dunia turut melaksanakan PKP, namun ia tidak menghalang umat Islam […]

Bazar Ramadan Facebook Meriah Dengan Promosi Bermacam Juadah
KUALA LUMPUR, 24 April — Ramadan yang disambut seluruh umat Islam khususnya di Malaysia pada kali ini pastinya berbeza kerana pada masa yang sama perlu melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa ke-4 hujung bulan ini. Seperti kebiasaannya, beberapa hari sebelum Ramadan, banyak perancangan dan persiapan kerohanian termasuk rutin harian dilakukan pelbagai pihak, tidak kurang […]

Jumlah Kes Covid-19 Bertambah, Singapura Bina Tempat Tampung 15,000 Pesakit Di Terminal
Singapura: Sebuah fasiliti mega kini sedang dibina di Terminal Tanjong Pagar untuk menempatkan sehingga 15,000 pesakit COVID-19 dan pekerja asing, dalam keadaan kes koronavirus di Singapura terus meningkat, menurut laporan The Straits Times hari ini. Sejak beberapa hari lepas, laporan itu menyebut, tinjauan ke kawasan itu telah menunjukkan khemah besar sedang dipasang menggunakan kren di […]
Ibadah Puasa: Tempoh Suci Antara Dua Haid – Mufti WPKL
Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar. Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai tempoh suci sebelum boleh melaksanakan […]

25 Rumah Di George Town Dilanda Banjir Kilat
George Town: Hujan lebat lebih sejam di Pulau Pinang telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, malah kira-kira 25 buah rumah di kawasan George Town turut dilanda banjir kilat hari ini. Hujan lebat bermula pukul 4.00 petang itu menyebabkan beberapa rumah di Kampung Dodol, Lintang P. Ramlee, Jalan P. Ramlee dan Kampung Masjid dinaiki air antara […]