Berita
25 Kluster Dan Sub Kluster Dikenal Pasti Setakat Ini – KP Kesihatan
Menerusi satu sidang media harian Covid-19 yang diadakan sebentar tadi, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 25 kluster dan sub kluster yang telah dikenal pasti. Menurutnya, kluster yang paling besar daripada kesemua kluster adalah kluster perhimpunan di Sri Petaling iaitu kira-kira 40%. Kluster yang lain pula sudah pun dikenal pasti, dan KKM hanya mengumumkan […]

TERKINI: 134 Lagi Kes Baharu Dan 1 Kematian Dicatatkan
Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Ia menjadikan kes keseluruhan Covid-19 adalah 4, 817. Menurutnya, terdapat 2, 464 kes yang aktif dan 66 pesakit sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi serta 36 orang memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham juga mengumumkan terdapat satu kes […]
TERKINI: 168 Lagi Pesakit Telah Sembuh Dan Discaj Hospital
Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 168 pesakit ini telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 2,276 orang atau 47% daripada jumlah keseluruhan. #COVID19Malaysia Perkembangan terkini di Malaysia 13 April 2020. […]

Budak Melecur Disambar Api Gara-Gara Bawa Botol ‘Handsanitizer’ ke Tempat Bakar Sampah
Sejak wabak koronavirus semakin menular di seluruh dunia, seluruh warga dunia disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 70 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan. Terbaru, perkongsian menerusi Facebook iaitu Kiki Henky Gunawan menjadi perhatian apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikatakan melecur disambar api ketika membawa botol […]

Lemon Dan Kunyit Tidak Berkesan Cegah Covid-19 – WHO
Ketika negara kita sedang berjuang melawan virus Covid-19, ada diantara kita yang ‘disogok’ informasi tanpa fakta sehingga ada yang terus percaya. Ada yang kata makan buah mahupun sesuatu jenis sayur itu mampu merawat Covid-19, namun sejauh manakah kebenaran itu? World Health Organization (WHO) dalam satu posting Twitter mereka menjawab ura-ura yang mendakwa bahawa kunyit dan […]

Tiada Pencerobohan Pendatang Tanpa Izin Dikesan Di Sempadan Negara – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 13 April — Tiada pencerobohan pendatang tanpa izin dikesan di sempadan negara termasuk di jalan-jalan tikus setakat ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum, ramai yang menyuarakan kerisauan mengenai kawalan di sempadan dan jalan tikus, namun beliau memberi […]

Remaja ‘Hantar’ Pulang Mayat Kekasih Direman Empat Hari
KUANTAN, 13 April — Pelajar tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam, direman selama empat hari, mulai hari ini. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara […]
“Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama”, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral ‘Projek Tudung’
Pakaian perlindungan diri (PPE) berfungsi untuk mengelakkan petugas dari terkena jangkitan virus ketika mengendalikan pesakit. Oleh itu, ia dicipta untuk melindungi seluruh tubuh termasuk rambut, leher dan tangan si pemakai. Baru-baru ini, timbul isu apabila sesetengah pihak mempertikai pemberian tudung kepada staf kesihatan yang didakwa digunakan dari tabung COVID-19 kutipan dari orang awam. “Adakah tudung […]
Viral Foto Ibu Anjing Seolah Sedang ‘Merayu’ Supaya Tak Dibuang Dengan Anak-Anaknya
CUKUP menyayat hati. Tular satu gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki meninggalkan seekor anjing bersama anaknya di dalam kotak di tepi jalan. Berdasarkan gambar, difahamkan ibu anjing tersebut memeluk kaki tuannya, seakan merayu supaya ia bersama anak-anaknya tidak dibuang. Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association memuat naik gambar tersebut […]
Tujuh Lelaki Ditahan Main Judi Semasa PKP
ALOR SETAR, 13 April — Tujuh individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan leka bermain judi ditahan di sebuah pondok di Kampung Batu Tiga, Kuala Ketil, Baling, semalam. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan polis yang membuat pemantauan pematuhan PKP di kampung berkenaan kira-kira 9 malam. […]
Demi Nak Sara Keluarga, Ibu Tunggal Ambil Upah Panjat Hingga 60 Batang Pokok Pinang Sehari
Berbekalkan kudrat empat kerat, ibu tunggal, Siti Hajar (35) mengambil upah memanjat pokok pinang bagi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah. Setiap hari, beliau memanjat sehingga 60 batang pokok dengan upah kira-kira 50 sen (Rp2000) sepokok. Wanita dari Acheh, Indonesia ini memetik buah pinang dari pokok setinggi lapan hingga 12 meter untuk diberikan kepada individu yang […]
Mayat Dipercayai Warga Asing Ditemui Mati Tergantung Di Pokok Positif COVID-19
KOTA KINABALU, 13 April — Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing, yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini, pada 6 April lepas, didapati positif COVID-19. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, […]
“Mereka Tidak Minta Dijangkiti,” KKM Seru Jauhi Pandangan Negatif Pesakit Covid-19
Jika dilihat, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah kepada 4,683 kes. Hal ini perlu diambil serius seluruh rakyat Malaysia dalam mencegah virus daripada terus merebak. Dalam pada itu, mungkin ada segelintir daripada kita yang berpandangan negatif kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, masyarakat seharusnya perlu mengelakkan perasaan itu […]
8,647 Individu Ditangkap Ingkar PKP, Jumlah Tangkapan Terus Bertambah- MKN
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, seramai 51 individu telah menjalani pertuduhan di mahkamah semalam akibat ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditangkap kerana mengingkari PKP setakat semalam adalah seramai 8,647 individu. Manakala jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 3,105. Dalam pada itu, Ismail […]
Semua PPR Zon Merah & Zon Kuning Di Seluruh Negara Telah Selesai Disanitasi – MKN
SEMUA kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan zon kuning di seluruh negara telah selesai disanitasi. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses sanitasi ke kawasan-kawasan PPR tersebut melibatkan 37,686 unit. “Semalam juga, sembilan kawasan guna sama skim Strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi. […]
(Video) TLDM Dan APMM Akan Usir Bot Nelayan Asing Yang Mencerobohi Perairan Negara
Putrajaya, 13 April – Kerajaan akan mengusir warga asing dan bot-bot nelayan asing yang mencerobohi perairan Malaysia. Perairan negara dikawal ketat bagi mencegah pencerobohan dari laut termasuk bot-bot nelayan asing, ujar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan setegas-tegasnya untuk menghalang […]

Semua Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP- Menteri
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. ”Keputusan Perdana Menteri, semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP dilaksanakan,” katanya. Semua bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP – […]
Sultan Selangor Titah Segala Aktiviti Masjid Termasuk Solat Jumaat Ditangguhkan Sehingga 31 Mei 2020
Titah D.Y.M.M Sultan Selangor berkenaan Solat Jumaat di Negeri Selangor dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020. Kenyataan tersebut dikongsi pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Facebook rasmi mereka tengahari tadi. Difahamkan, keputusan tersebut dibuat sebagai usaha memutuskan rantai Covid-19 dan mengekang penularan wabak di kawasan himpunan awam seperti surau dan masjid. Titah D.Y.M.M Sultan Selangor berkenaan […]
TERKINI: Pelajar IPTA, IPTS Diminta Terus Kekal Di Universiti Masing-Masing Sepanjang PKP
Putrajaya, 13 April – Kerajaan meminta semua pelajar kekal di institut pengajian masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ke-3 ini. “Kita memutuskan bahawa pelajar-pelajar di uni dan ipt diminta terus kekal di universiti masing-masing. InsyaAllah kebajikan, makan minum mereka akan terus ditanggung kerajaan,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi. […]

TERKINI: Kedai Gunting Rambut, Salun Kecantikan Dan Kedai Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP
MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan bahawa semua operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara adalah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. “Saya kira ini menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat. “Maka perdana menteri sendiri telah […]