Berita
Budak 9 Tahun Nekad ‘Korbankan’ Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan PPE
Seorang kanak-kanak di Indonesia, Moch Hafidh, 9 tahun ‘menggadaikan’ wang simpanannya demi membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19. Melalui posting Dayeuhkolot News di Instagram, Hafidh dikatakan meminta ibunya untuk dibawa ke balai polis berhampiran bagi menyampaikan sumbangan itu. Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Bandung dan bertemu dengan Ketua Polis Dayeuhkolot, Kompol Sudrajat. Menurutnya, […]
TM Optimumkan Trafik Rangkaian Bagi Penyelenggaraan Sistem Kabel Dasar Laut
KUALA LUMPUR, 17 April — Telekom Malaysia Bhd (TM) mengambil langkah proaktif untuk mengoptimumkan trafik rangkaiannya bagi kerja-kerja penyelenggaraan oleh konsortium sistem kabel dasar laut Asia-Amerika Gateway (AAG) dengan mengalihkan trafik kepada laluan alternatif dan langkah lain bagi mengurangkan impak kepada pengguna. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu akan […]
Guru Luar Bandar Hadapi Kekangan Laksana PDP Dalam Talian
KUALA LUMPUR, 17 April — Capaian internet rendah menjadi kekangan utama dihadapi guru di kawasan pedalaman dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setiausa Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendedahkan kekangan lain termasuk kesukaran mendapatkan kemudahan internet dalam kalangan pelajar khususnya […]
Indonesia Catat Hampir 6,000 Kes Positif COVID-19, 520 Kematian
Kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan jumlah yang dijangkiti hampir mencecah 6,000 orang, manakala 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata sebanyak 407 lagi kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini bertambah kepada 5,923, sejak kes positif pertama disahkan pada 2 Mac […]
26 Individu Ditahan Ingkar PKP, Hadir Upacara Pengebumian Rakan
SHAH ALAM, 17 April — Polis menahan 26 lelaki warga tempatan di Taman Intan, Kapar dekat sini semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri beramai-ramai upacara pengebumian seorang rakan mereka yang meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 petang itu, pihaknya menerima maklumat mengenai upacara […]
Terdapat Satu Kluster Di Sabah Melibatkan Anggota Kesihatan Barisan Hadapan – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster di Sabah yang melibatkan anggota kesihatan barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh Twitter rasmi KKM, kluster tersebut terdiri daripada jururawat dan doktor dan berpunca daripada satu majlis perkahwinan di Ipoh. “14 jururawat dan doktor disahkan positif dan […]
COVID-19: Sebanyak 601 Kes Positif Bukan Warganegara Malaysia – KP Kesihatan
Menerusi sidang media pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan statistik kes positif Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Menurutnya, terdapat 601 kes positif Covid-19, 356 kes sedang dirawat, 242 kes yang telah pulih dan tiga kes kematian dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah daripada kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan […]
Hikmah Covid-19, Indonesia Nikmati Kualiti Udara Paling Baik Selepas 28 Tahun
Kualiti udara di Jakarta, Indonesia dikhabarkan semakin baik baru-baru ini. Menurut The Jakarta Post, The Jakarta Environment Agency melaporkan bahawa kualiti udara bertambah baik sejak kota tersebut mengarahkan physical distancing. Ianya dengan menggalakkan pejabat-pejabat untuk menghentikan operasi dan mengehadkan pengangkutan awam pada 23 Mac sebagai sebahagian langkah pencegahan wabak COVID-19. Berdasarkan laporan itu lagi, Jakarta […]

TERKINI: KKM Sahkan 69 Kes Baharu Covid-19 Dan Dua Kematian Dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 5,251 dengan kes aktif adalah sebanyak 2,198. Status terkini #COVID19 di Malaysia, 17 April. Kes baharu 69 Kes keseluruhan 5,251Kes aktif 2,198 ICU 51 termasuk 26 bantuan alat […]
TERKINI: Lagi 201 Kes Telah Pulih Dan Discaj Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 201 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital. Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 2,967 orang atau 56.50% daripada jumlah keseluruhan kes. Jumlah tersebut juga menjadikan bilangan […]

Golongan B40, M40 Jangan Rasa Tercicir Jika Tidak Terima Bakul Makanan
KOTA KINABALU, 17 April — Golongan B40 dan M40 serta individu bujang tidak perlu merasa tercicir jika tidak menerima bantuan tambahan seperti pemberian bakul makanan kerana masih terdapat banyak bantuan lain diperkenalkan kerajaan Persekutuan untuk manfaat semua rakyat. Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pemberian bakul makanan itu adalah dikhususkan untuk keluarga miskin tegar, […]
Harga Runcit Petrol RON95 & RON97 Kekal, Diesel Turun 3 Sen
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 18 April sehingga 24 April 2020. Menerusi satu perkongsian yang dinyatakan melalui akaun Twitter rasminya, harga minyak diesel dilaporkan turun sebanyak 3 sen. Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 18 April 2020 Sehingga 24 April 2020. pic.twitter.com/uKnZJdGbkt — Ministry […]
Gunung Berapi Tertinggi Pulau Jawa Sembur Awan Panas, ‘Muntahkan’ Lava
Aktiviti gunung berapi Semeru meningkat hari ini sehingga mengeluarkan awan panas sejauh 2000 meter ke arah Besuk Bang, Indonesia. Media tempatan melaporkan gunung setinggi 3.676 meter dari permukaan laut itu turut mengeluarkan lava yang tidak konsisten daripada 1 hingga 16 April 2020. Dalam pada itu, erupsi menghasilkan kolom berwarna kelabu setinggi 400-600 meter di atas […]

Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid – Mufti Kedah
ALOR SETAR, 17 April — Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang, iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata kebenaran yang telah mendapat perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim […]

“Kami Yakin Peraturan Allah”, Selepas Dua Tahun Berkahwin, Fazura Kini Hamil Empat Bulan
Setelah dua tahun mengikat tali pernikahan, pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin baru-baru ini berkongsi berita gembira untuk para peminat mereka. Fazura, 36 kini disahkan hamil empat bulan. Berita gembira itu telah dikongsikan di laman Instagram Fazura sebentar tadi. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi […]
Peperiksaan UPKK 2020 Dibatalkan – Menteri Agama
Pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara yang sepatutnya dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober tahun ini adalah dibatalkan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembatalan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini yang turut membatalkan peperiksaan UPSR dan […]

Perkenal Jualan Ikan Terus Ke Pintu Rumah Di Seluruh Negara Sepanjang PKP -Ketua Pengarah LKIM
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan inisiatif jualan ikan secara terus ke rumah melalui pembayaran tunai semasa serahan (COD) di seluruh negara. Ketua Pengarah LKIM Raja Khalid Raja Ariffin dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif […]

Individu Tular ‘Tips Balik KL’ Tampil Mohon Maaf, Tak Berniat Perlekeh Tugas ”Frontliner”
Semalam tular gambar seorang lelaki bersama keluarganya mengaku telah balik ke Kuala Lumpur dengan memberi alasan tertentu kepada pihak berkuasa. Tindakan itu telah membuatkan dirinya dikecam teruk warga maya yang menyifatkan tindakan itu sebagai berbangga dengan kesalahan. Malah, Menteri Pertahanan turut menasihatkan orang ramai agar tidak berbangga seolah-olah menjadi hero ketika melakukan kesalahan. Sebentar tadi, […]

Melombong Emas Sewaktu PKP, Enam Ditahan – Polis
Kuantan: Enam lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melombong emas di Hutan Simpan Kekal Tersang, Sungai Kepayang di Batu Talam, Raub, semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed berkata kegiatan mereka yang berusia antara 20 dan 56 tahun itu terbongkar berdasarkan maklumat daripada pegawai penguat kuasa […]

Penghantar Pizza Di India, Pernah Hantar Makanan Ke 72 Keluarga Disahkan Positif COVID-19
Delhi, 17 April – Seorang penghantar pizza di sini disahkan positif COVID-19 setelah menunjukkan simptom dijangkiti koronavirus itu selama 20 hari. Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan telah mengenalpasti 72 buah keluarga yang pernah dikunjunginya untuk membuat penghantaran dan diarah menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing. Selain itu, seramai 17 penghantar pizza yang juga rakan setugas […]