Berita
Itali Batalkan Semua Pendaratan Pesawat, Termasuk Yang Mahu Bawa Pulang Rakyat Malaysia – Timb Menteri Luar
Memandangkan Itali telah mengumunkan bahawa negara tersebut sedang menjalani perintah berkurung susulan daripada jumlah kematian semakin meningkat akibat dijangkiti Covid-19. Menerusi sidang media yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar mengatakan bahawa Itali batalkan pendaratan semua pesawat termasuk pesawat yang mahu membawa pulang rakyat Malaysia. Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 1,000 orang rakyat Malaysia dari India bakal […]

Kerajaan Akan Cuba Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Dari China – Fadillah Yusof
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan satu sidang media. Beliau sedia maklum bekalan penutup hidung dan mulut tidak mencukupi di negara ini. Beliau memberitahu media akan cuba mendapatkan 10 juta penutup hidung dan mulut dari China untuk petugas barisan hadapan. Kerajaan akan cuba dapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari […]

Covid-19: Singapura Catat Dua Kematian Pertama
Singapura mencatatkan dua kematian pertama akibat Covid-19 pada pagi Sabtu (21 Mac 2020). Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, mengesahkan mangsa merupakan seorang wanita Singapura berusia 75 tahun dan seorang lagi lelaki Indonesia berusia 64 tahun. Wanita berkenaan merupakan kes ke-90, mempunyai hubung kait dengan kumpulan The Life Church dan Missions Singapore serta mempunyai sejarah penyakit jantung kronik dan […]

Doktor Pakar Antara 45 Pesakit Positif Covid-19 Di Perak – KP Kesihatan
Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa sebanyak 45 kes COVID-19 di negeri Perak termasuk dua pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital KKM di Perak. Beliau merupakan staf kesihatan […]
Op COVID-19: Polis Nafi Keluar Saman Kenderaan Dinaiki Lebih Seorang
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Polis menafikan mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang dinaiki lebih daripada seorang apabila keluar membeli barangan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika dihubungi Bernama menafikan insiden seperti itu berlaku di Puchong seperti yang tular di media sosial dan menurutnya berita itu adalah berita palsu. Sejak semalam […]

“Allah Nak Angkat Darjat ‘Brother’ Ni, Ramai Menuduh Dan Menfitnah Hanya Melihat Gambar”
Berapa banyak berita dan arahan daripada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang keluarkan untuk masyarakat tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dan unsur fitnah? Ya, walaupun sudah banyak kali tetapi masih ada segelintir individu yang sering menjadikan sesuai isu itu besar. Kita semua sudah tahu, ramai diantara individu yang mengikuti perhimpunan di Sri Petaliang […]
Lepas Belanja KFC, Ebit Lew Belanja ‘Aircond’ Untuk Staf Hospital Shah Alam Dan Ampang
Pendakwah bebas, Ebit Lew, sememangnya dikenali dengan dakwahnya yang lemah-lembut dan sifat pemurah kepada golongan yang memerlukan. Terbaharu, Ebit Lew menghulurkan sumbangan berupa alat penghawa dingin mudah alih kepada staf di Hospital Shah Alam dan Ampang. Menerusi video yang dimuat naik, beliau dilihat menyerahkan sendiri penghawa dingin kepada staf kesihatan kerana tidak sanggup melihat mereka […]

Perintah Kawalan Pergerakan: Beberapa Jalan Di Alor Setar Ditutup
Bagi tidak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani Covid-19, beberapa jalan utama di negeri Kedah sudah mula ditutup untuk penduduk di sana lebih patuh pada arahan Perdana Menteri untuk sama-sama mengekang gejala wabak Covid-19 ini. Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga penduduk di sekitar bandaraya Alor Setar telah berkongsi beberapa gambar di mana […]

Raja Muda Perlis Minta Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Kangar: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan rakyat Perlis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tanpa sebarang alasan. Baginda bertitah rakyat perlu mengambil sikap bertanggungjawab dan ‘Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ dalam mematuhi arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan mengekang penularan COVID-19. “Jangan bersifat degil dan ambil mudah kerana sikap ini […]

Hospital Umum Sarawak Tukar Tempat Untuk Ujian Saringan Covid-19 Di Sarawak
Perhatian kepada seluruh penduduk di Kuching dan sekitarnya, berikutan merupakan perubahan dan makluman tentang perubahan tempat saringan Covid-19. Untuk maklumat anda menerusi kiriman Facebook rasmi Hospital Umum Sarawak telah memaklumat perubahan tempat saringan Covid-19 yang baharu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan saringan Covid-19 sila berkunjung […]
Turki Hasilkan Wang Kertas Guna Teknologi Penyahjangkitan Untuk Halang Covid-19
Istanbul: Sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Istanbul mengeluarkan wang kertas yang dihasilkan menggunakan teknologi penyahjangkitan untuk kegunaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). “Dengan teknologi itu wang kertas yang dihasilkan membolehkan semua ATM bersih dan mesra alam sekitar,” kata pengasas bersama Money Shower, Furkan Erucan lapor agensi berita Anadolu. Beliau berkata dengan teknologi itu, ia berupaya […]

Lebih 600 Orang Maut Dalam Masa Sehari Di Itali, Tentera Dikerah Bantu Kuatkuasa “Lockdown”
Askar-askar telah dikerah di Itali bagi membantu menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di negara tersebut pada Jumaat. Ini berikutan angka kematian yang tidak terkawal mencecah 627 dalam masa sehari, angka terbesar dalam tempoh 24 jam di dunia sejak wabak tersebut bermula. Pakar perubatan dari China yang membantu Itali berdepan dengan krisis itu berkata, sekatan yang dikenakan […]
Guru KAFA Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – JAKIM
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para pendidik tidak dapat menjalankan tugasan mereka ekoran daripada penutupan semua sekolah di Malaysia kerana wabak Covid-19 yang melanda di negara kita. Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Ketua Pengarah JAKIM telah mengumumkan elaun bagi guru KAFA akan diberi secara penuh sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini. […]
Harga Naik, Sebotol Penyembur Disinfektan Dijual Cecah RM100 Di Atas Talian
Dalam situasi gawat, kadangkala ada segelintir pihak oportunis yang suka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain dengan menangguk di air keruh. Gara-gara penularan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia yang berlaku secara pantas, orang ramai mula membeli produk sanitasi seperti penyembur disinfektan, cecair pembasmi kuman dan topeng muka. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan, pembelian di platform e-dagang […]
“Kalian Tak Kebal Dari COVID-19”, Mesej Dari WHO Buat Golongan Muda
Virus COVID-19 tidak mengenal mangsa. Dengan kebolehan virus ini untuk bermutasi dalam badan pesakit, ia boleh membahayakan sesiapa sahaja. Terbaru, Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada orang muda agar tidak mengambil mudah pandemik ini. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata anak muda tidak kebal terhadap virus ini. “Hari ini, saya ada mesej […]
Polis Tahan, Iringi Jemaah Tabligh Buat Ujian Saringan COVID-19
GEORGE TOWN, 20 Mac (Bernama) — Seorang wanita dan tiga jemaah tabligh termasuk seorang yang disyaki menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini ditahan polis ketika cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan, di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini hari ini. Setelah ditahan kira-kira jam 6.30 petang […]
COVID-19: 627 Kematian Dalam 24 Jam, Itali Catat Jumlah Kematian Sehari Tertinggi Di Dunia
Rom, 21 Mac – Sebanyak 627 lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Itali, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,032 kes. Dalam laporan media antarabangsa, peningkatan kes kematian sebanyak 18.4 peratus itu merupakan pertambahan tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak penularan bermula sebulan lalu di Itali. Khamis lalu, Itali mengatasi China menjadi negara paling banyak kematian akibat […]
Dua Kakitangan Positif COVID-19, Wad Paediatrik Hospital Selayang Ditutup
WAD paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu ekoran dua kakitangan di jabatan berkenaan didapati positif COVID-19. Pengarah hospital, Dr. Sakinah Alwi berkata, siasatan lanjut mengenai kes tersebut masih dijalankan dan pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baharu ke semua wad. “Pesakit sedia ada (pula) tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut […]
COVID-19: Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan Dari China Untuk Kegunaan PDRM
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Malaysia hari ini menerima bantuan lebih 20,000 peralatan perubatan dari China khusus untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya bantuan itu diterima oleh pihak Kedutaan Malaysia di Beijing menerusi Duta Besar Malaysia di sana Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan […]
Bimbang Jangkitan COVID-19, Pasangan Pengembara Kapcai Tekad Pulang Segera Ke Malaysia
MENGEMBARA ke serata dunia dengan menaiki motosikal jenis kapcai adalah sesuatu yang sangat luar biasa, apatah lagi jika hobi itu dilakukan bersama pasangan sendiri. Namun, apabila musim wabak COVID-19 mula menyerang segenap penjuru dunia, ia turut memberi kesan kepada aktiviti itu dan agak ‘melumpuhkan’ perjalanan pengembaraan tersebut. Cabaran ini turut dirasai oleh pasangan pengembara kapcai […]