Berita

Tiada Bazar Ramadan Di Wilayah Persekutuan Tahun Ini – Annuar Musa
PUTRAJAYA, 8 April– Tiada Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa. Katanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), dan Perbadanan Labuan (PL) akan memulangkan bayaran lesen, cagaran dan caj perkhidmatan penjaja dan penganjur, yang telah diluluskan sebelum ini. “Seramai 2,673 penjaja […]

RM22.66 Juta Diterima Bagi Tabung COVID-19 Setakat Semalam – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 8 April — Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi […]

Petugas Kesihatan Fokus Rawat Covid-19, Kabin Krew Singapore Airlines Bantu Pesakit Lain Di Hospital
Biasanya mereka akan melayani penumpang pada ketinggian ribuan kaki di udara, tetapi wabak Covid-19 yang melanda menyebabkan sebahagian besar anak kapal Singapore Airlines tidak dapat bertugas di awan biru. Oleh itu, pada Selasa, kumpulan pertama kabin krew telah memulakan perkidmatan ‘turun padang’ sebagai care ambassadors di Hospital Khoo Teck Puat Singapura. Krew penerbangan Singapore Airlines […]
Tahap Pencemaran Menurun, Penduduk India Kongsikan Pemandangan Gunung Himalaya Dari Jarak 200 Kilometer
India pada ketika ini sedang menghadapi tempoh perintah berkurung sebagai langkah untuk mengekang pandemik Covid-19 yang semakin menular. Disebalik tempoh berkurung tersebut, tahap pencemaran di seluruh negara itu juga memperlihatkan penurunan yang mendadak. Mana tidaknya, penduduk di utara India mengatakan bahawa mereka boleh melihat gunung Himalaya yang diliputi salji sejauh 200 kilometer untuk pertama kalinya […]
“Belum Ada Sebarang Kenyataan Rasmi Berkenaan Penangguhan Ibadah Haji Tahun Ini” – Dr Zulkifli
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan bahawa belum ada sebarang kenyataan rasmi yang diberitahu oleh pihak Arab Saudi berhubung penangguhan ibadah haji bagi tahun ini. Menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan menerusi akaun media sosialnya, beliau berkata bahawa perkara tersebut disahkan sendiri oleh Duta Besar Arab Saudi […]

Bilas Alat Memasak & Meja Sebelum Sediakan Makanan Guna Air Panas Selama 20 Saat, Boleh Bunuh Kuman – BKKM
Pembersihan dan sanitasi penting dalam penyediaan makananan bagi mengelakkan penyebaran kuman berbahaya yang boleh menyebabkan kes seperti keracunan makanan. Oleh itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam satu kenyataan di Twitter rasmi BBKM Putrajaya berkata, kaedah paling murah untuk membunuh kuman adalah dengan penggunaan air panas. Kaedah ini hanya untuk peralatan memasak dan meja menyediakan […]

Tiada Bazar Ramadan Di Kelantan Tahun Ini – MB
KOTA BHARU, 8 April (Bernama) — Tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini selaras dengan usaha membendung penularan COVID-19, demikian diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata pemilik gerai yang menjual makanan di tepi jalan akan dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun mereka harus mengikuti prosedur […]

Topeng Muka Percuma Akan Diagihkan Kepada Ketua Keluarga – Datuk Ismail Sabri
Menerusi sidang media yang berlangsung hari ini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menyampai satu berita gembira untuk penduduk di negara ini. Terkini, kerajaan akan agih empat topeng muka percuma kepada semua ketua isi rumah di seluruh negara. Sebanyak 24.62 juta topeng muka percuma akan diagih kepada rakyat Malaysia yang […]
Kaji Selidik: Lebih 80% Netizen Bersetuju Tempoh PKP Dilanjutkan Lagi
Sejak semalam, laman Facebook Siakap Keli membuat kaji selidik mendapatkan pandangan pengguna-pengguna Facebook sama ada perlu atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan di negara ini. Setakat artikel ini ditulis, Lebih 80% daripada lebih 185,000 undian dibuat bersetuju untuk PKP ini dilanjutkan manakala selebihnya memilih untuk tidak setuju. PKP di Malaysia sudah memasuki fasa kedua […]

(Video) Tak Sedar Bahaya Menanti, Lelaki Nyaris ‘Ditanduk’ Badak Berkeliaran Di Jalan
Satu video yang sempat dirakam memperlihatkan seorang pejalan kaki nyaris ditanduk oleh seekor badak. Kejadian yang dirakam di luar Taman Negara Chitwan di Nepal itu berlaku selepas badak tersebut dipercayai berkeliaran dari hutan berdekatan. Video tersebut menunjukkan haiwan itu berkeliaran di jalan dan dilihat tidak terganggu dengan persekitarannya. Ia berjalan melepasi kedai-kedai dan gerai-gerai dan […]
Ronaldinho Dibenar Ikat Jamin, Jalani Tahanan Di Rumah
Hakim sebuah mahkamah di Paraguay membenarkan permohonan bekas bintang bola sepak Brazil Ronaldinho untuk menjalani tahanan di rumah, kata pendakwa pada Selasa. Menurut agensi berita Xinhua, Ronaldinho dan abangnya Roberto Assis, ditahan di penjara di Asuncion sejak 6 Mac lalu kerana menggunakan pasport palsu. Dua beradik itu akan dipindahkan ke sebuah hotel di Asuncion selepas […]
Tiada Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Sultan Selangor Bersama Rakyat Tahun Ini
SHAH ALAM, 8 April — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan hari ini, berkata baginda dengan berat hati memutuskan sedemikian setelah mengambil […]

AS Lancar Aplikasi Baru Di Telefon Bagi Kesan Individu Yang Mempunyai Kontak Pesakit Covid-19
North Dakota, Amerika Syarikat (AS), melancarkan aplikasi baru yang boleh dimuat turun di telefon pintar bagi membantu melambatkan penyebaran wabak Covid-19. Aplikasi yang diberi nama Care19 tu akan membantu pengguna mengenal pasti individu yang mungkin mempunyai kontak dengan mereka yang disahkan positif jangkitan, kata Gabenor North Dakota, Doug Burgum pada Selasa seperti memetik laporan CNN. […]
Neelofa Panjat Kesyukuran, Anak Sepupu Pulih Covid-19
Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa, pada hari ini memanjatkan rasa kesyukurannya apabila dia mengumumkan bahawa anak kepada sepupunya yang dijangkiti dengan virus Covid-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Neelofa menerusi laman Twitter berkata, anak kepada sepupunya itu telah pun sihat dan dibenarkan pulang dari hospital. “Alhamdulillah, selepas 19 hari di kuarantin, Baby Sameera […]
KKM Senaraikan Dua Daerah Terbaru Zon Merah, Jumlah Keseluruhan 23 Zon Merah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 terbaru mengikut negeri dan daerah. Menerusi jumlah tersebut, bilangan zon merah meningkat kepada 23 mengikut statistik terbaru sehingga pukul 12 tengahari semalam. Dua daerah zon merah terbaru ialah Sepang dengan 46 kes dan Kota Samarahan dengan 42 kes. Bilangan zon merah meningkat menjadi 23 […]
(Video) Siap Ada Iringan Muzik, Jiran Sambut Bekas Pesakit Covid-19 Dengan Tepukan Gemuruh
Seorang wanita warga Sepanyol telah diberi sambutan yang begitu meriah sekali daripada jiran-jirannya sejurus pulang ke rumah pada Ahad selepas berjaya pulih daripada virus Covid-19. Sebuah rakaman video yang memaparkan bekas pesakit Covid-19 berumur 54 tahun itu keluar daripada ambulans di Triana, Seville sambil disambut oleh jirannya dengan tepukan gemuruh dan muzik telah menjadi tular […]

Paling Dekat Dengan Bumi Tahun Ini, Foto Keindahan ‘Super Pink Moon’ Memukau Pandangan
Fenomena supermoon yang ‘menjengah’ ke langit dunia boleh dikatakan sebagai detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Apa tidaknya, dengan keindahan yang menerangi langit, ramai yang terpukau melihat keindahan tersebut. Supermoon berlaku apabila bulan berada dalam lingkungan 90% daripada perigee yang merupakan pendekatan yang terdekatnya ke bumi dalam orbit. Bulan akan kelihatan lebih cerah dan besar […]

Covid-19: AS Catat Kes Positif Paling Tinggi Di Dunia Setakat Ini, Lebih 400 Ribu Secara Keseluruhan
Semakin hari semakin banyak kes kematian yang dilaporkan di seluruh dunia dengan catatan seramai 82,037 kes kematian daripada jumlah keseluruhan cecah 1.4 juta kes positif Covid-19 di dunia. Terkini, Amerika mencatat kes positif Covid-19 paling tinggi dunia mengalahkan negara Itali dan Sepanyol dengan rekod sebanyak 400,335 kes. Angka kematian di negara tersebut dikatakan meningkat secara […]
Lelaki Disyaki Dijangkiti Covid-19 Minta Pulang Untuk Sara Keluarga Di Rumah
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Disebabkan itu, kebanyakan kedai-kedai, pejabat dan premis perniagaan terpaksa ditutup selepas kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perlaksanaan PKP ini adalah salah satu langkah yang diperkenalkan untuk membendung penularan wabak tersebut. Mahu tak mahu, pelbagai sektor terpaksa berkorban demi peperangan […]
Pulau Perhentian, Pulau Redang Lebih Sepi Berbanding Musim Tengkujuh
KUALA TERENGGANU, 8 April – Suasana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Redang dan Pulau Perhentian diibaratkan lebih sunyi dan sepi berbanding musim tengkujuh. Ia berikutan keadaan di sekitar yang bukan sahaja tidak menampakkan aktiviti pelancongan malah aktiviti harian penduduk juga tidak banyak dilakukan berikutan pematuhan dan disiplin tinggi penduduk untuk terus kekal di rumah sepanjang PKP. Pengerusi […]