Berita
TERKINI: Seramai 88 Pesakit Telah Sembuh, Jumlah Keseluruhan 915 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini mengesahkan bahawa bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 88 orang. Ini menjadikan 915 kes yang telah sembuh secara keseluruhan. Discaj TERKINI #COVID19Malaysia4 April 2020 (Sabtu) Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 88 kesIni menjadikan 915 kes telah sembuh. pic.twitter.com/br52320iie — […]

40,000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 4 April — Kira-kira 40,000 orang boleh ditempatkan di semua 409 pusat kuarantin COVID-19 yang digazetkan di seluruh negara jika kesemuanya beroperasi pada satu-satu masa, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, setakat semalam, hanya 90 daripadanya beroperasi dengan menempatkan kira-kira 4,000 orang sejak 19 Mac. […]

501 Kes Tipu Jual Penutup Hidung Dan Mulut Babitkan Kerugian RM3.5 Juta – Polis
KUALA LUMPUR, 4 April — Sebanyak 501 kes penipuan melibatkan penjualan penutup hidung dan mulut dilaporkan di seluruh negara setakat semalam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah kerugian lebih RM3.5 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata seramai 37 individu warga tempatan berumur antara 21 hingga 45 […]
51 Tahun Jalani Hidup Bersama, Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Selang Enam Minit
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 51 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19. Mereka meninggal selang enam minit pada Ahad lalu. Pasangan yang dikenali sebagai Stuart Baker, 74, dan Adrian Baker, 72, itu tinggal di Boynton Beach, Florida dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius namun mula jatuh sakit pada pertengahan Mac […]
Ribuan Pakaian Dalam Wanita Ditemui, Polis Singapura Tahan Lelaki Berusia 41 Tahun
Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian seluar dalam seorang wanita di Tampines Avenue 9, kata polis pada Khamis (2 April) Menurut pihak polis, mereka telah menerima panggilan berkenaan perkara tersebut pada 15 Mac lalu sekitar jam 3.30pm dan telah mengenal pasti lelaki tersebut melalui siasatan yang dijalankan serta bantuan […]
Keadaan Pasar Awam Di Daerah Timur Laut, George Town Semakin Baik Dan Terkawal
Keadaan semua pasar awam di daerah Timur Laut yang sebelum ini dibanjiri dengan kehadiran pengunjung sehingga berlaku kesesakan lalu lintas kini semakin baik dan terkawal pada hari ke-18 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata keadaan di kawasan itu bertambah baik berbanding sebelum ini hasil beberapa langkah yang telah diambil […]
“Kipas Dibuka Sepanjang Masa,” Jururawat Dedahkan Keadaan Sebenar Dalam Wad Kuarantin
Baru-baru ini telah tular isu yang menyatakan bahawa kipas serta aircond tidak boleh dipasang kerana virus Covid-19 akan menjadi lemah kerana persekitaran yang panas. Sungguhpun begitu, seorang jururawat KKM yang bertugas di salah satu hospital yang merawat pesakit-pesakit Covid-19 ini bertindak membidas kenyataan itu. Menurut Rabiatul Adawiyah, kenyataan itu adalah tidak benar. Ini kerana virus tersebut […]
(Video)Penduduk Setempat ‘Berkurung’, Kambing Gunung Jelajah, ‘Ambil Alih’ Bandar Utama
Ketika penduduk sedang menjalani perintah berkurung bagi mengekang jangkitan Covid-19, sekumpulan kambing gunung keluar untuk ‘menakluki’ bandar di Wales. Produser video bagi Manchester Evening News, Andrew Stuart, memuatnaik himpunan gambar dan video yang memaparkan kambing-kambing gunung tersebut berkeliaran di bandar tersebut. They know exactly what they’re doing. Have some lunch from a bush and then […]
Tren Kargo 43 Gerabak Tergelincir Di Tanjung Malim
KTM Berhad melalui laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa enam gerabak tren kargo miliknya telah tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, pagi tadi. Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 6.55 pagi itu membabitkan sebuah tren kargo yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Klang. Tren tersebut juga dimaklumkan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan […]
Dilahirkan Ketika Tempoh ‘Lockdown’, Bayi Kembar Di India Dinamakan Corona Dan Covid
Sepasang bayi kembar yang baru dilahirkan di India ketika tempoh ‘lockdown’ telah dinamakan dengan nama Corona dan Covid oleh kedua ibu bapanya, lapor media tempatan. Menurut laporan berita NDTV India, pasangan kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu. Kedua ibu bapa pasangan kembar yang berasal dari Chhattisgarh menyatakan […]

Peniaga Dakwa Rugi RM44,500 Beli Penutup Hidung Dan Mulut Menerusi Laman Sosial
KUANTAN, 4 April — Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kerugian RM44,500 dalam urusan pembelian 48,000 keping penutup hidung dan mulut yang ditawarkan di laman sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 30 tahun itu mendakwa barangan itu diiklankan di Facebook pada 21 Mac lepas. “Mangsa mendakwa suspek lelaki […]
“Ia Adalah Transaksi Yang Sah,” CIMB Malaysia Keluar Kenyataan Perjelas Situasi ‘Direct Debit’
CIMB Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook menjelaskan mengenai masalah transaksi ‘direct debit’ yang dihadapi oleh penggunanya sejak semalam. Menurut CIMB, mereka ingin memberi jaminan kepada pelanggan yang terjejas bahawa transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini adalah transaksi kad debit yang sah yang dilakukan oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap […]
“Terngiang Suara Riang Anak Ini…,” Budak Bawa Balik Bekalan Makanan Untuk Atok Sakit Cetus Hiba
Ketika seluruh Malaysia pada ketika ini sedang bergelut dengan penyebaran Covid-19, ketahuilah bahawa ada golongan yang tidak bernasib baik terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan ini. Saban hari, pelbagai kisah yang terungkai semasa PKP sedang berlangsung. Ada yang tidak mampu membelikan susu anak dan ada juga yang sudah tidak menjamah makanan selama […]
“Bebas Daripada Tekanan,” Bekas Pereka Grafik Bertukar Arah Pilih Bertani
Memiliki kerjaya yang mantap dengan pendapatan yang stabil mungkin menjadi pilihan ramai golongan muda, namun ia bukan pilihan bagi Nuraishah Shamsuddin buat masa ini. Perkongsian gadis berusia 27 tahun ini di laman Twitter, yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik demi minatnya dalam bercucuk tanam menjadi inspirasi para netizen. Gadis dari Teluk Intan, Perak ini, lebih rela […]

PDRM Terima Data 40,000 Individu Dalam Rangkaian Penularan COVID-19 – KPN
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima data rangkaian penularan COVID-19 melibatkan kira-kira 40,000 individu yang termasuk individu dikaitkan dengan kluster ahli tabligh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata data berkenaan diperincikan secara satu persatu oleh pasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed bagi mengesan […]

Tak Perlu Serbu Pejabat, Ini Cara Mohon i-Lestari RM500 Secara ‘Online’ Dari KWSP
Seperti sedia maklum, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi gelombang Covid-19. Berkuat-kuasa 1 April ini, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi kemudahan i-Lestari dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada Mei 2020. Terdapat […]
“Gunalah Waktu PKP Untuk Anda Berhenti Merokok” – Dr Noor Hisham Abdullah
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada menyelit satu seruan kepada semua rakyat di Malaysia iaitu sokongan kepada individu yang ingin mengambil peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk tidak merokok. Dalam minit ke 8:54 dalam video persidangan media tersebut, beliau menyeru agar rakyat Malaysia mengambil peluang masa […]

Pematuhan PKP Cecah 99 Peratus – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 3 April – Pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana bagi menangani wabak COVID-19 kini meningkat kepada 99 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata orang ramai mula memahami tujuan utama kerajaan melaksana PKP iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini. “Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada orang ramai… […]
“Ambil Moratorium, Untung Ke Tidak,” Wanita Ini Tunjuk Cara Uruskan Bayaran Pinjaman Yang Ditangguh
Sejak wabak pandemik Covid-19 ini merebak ke Malaysia, ramai yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan mereka terutama keluarga yang bergaji harian seperti berniaga. Wabak ini merupakan satu cabaran terbesar kepada pemimpin dan penduduk di Malaysia. Bukan itu sahaja, ramai yang tidak dapat keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan asas keluarga kerana mengikut arahan Perintah Kawalan […]

Jambatan Jalan Tongkang Pechah, Persimpangan Lampu Isyarat Bindu Ditutup Mulai Tengah Malam Ini
Batu Pahat: Dua laluan di daerah ini iaitu Jambatan Jalan Tongkang Pechah dan Persimpangan Lampu Isyarat Bindu akan mula ditutup mulai tengah malam ini bagi memperkemaskan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim dalam satu kenyataan berkata penutupan itu melibatkan kedua-dua arah, dari pekan Tongkang Pechah […]