Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 600 Orang Maut Dalam Masa Sehari Di Itali, Tentera Dikerah Bantu Kuatkuasa “Lockdown”

Askar-askar telah dikerah di Itali bagi membantu menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di negara tersebut pada Jumaat.

Iklan

Ini berikutan angka kematian yang tidak terkawal mencecah 627 dalam masa sehari, angka terbesar dalam tempoh 24 jam di dunia sejak wabak tersebut bermula.

Pakar perubatan dari China yang membantu Itali berdepan dengan krisis itu berkata, sekatan yang dikenakan di Lombardy, wilayah yang paling teruk terjejas adalah tidak cukup ketat.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju bahawa tentera diturunkan bagi membantu penguatkuasaan perintah berkurung, kata Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana, dalam satu sidang media pada Jumaat.

”(Permintaan untuk menggunakan tentera) telah diterima.. dan 114 tentera akan berada di seluruh Lombardy.. ia masih terlalu kecil tetapi ia positif.

Kita masih tidak melihat perubahan trend dalam angka kematian yang semakin meningkat,” kata Fontana.

Difahamkan, tentera telah tiba dan kini ditempatkan di wilayah tersebut bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan sepanjang Perintah Berkurung.

Lebih 4,000 kematian direkodkan di Itali di mana lebih tinggi dari mana-mana negara dan hampir 6,000 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif mencecah lebih 47,000 setakat Jumaat (20 Mac 2020).

Sumber: CNN