Berita

Kesihatan
TERKINI: Warga Emas 61 Tahun Korban Terbaru COVID-19, 27 Kematian Keseluruhan Setakat Ini
Putrajaya, 28 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan satu lagi kes kematian melibatkan pesakit COVID-19 di Malaysia. Pesakit merupakan kes ke-2162, merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun. Pesakit dilaporkan mempunyai latar belakang diabetes dan darah tinggi. Pesakit dimasukkan ke Hospital Tangkak pada 24 Mac sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 […]
Gaya hidup
Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Pada Semua Yang Tak Senang Dengan Kerja Amal Jariahnya
PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew memuat naik satu perkongsian bagi menjelaskan tomahan daripada sesetengah orang ekoran gerak kerja amal yang dilakukan, khususnya bantuan yang diberikan ketika musim COVID-19 ini. Menurutnya, beliau ada menerima mesej yang berkata amalan sedekah (sumbangan bantuan) yang dijalankan olehnya bersama team itu tidak ikhlas. Malah menurut mesej itu lagi, kerja amal […]
Berita
“Sumbangan Paling Hebat PM Kali Ini Adalah ‘Emotional Security’”, Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan PM
Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya, kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat. Dalam situasi gawat akibat penularan COVID-19, kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat bersatu menentang virus ini dengan melakukan bahagian masing-masing. Inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat juga sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat semua rakyat yang terjejas dan […]
Kesihatan
Media Antarabangsa Lapor Seekor Kucing Di Belgium Dijangkiti Koronavirus
Media antarabangsa melaporkan seekor kucing peliharaan di Belgium positif koronavirus setelah dijangkiti daripada pemiliknya. Menurut Jakarta Post, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku. Sebelum ini, dua ekor anjing di Hong Kong turut didakwa positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan ke atas haiwan peliharaan pesakit. Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara haiwan […]
Berita
(Video) 116 Ditahan Kerana Ingkar Solat Jumaat, Kebanyakannya Warga Asing
TERDAPAT masjid di sebuah daerah masih mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan solat Jumaat semalam. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ekoran kejadian itu, seramai 116 daripada jemaah masjid tersebut telah ditahan pihak polis. “Difahamkan, ada juga lima masjid yang masih menjalankan solat berjemaah. “Saya berharap tidak ada lagi berlaku keingkaran […]
Gaya hidup
NGO Nak Agih Sumbangan Perlu Hantar Barang Bantuan Ke Pejabat JKM Setiap Daerah
SETIAP pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu menghantar bantuan makanan dan sebagainya terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap daerah. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut adalah disebabkan mahu mengurangkan pergerakan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya ingin menasihatkan supaya mereka menghantar bekalan makanan tersebut ke pusat-pusat pengumpulan yang […]
Berita
Hampir 400 Ditahan Dalam Tempoh 48 Jam Kerana Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
PUTRAJAYA, 28 Mac — Hampir 400 tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata hasil pengawasan yang dilakukan oleh pihak keselamatan mendapati masih ada orang ramai keluar melakukan senaman dan menunaikan solat Jumaat walaupun arahan supaya mereka kekal di […]
Berita
Dakwaan Konon Ada Darurat, Perintah Berkurung Adalah Palsu – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 28 Mac — Kerajaan menepis dakwaan kononnya akan ada pengumuman berkaitan darurat atau perintah berkurung seperti disebarkan ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan berita palsu itu kerana ketika ini kerajaan masih bertindak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 […]
Berita
COVID-19: Brunei Catat Kematian Pertama
BRUNEI melaporkan kematian pertama COVID-19 di negara itu, kata Menteri Kesihatan pada Sabtu. Berdasarkan menteri tersebut, pesakit merupakan lelaki berusia 64 tahun yang baru pulang ke Brunei dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi Xinhua. Lelaki yang meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Isolasi Kebangsaan di wilayah Tutong itu adalah kes COVID-19 […]
Berita
Remaja Perancis Dipercayai Jadi Pesakit Termuda Meninggal Dunia Di Eropah Akibat COVID-19
Daripada batuk biasa dan simptom ringan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Perancis menjadi pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Khamis lalu. Menurut Metro UK, yang hanya dikenali sebagai Julie A dilaporkan mula menunjukkan simptom jangkitan kurang seminggu lalu dan dipercayai tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. “Ia tak dapat ditanggung, ia […]
Berita
(Video) PKP: Masih Ada Warga Asing Masuk Negara Lalu Jalan Tikus- Ment. Pertahanan
MENTERI Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat warga asing masih memasuki negara ini meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan. “Walaupun sempadan telah ditutup, tetapi masih terdapat kemasukan warga asing yang melalui jalan-jalan tikus. “Pihak polis telah mengenal pasti jalan-jalan tikus tersebut dan tindakan lebih tegas akan diambil bagi memastikan […]
Kesihatan
KKM Tubuh Jawatankuasa Khas Audit Kematian Pesakit COVID-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengaudit kematian pesakit COVID-19 di hospital. KKM menerusi satu tweet berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Datuk Dr. Christopher Lee dan dibantu oleh pakar-pakar pelbagai bidang disiplin yang berkaitan. “Setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti […]
Berita
(Video) “Ibu Baru Meninggal Dunia, Ayah Rindukannya”, Sebak, Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon
Perpisahan yang paling menyakitkan adalah perpisahan antara dua dunia, kita tak lagi dapat bertemu mereka yang tersayang walau rindu macam mana sekalipun. Inilah yang dihadapi seorang lelaki warga emas selepas kehilangan isterinya yang tersayang. Terlalu rindu, namun hanya mampu menatap gambar di telefon. “Ibu saya baru meninggal dunia. Dan ayah saya rindukannya,” tulis si anak […]
Kesihatan
”Roadblock” Di Wilayah Persekutuan Dibekalkan Alat Pemeriksa Suhu Badan Mulai Hari Ini
Putrajaya, 28 Mac- Setiap sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan akan dibekalkan termometer, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Alat itu akan digunakan untuk memeriksa suhu badan pengguna jalan raya bagi mencegah penularan COVID-19. “Mulai hari ini semua sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan dibekalkan dengan alat pemeriksa suhu badan. Yang ada tanda […]
Gaya hidup
Cecair Pembasmi Kuman Bidara Ruqyah Tiada Kelulusan KKM, Orang Ramai Diseru Berhati-Hati
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menggunakan produk cecair pembasmi kuman ‘Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu, sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ia berkualiti dan selamat […]
Berita
Dapat Pakai Tablet 2-In-1 Ni, Terus Settle Masalah Kena Buat Kerja Dari Rumah
Anda sedang mencari tablet tapi memerlukan komputer riba juga? Kini anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang bajet untuk mendapatkan kedua-dua jenis gajet itu lagi kerana Microsoft telah memperkenalkan tablet Surface ProX 2-in-1 yang boleh dijadikan sebagai laptop untuk melakukan urusan harian anda. Surface Pro X ini hadir dengan skrin bersaiz 13-inci (2880×1920, 267 PPI) […]
Luar Negara
Virus Kuda Afrika Ditemui Di Thailand, Lebih 40 Ekor Kuda Disahkan Mati
SEKURANG-kurangnya 42 ekor kuda lumba dilaporkan mati, disyaki akibat jangkitan penyakit Kuda Afrika, lapor seorang doktor veterinar di Nakhon Ratchasima, Thailand baru-baru ini. Kematian haiwan itu ditemui semasa pemeriksaan di sebuah kandang di wilayah Pak Chong, kata doktor veterinar tersebut, Pasawee Somjai di pejabat Jabatan Pembangunan Penternakan. Bagaimanapun, dia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi […]
Kesihatan
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak COVID-19, Catat Lebih 100,000 Kes Positif
Washington, 28 Mac- Menurut data terkini, Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan lebih 104,142 kes COVID-19 setakat ini. Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID-19 selepas Itali, Sepanyol dan China. Semalam sahaja, sebanyak 18,691 kes terbaru dalam tempoh 24 jam dengan 400 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat. Sehingga kini, sebanyak 1,695 kematian […]
Berita
Pesakit Bawah Pemantauan COVID-19 Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tandas Di Hospital Serdang
PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Seorang lelaki yang berada di bawah pemantauan (PUI) COVID-19, ditemui meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang, malam semalam. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui pada jam 7.40 malam di dalam tandas hospital tersebut. “Pesakit dimasukkan ke hospital […]
Kesihatan
Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Jalankan Audit Terhadap Kematian Pesakit Covid-19 Di Hospital
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian para pesakit Covid-19 telah ditubuhkan. Menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui Facebook KP Kesihatan, jawatankuasa itu akan diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Christopher Lee, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan […]