Berita
Selangor Kekal Negeri Paling Tinggi Jangkitan COVID-19, Catat 1,078 Kes Setakat Ini
KEMENTERIAN Kesihatan Putrajaya (KKM) mengeluarkan satu statistik terkini taburan jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Menurut KKM, setakat hari ini, Selangor kekal negeri paling tinggi mempunyai jangkitan wabak tersebut dengan jumlah 1,078 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 685 kes, Johor 496 kes dan Sarawak 306 kes. Manakala bagi Kelantan, Perlis dan WP Labuan, tiada […]

Lebih 450 Ribu Jalani Rapid Test COVID-19 Di Indonesia
JAKARTA, 8 April — Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani ‘rapid test’ setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus COVID-19. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata ia selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo pada 20 Mac lepas yang mahukan rapid test dilaksanakan secara massa, menerusi pemeriksaan sampel […]

Lebih Separuh Daripada 76 Warga Thailand Pulang Dari Indonesia Adalah Pesakit COVID-19
Seramai 42 orang dari 76 warga Thailand yang pulang dari Indonesia pada Isnin lalu merupakan pesakit COVID-19, lapor The Jakarta Post. Dari jumlah tersebut, seramai 22 individu telah dihantar ke pusat kuarantin di Stadium Lak Muang, Songkhla. Sebelas daripadanya merupakan kes disyaki, 10 pesakit positif dan seorang negatif. Tujuh daripada keseluruhan warganegara yang baru pulang […]

Ini Status Terkini 5 Kluster Terbesar COVID-19 Di Malaysia
Putrajaya, 8 April- Kementerian Kesihatan menyenaraikan lima kluster terbesar COVID-19 di Malaysia setakat ini. Kesemua kluster tersebut melibatkan perhimpunan Seri Petaling, persidangan keagamaan di Kuching, majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali serta terbaru, sub kluster Seri Petaling di daerah Rembau. Sub kluster terbaru itu telah diumumkan oleh Ketua […]

Ruang Dalam Hospital Kecemasan ‘Covid-19’ Terbesar Rusia Telan Belanja 92 Juta Euro Didedah
Rusia sedang dalam usaha membina sebuah hospital ‘Coronavirus’ kecemasan dalam masa kurang satu bulan. ‘Wajah’ wad hospital itu tersebar di media sosial dengan jumlah kos pembinaan dikatakan kira-kira Euro 92 juta, dan terletak di Moscow. Menurut laporan, ia merupakan yang paling besar daripada 18 buah hospital di seluruh Rusia yang terlibat dalam menangani krisis Covid-19. […]

Semua Pihak Termasuk Agensi Kerajaan Diminta Berhati-hati Guna Aplikasi Sidang Video Percuma Dalam Talian- PDRM
KUALA LUMPUR, 8 April — Semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan diminta berhati-hati ketika menggunakan aplikasi sidang video percuma dalam talian, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau mengesahkan bahawa polis telah menerima surat peringatan akan berlaku ancaman siber. “Polis telah menerima surat peringatan […]

Penghuni Selangor Mansion, Malayan Mansion Jalani Sanitasi, Saringan COVID-19
KUALA LUMPUR, 8 April — Penghuni di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, di sini, hari ini menjalani proses sanitasi dan saringan wabak COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tinjauan Bernama mendapati, kira-kira 50 petugas KKM yang bersut lengkap sedang mengambil sampel daripada penghuni, bermula pagi tadi. Rata-rata penghuni memberikan kerjasama […]

Gambar ‘Frontliner’ Malaysia Dalam Misi Banteras Covid-19 Raih Perhatian Mariah Carey
Penghargaan yang sewajarnya haruslah diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun dengan lebih tepat barisan frontliner yang berkorban nyawa demi memerangi Covid-19. Baru-baru ini tular di laman media sosial, Twitter tentang satu foto yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama Asraf Nordin menunjukkan tiga orang pekerja kesihatan yang dikatakan turut terlibat dalam misi Covid-19. […]

COVID-19: 143 Pelajar, Lima Guru Maahad Tahfiz Dikuarantin Di Perak
IPOH, 8 April — Sebanyak 143 pelajar dan lima guru sebuah maahad tahfiz dikuarantin di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini sejak Isnin dan semalam,. Jabatan Kesihatan Perak dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini berkata kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada satu kes jemaah tabligh yang dikesan positif […]
27 Kes COVID-19 Dari Sub-kluster Rembau, Dipercayai Bermula Dari Satu Mesyuarat Di SMK Pedas
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan, setakat hari ini, 27 orang telah dikenal pasti positif COVID-19 daripada sub-kluster Rembau, termasuk dua kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). “Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 didapati positif bagi beberapa guru di SMK Pedas. “Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat […]
181 Staf Kesihatan Positif COVID-19 Dengan 2 Kematian Setakat Ini
Putrajaya, 8 April -Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 181 staf KKM dan swasta yang dijangkiti koronavirus, namun tiada petugas dari wad khusus COVID-19 terlibat. Dari jumlah itu, kebanyakan daripadanya mendapat jangkitan di luar waktu bekerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini. Katanya, seramai 122 staf mewakili 67 peratus […]

Kompaun RM1,000 Terhadap Individu Ingkar PKP Bermula Hari Ini – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 8 April — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 bermula hari ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata mereka yang dikenakan kompaun perlu membuat pembayaran […]

TERKINI: Satu Sub-kluster COVID-19 Dikesan Di Rembau, Ada Kaitan Dengan Perhimpunan Di Seri Petaling
DAERAH Rembau, Negeri Sembilan dikenal pasti sebagai sub-kluster baharu bagi jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sub kluster baharu di daerah tersebut yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling. “Ia melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti di dalam daerah Rembau iaitu […]
Beruniform Di Rumah, Ubat Rindu Ke Sekolah
Setelah tiga minggu tidak merasai suasana sesi persekolahan di sekolah disebakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang guru dan tiga anaknya mewujudkan suasana pembelajaran sekolah itu di rumah. Selain mengenakan pakaian lengkap seragam sekolah, tiga anak Raja Haslina Raja Semail, 41, seorang guru di Sekolah Kebangsaan St Mark di Butterworth, turut mengikut jadual waktu belajar […]
Kekurangan Bekalan Telur Di Sesetengah Kawasan Kerana Masalah Logistik
PUTRAJAYA, 8 April — Kesukaran mendapatkan telur di sesetengah kawasan adalah disebabkan masalah penghantaran bekalan yang lambat, di samping permintaan yang tinggi ketika ini. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pengeluar telur telah memberi jaminan bahawa bekalan telur adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan dalam negara. “Oleh […]

(Video) TERKINI: 2 Kematian Baru Akibat COVID-19, Jumlah Kematian 65 Kes
Putrajaya, 8 April – Sebanyak dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat hari ini. Dua kematian tersebut melibatkan kes ke-2903 yang merupakan seorang perempuan berusia 58 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Kematian kedua pula melibatkan kes ke-1906, seorang lelaki berusia 69 tahun […]
TERKINI: 166 Kes Pulih COVID-19 Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Jumlah Kes Baru
SERAMAI 166 kes pulih terbaharu dicatatkan setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj sebanyak 1,487 kes, bersamaan 36.1 peratus daripada jumlah kes keseluruhan. #COVID19Malaysia Perkembangan terkini 8 April 2020. Kes sembuh dan discaj 166 Keseluruhan 1,487 atau 36.1% daripada jumlah […]
Kerajaan Negeri Wujudkan ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’, Bantu Peniaga Jana Pendapatan
SHAH ALAM, 8 April – Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan platform dalam talian, ‘E-Bazar Ramadan Selangor Grab’, bagi membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif itu diwujudkan susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini yang diumumkan pada 1 April lepas. Beliau berkata usaha itu juga dilihat […]

Kerajaan Cuba Beri Yang Terbaik Untuk Rakyat Yang Dikuarantin – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) — Kerajaan berusaha memberikan kemudahan yang terbaik untuk setiap rakyat negara ini yang ditempatkan di pusat kuarantin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga semasa menjalani tempoh itu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia temasuk menempatkan mereka di pusat kuarantin yang selesa selain memastikan makan minum sentiasa terjaga. “Walaupun mereka […]
(Video) TERKINI: 156 Kes COVID-19 Terbaru Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 4,119 Kes
Putrajaya, 8 April – Sebanyak 156 kes baru COVID-19 dilaporkan menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia 4,119 kes. Dari jumlah keseluruhan, seramai 76 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi di mana 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah pesakit yang berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan ini berkurang berbanding semalam, kata Ketua Pengarah […]