Berita
“Memang Ada Kluster Baru Di Sendayan, Negeri Sembilan” – KP Kesihatan
Menerusi sidang media harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster baru yang dikenal pasti di Sendayan, Negeri Sembilan. Menurutnya, sebanyak 39 kes positif yang telah dilaporkan dikesan di kawasan sebuah tahfiz. “Memang ada kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan dengan 39 kes positif di sebuah tahfiz,” katanya. […]
Penutupan Beberapa Laluan Ke Jambatan Kedua P.Pinang Diteruskan Di Bawah Fasa Ketiga PKP
GEORGE TOWN, 14 April — Penutupan beberapa laluan menghala ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, akan diteruskan dalam fasa ketiga penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 28 April ini. Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat yang mengendalikan (JSAHMS), dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan […]
MKN Nafi Sebar Mesej Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Operasi Seperti Biasa
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media semalam memaklumkan bahawa bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Namun hari ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan mesej menggunakan nama Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberitahu bahawa Bazar Ramadhan 2020 dibenarkan beroperasi seperti biasa. Pun begitu, kesahihan berita tersebut […]
TERKINI: KKM Sahkan 170 Kes Baharu Positif Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 170 kes baharu yang dilaporkan melalui sidang media harian Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Angka yang dicatatkan pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 4,987 kes. Daripada jumlah keseluruhan itu, terdapat 60 kes yang dirawat di […]

TERKINI: Terdapat 5 Kematian Baharu Akibat Covid-19 Dicatatkan
Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa terdapat lima kes kematian baharu disebabkan oleh Covid-19 dicatatkan pada hari ini. Pertambahan kes kematian tersebut menjadikan keseluruhan 82 kematian atau 1.64% setakat ini. Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 14 April 2020 adalah seramai 5 orang.Ini menjadikan jumlah… Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 14 […]
Lelaki Di India Terdesak ‘Kaut’ Susu Tumpah Guna Tangan Semasa Perintah Berkurung
Seorang lelaki di India dirakam sedang ‘mencedok’ susu yang tumpah diatas jalan raya menggunakan kedua tangannya dan memasukkan ke dalam sebekas balang. Dalam masa yang sama, beberapa ekor anjing kelihatan sedang ‘menghirup’ sisa tumpahan susu tersebut. Kejadian itu berlaku apabila sebuah trak berisi susu tumpah diatas jalan di bandar Agra, India. Sebelum ini, India berdepan […]
TERKINI: 202 Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hospital
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 202 kes Covid-19 yang telah pulih dan discaj. Ianya menjadikan kes yang telah pulih setakat ini adalah 2, 478 atau 49.7% daripada keseluruhan kes. Bilangan kes sembuh melebihi kes baharu. #COVID19 Terkini 14 April 2020. Kes pulih dan discaj 2⃣0⃣2⃣ Keseluruhan 2⃣4⃣7⃣8⃣ atau 49.7% daripada […]
Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan Sumbang 25,000 Set PPE Untuk “Frontliner” COVID-19
Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyumbangkan sebanyak 25,000 kit alat perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan barisan hadapan di negeri barat Maharashtra. Aktor berusia 54 tahun itu dalam satu laporan pada bulan lepas mengumumkan beberapa inisiatif dalam membantu mencegah penularan virus di India, termasuklah menyediakan makanan percuma dan menawarkan ruang pejabat empat tingkatnya digunakan […]

COVID-19 Sepuluh Kali Ganda Lebih ‘Membunuh’ Berbanding Virus Selsema Babi- WHO
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, COVID-19 adalah sepuluh kali ganda lebih membunuh berbanding H1N1 (selsema babi) pada 2009. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pandemik yang sedang menyerang dunia kini telah melangkaui angka kematian akibat H1N1. Kenyataan itu dikeluarkan setelah badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta negara-negara agar tidak tergesa-gesa melonggarkan kawalan penjarakan […]
KKM Kongsi Tujuh Rahsia Kurus Tanpa Berlapar
KUALA LUMPUR, 14 April — “Pastikan separuh daripada pinggan anda adalah sayur dan buah” dan “kunyah makanan anda lebih lama”. Itu antara tujuh rahsia kurus tanpa berlapar yang dikongsi menerusi infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KKM mengambil peluang berkongsi tip mengawal berat badan dengan amalan pemakanan sihat itu di […]
Bimbang “Pickup” Pesanan Online Di Bazar Ramadan Jadi Alasan Orang Mahu Keluar Rumah- Menteri
Keluar mengambil pesanan secara atas talian di bazar Ramadan adalah satu alasan yang mungkin akan digunakan oleh ramai pihak untuk keluar dari rumah. Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, perkara tersebut dibimbangi akan menyukarkan pihak polis yang menjaga sekatan jalan raya. “Bila sampai saja di sekatan, mereka beri alasan, ‘saya sudah order barang […]
“Banyak Kereta Banjiri Bandar Seremban”, Doktor Risau Pertambahan Kes COVID-19 Disana
Demi memutuskan rantaian COVID-19, kerajaan telah memerintahkan orang ramai agar terus duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, ada segelintir pihak yang tetap mengendahkan perintah itu, sebaliknya keluar rumah sesuka hati tanpa sebarang keperluan mustahak. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 9,090 individu ditahan akibat ingkar PKP, manakala jumlah […]
Masjid, Surau Wilayah Persekutuan Terus Hulur Bantuan, Islam & Bukan Islam Semua Dapat
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan terus menyantuni masyarakat sekitar termasuk komuniti bukan Islam yang memerlukan dan terkesan akibat penularan COVID-19. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata penyampaian sumbangan berkenaan tidak menggunakan peruntukan jabatan atau kerajaan sebaliknya daripada tabung masjid dan rakan […]
Memasuki Fasa Ke 3 PKP, 12 Barang Dikawal Harga Mulai Esok
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media hari ini memberitahu bahawa harga 12 jenis barang akan dikawal mulai esok. Menurutnya, 12 jenis barang itu termasuk ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung. “Pada masa sama, KPDNHEP akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang […]
Kawasan Masjid India & Sekitarnya Diisytihar Kawasan PKPD Kelima Mulai Hari Ini
Kawasan Masjid India dan sekitarnya diisytihar sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kelima, berkuatkuasa hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Menteri Kesihatan. “Ini termasuk Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Melaka dan Jalan Ampang […]
Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Ke Arah Laut Jepun
Korea Utara telah melancarkan beberapa peluru berpandu dipercayai merupakan peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Jepun hari ini. Melalui kenyataan daripada Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan, ianya merupakan satu ujian senjata yang dilakukan oleh negara tersebut. Buat masa ini, Ketua Kakitangan Gabungan melaporkan bahawa tentera Korea Selatan sedang mengawasi lebih banyak perkembangan lain, manakala […]
PKP: Rakyat Dibenar Pulang Dari Luar Negara Dengan Bersyarat
Kerajaan masih membenarkan rakyat dari luar negara pulang ke Malaysia untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia adalah bersyarat. “Dasar kita pada hari ini tidak menyekat rakyat pulang ke negara kita. Seperti yang kita tahu, ramai rakyat dari India yang terkandas kita bawa mereka pulang. Singapura pun sama. “Tapi syaratnya, kita akan kuarantinkan mereka […]
(Video) “Memang Benar Ramai Keluar Semalam”, Menteri Akui Dakwaan Tular, Tegaskan Hukuman Lebih Berat
Putrajaya, 14 April – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dakwaan terdapat ramai kelompok yang keluar semalam seperti mana yang tular di media sosial. Katanya, masih ramai yang keluar seperti biasa dengan alasan untuk mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kerajaan. Susulan itu, pihak polis bersetuju pematuhan masih belum mencapai ke tahap […]
MPSJ, MPKL Pulangkan Wang Permit Bazar Ramadan
Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini, pihak Majils Perbandaran Kuala Langat menerusi Facebook memberitahu akan memulangkan semula wang bayaran permit Bazar Ramadan kepada para peniaga. Tindakan itu diambil selaras pengumuman Kerajaan Negeri Selangor berkenaan pembatalan bazar dalam usaha mengekang wabak Covid-19. Proses pemulangan semula (refund) akan dilaksanakan kepada peniaga yang telah […]
PKPD Sungai Lui Di Hulu Langat Tamat, Kecuali Di Maahad Tahfiz An-Nabawiyah & Sebuah Rumah- Menteri
PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor berakhir hari ini, atas nasihat Menteri Kesihatan. Namun, penamatan PKPD itu tidak termasuk bagi kawasan Maahad Tahfiz An-Nabawiyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kg. Paya Lebar, Sungai Lui yang akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. “Bermakna tujuh perkampungan Melayu dan dua […]