Berita

Penerima BPN Ada Rekod Percukaian Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Bank
CYBERJAYA, 13 April — Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif. LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran […]

COVID-19: Pengusaha Agromakanan Perlu Tingkatkan Keupayaan Pemasaran Digital
Kuala Lumpur, 13 April — Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang yang bertujuan untuk membendung penularan pandemik COVID-19, pengusaha terutamanya daripada sektor agromakanan perlu meningkatkan pemahaman mengenai platform pemasaran digital untuk terus kekal mampan dan berdaya saing serta mengurangkan kebergantungan kepada peraih atau orang tengah. Ketua Pegawai Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd Azmi […]
(Video) Lebih 40 Ambulan Bawa Pesakit Covid-19 Di Moscow Terpaksa Beratur 15 Jam Untuk Masuk Hospital
Satu video menunjukkan barisan panjang ambulan di luar hospital Moscow mengejutkan orang ramai. Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurang 45 buah ambulans membawa pesakit Covid-19 berbaris menunggu ‘giliran’ masuk ke hospital. Lebih menyedihkan, pesakit terpaksa menunggu sehingga 15 jam untuk bertemu pakar. Hal ini berlaku sebaik sahaja Kremlin mengisytiharkan darurat. Dalam satu video yang dirakam penduduk […]

Polis Buru Tujuh Warga Filipina Lari Dari PTS Manggatal
KOTA KINABALU, 13 April — Polis sedang menjejaki tujuh lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berusia 12 hingga 50 tahun itu antara 18 lelaki warga negara Filipina yang cuba merempuh keluar daripada PTS berkenaan kira-kira pukul 3.30 […]

COVID-19 : Malaysia Boleh Contohi China – Duta Malaysia
KUALA LUMPUR, 13 April — Malaysia boleh mencontohi pengalaman negara China dalam mengawal penularan COVID-19, kata Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin. Nushirwan berkata langkah mengawal pergerakan yang diambil seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia ketika ini sangat berkesan berikutan COVID-19 tidak mempunyai vaksin buat masa ini. “Kita hanya ada […]

Hikmah PKP, Ada Yang Mula Solat & Tersedar Dunia Ini Sementara, “True Story” Dari Peminat Hanis Zalikha
Setiap ujian ada hikmahnya, walaupun kadangkala ia seakan berada di luar logik akal kita. Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya mengubah corak hidup kita semua baik dari sudut positif mahupun sebaliknya. Adakalanya kita mula sedar hikmah sesuatu setelah perkara itu berlaku atau berlalu. Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi jawapan-jawapan para peminatnya yang membuka mata […]
COVID-19 : 10 Rakyat Malaysia Antara Kes Baharu Diumumkan Pada Ahad, Jumlah 2,532; Sembuh 560
SINGAPURA, 13 April — Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 233 kes baharu COVID-19 termasuk 10 rakyat Malaysia. Tujuh kluster baharu dikenalpasti dan menjadikan jumlahnya di republik ini 2,532 kes, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada lewat Ahad. Seorang lelaki warga Malaysia berumur 25 tahun dikaitkan dengan sebuah restoran makanan segera, adalah antara kluster baharu yang dikenalpasti. Syarikat […]

Tiada Penambahan Zon Merah, Bilangan Kekal 26 – KKM
Kementerian Kesihatan hari ini menerusi akaun Twitter rasmi mereka memberitahu bahawa tiada penambahan zon merah setakat 12 tengah hari (12 April). Walau bagaimanapun, terdapat satu kes baru di Kampar menjadikan daerah itu dari zon hijau kepada kuning. Berdasarkan statistik yang dikongsi, Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19 dengan 496 kes. Selain Lembah […]
Dikatakan Takut Jatuh Murtad, Jemaah Di Indonesia Rempuh Masjid Ingin Solat Jumaat
Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini mengenai sebuah video dikatakan berlaku di negara jiran yang menunjukkan para jemaah merempuh pagar masjid dipercayai ingin menunaikan solat Jumaat. Menurut salah satu pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut, ianya dikatakan berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan. Kejadian tersebut berlaku pada 10 April lepas. […]
UAE Perkenal Kahwin Secara ”Online”, Benarkan Orang Ramai Teruskan Perkahwinan Ketika COVID-19
KERAJAAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaksanakan perkhidmatan perkahwinan secara atas talian (online) sebagai usaha mengelakkan penularan wabak jangkitan COVID-19. Menteri keadilan berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan adalah untuk membenarkan majlis perkahwinan diteruskan sementara negara itu masih menjalankan tindakan berjaga-jaga dalam mencegah penyebaran virus tersebut. “Perkhidmatan ini termasuklah pelaksanaan perkahwinan jarak jauh, di mana pihak yang terlibat […]
Ibu Gigih Jual Jeruk Mangga “Online”, Talian Hayat Keluarga Tampung Anak Sakit Paru-Paru Kronik
BACHOK, 13 April (Bernama) — Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik. Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, […]

Tabik Abang Polis, Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang COVID-19
Di saat orang lain duduk di rumah bersama keluarga tersayang, petugas barisan hadapan terpaksa bekerja keras untuk negara. Polis dan tentera terpaksa berjemur di tengah panas demi memasikan semua orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19. Baru-baru ini, tular beberapa gambar anggota polis yang ‘terbakar’ muka dipercayai akibat terlalu lama berjemur di tengah […]
Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan
Untuk mereka yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka. Perkara ini dikongsi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad melalui Twitter rasmi miliknya. 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 Bagi […]

Lima Pekerja McDonald’s Singapura Didiagnosis Dengan COVID-19
SINGAPURA, 12 April — McDonald’s Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19. Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald’s LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central. “Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk […]

Jangan Jual Atau Beli Penutup Hidung Dan Mulut Berlogo PDRM/ATM – Polis
KUALA LUMPUR, 12 April — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai […]
Impak COVID-19 Jika Sektor Tertentu Beroperasi Ketika PKP
KUALA LUMPUR, 13 April — Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa ketiga kurang dari 48 jam lagi, bakal menyaksikan sektor perkhidmatan tertentu boleh beroperasi semula secara berperingkat. Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan PKP fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini, berkata beberapa sektor perkhidmatan akan dibenarkan operasi selepas ini. Susulan pengumuman Perdana […]

Pengasas Nasi Kandar Lan Kedah Meninggal Dunia
PENGASAS restoran nasi kandar Lan Kedah, Mohd Azlan Jamal dikhabarkan telah meninggal dunia pukul 10.30 malam tadi pada usia 60 tahun. Berita tersebut diumumkan melalui Halaman Facebook Nasi Lan Kedah. إنا لله وإنا إليه راجعون Admin baru lepas menerima perkhabaran pemergian pengasas Nasi Lan Kedah, Encik Mohd Azlan bin Jamal ke rahmatullah sebentar tadi. Satu […]

Masyarakat Diseru Tidak Menyalahkan Pesakit Yang Dikaitkan Dengan Kluster Jangkitan – KP Kesihatan
Kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada mempersalahkan atau diskriminasi pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan Covid-19. (Rujuk video minit ke 16:15) “Janganlah kita stigmakan mereka” Masyarakat diseru mengelak daripada mempersalahkan atau diskriminasi pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dgn kluster jangkitan Covid-19. Janganlah kita stigmakan mereka. Yang penting, kita […]
KKM Umum 4 Subkluster Covid-19 Di Madrasah Dan Tahfiz Di Empat Negeri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan empat sub kluster Covid-19 melibatkan madrasah dan tahfiz di empat negeri. Di Jerantut, Pahang, seramai 410 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 297 pelajar dan 104 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 62 telah disahkan positif jangkitan. Manakala 20 kes dilaporkan telah sembuh. Di Penanti, Pulau Pinang, seramai 256 pelajar madrasah disaring […]

TERKINI: 153 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan 4683
Sebanyak 153 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 4,683 kes setakat Ahad (12 April 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi. Daripada jumlah tersebut, 66 kes sedang […]