Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Boleh Lebihkan Masa Tahajud, Baca Quran,” Pesanan Dr Zulkifli Buat Golongan Bujang

Gambar via Twitter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dalam sidang media semalam menitipkan beberapa pesanan kepada rakyat Malaysia sempena menyambut bulan Ramadan yang bermula hari ini.

Dalam keadaan Ramadan New Normal ini, beliau berpesan kepada para isteri untuk mengajak suami dan anak-anak menyiapkan menu sahur agar dapat memeriahkan suasana selain mengeratkan hubungan pada bulan yang mulia ini.

Pun begitu, ada dalam kalangan warganet yang berseloroh dengan bertanya bagaimana dengan golongan single yang duduk di rumah bujang.

Menerusi laman Twitter rasmi beliau, Datuk Dr Zulkifli memberikan jawapan yang dikatakan netizen sebagai ‘menusuk’ dan mendalam.

Menurutnya, individu bujang boleh memasak makanan yang simple dan boleh melebihkan masa dengan menunaikan solat sunat tahajud serta membaca Al-Quran.

Walaupun Ramadan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, jadikan ia sebagai peluang untuk kita terus berusaha menggapai keberkatan dan rahmat pada bulan yang penuh kemuliaan ini.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri