Berita
“Mungkin Kau Tak Dikenali Di Dunia, Tapi Kau Terkenal Di Langit Sana”
Kita semua sama sahaja di sisi Allah tidak kira pangkat, gelaran, harta kekayaan mahupun warna kulit. Semuanya akan kita tinggalkan ketika melangkah ke liang kubur kelak. Apa yang tinggal hanyalah amalan, doa ahli keluarga yang mengingati kita di samping tengkorak di sebalik jasad yang tidak lagi bernyawa. Baru-baru ini, seorang doktor, Imran Kasran telah berkongsi […]
Pemerintahan Tanpa Memihak Parti Politik Mampu Redakan Krisis Kepimpinan Negara
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti boleh menjadi satu penyelesaian yang baik dalam mengurangkan ‘budaya politiking’ keterlaluan, menurut beberapa penganalisis politik tempatan. Penganalisis politik dan media sosial dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata pendekatan itu akan membolehkan anggota kabinet fokus pada […]
Kaku Dalam Pelukan Ayah, Bayi Syria 18 Bulan Meninggal Dunia Kebekuan
Kaku dalam pelukan ayah. Dalam cuaca bersalji, seorang lelaki mendukung bayinya yang berusia 18 bulan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan bagi penyakit bronkitis dihidap si kecil itu. Namun malangnya, mereka tidak sempat tiba. Anak kecil itu akhirnya kaku, meninggal kesejukan dalam pelukan si ayah. Tular gambar menyayat hati anak kecil itu yang berbalut kain […]

COVID-19: Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Promosi Kekang Penularan – TPM Thai
BANGKOK, 26 Feb — Syarikat penerbangan disaran mengurangkan jualan dan promosi murah terutamanya ke negara-negara yang dilanda COVID-19 bagi mengekang penularan virus berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul. Beliau juga menggesa warga Thailand agar mengelakkan perjalanan tidak perlu ke negara-negara yang dilanda virus itu, sebaliknya melancong di dalam negara […]
(Video) Tak Sedar ‘Filter’ Terpasang, Wartawan Kena Gelak Ketika ‘Live’ Berita Penting
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ‘live’ buat orang terhibur. Seorang wartawan stesen televisyen luar negara, Justin Hinton membuatkan orang ramai tertawa melihat wajahnya. Apa tidaknya, sepanjang lintas langsung di televisyen, wajahnya ‘terhias’ dengan ‘filter’ lucu yang menggelikan hati. Menurut Justin, dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan filter sebelum membuat ‘live’ di Facebook mengenai salji di […]
Sebab Saya Meletak Jawatan -Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak sebab yang mendorong beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Isnin lepas. Menurutnya, salah satu sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran yang mungkin diwujudkan. “Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi […]
SPRM Pantau Rapi Politik Semasa Negara
IPOH, 26 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika terdapat sebarang kesalahan rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pada masa sama pihaknya mengingatkan mana-mana ahli Parlimen supaya tidak menawarkan atau menerima sebarang bentuk suapan bagi sesuatu jawatan. “Mana-mana ahli […]
Bukan Semua Dituntut Jadi Pemimpin, Tetapi Semua Orang Dituntut Mengaji Ilmu Agama
Pernikahan merupakan ikatan mulia yang lebih dari sekadar janji manis di hari perkahwinan. Hubungan suci ini pasti menjadi lebih indah apabila suami isteri sentiasa bersama-sama memperbaiki diri menjadi versi yang lebih baik setiap hari. Umum mengetahui teladan yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong selama ini. Keharmonian antara […]

Protes Pada Majlis Konvokesyen: Bekas Pelajar Kejuruteraan UM Didakwa
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Seorang bekas pelajar kejuruteraan Universiti Malaya (UM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja membangkitkan kemarahan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan tetamu sewaktu Istiadat Konvokesyen UM Ke-59 tahun lepas. Wong Yan Ke, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan […]
Sultan Ibrahim Minta ADUN Johor Nyatakan Pilihan, PH Atau Gabungan
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. Perkara terbabit dinyatakan beberapa ADUN yang ditemui pemberita di […]

Pesakit Covid-19 Ditahan Di Hospital Boleh Buat Tuntutan mySalam
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia. Terbaru, Kerajaan memperuntukkan bagi yang tidak dapat menerima BSH boleh memohon mySalam. Menurutnya, penerima hendaklah mempunyai pendapatan kurang daripada RM 100,000 setahun. Bagi pesakit yang terkena wabak COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 […]

Covid-19: Dua Negara Tak Benarkan Berlabuh, Lagi Kapal Persiaran Terpaksa Berlayar Tanpa Arah
Berikutan kebimbangan kes melibatkan kapal persiaran Princess Diamond berulang, kerajaan Jamaica dan pemerintah Pulau Cayman tidak membenarkan sebuah lagi kapal persiaran, Meraviglia daripada berlabuh di pelabuhan kedua-dua negara tersebut. Ia berikutan laporan yang menyebut terdapat kes dengan simptom-simptom influenza di atas kapal tersebut. Menurut The New York Times, Meraviglia membawa seramai 4,500 penumpang dan 1,600 […]
Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri
Hari ini tular di Twitter kata kunci “Anwar as PM” susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8. “Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah […]
ADUN Johor Dititah Menghadap Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dititahkan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, dekat sini, dipercayai berkaitan perkembangan terkini politik semasa negeri. Tinjauan di Bangunan Sultan Ibrahim itu mendapati kenderaan membawa ADUN Johor tiba secara berperingkat-peringkat seawal 1.05 tengah […]
“Tiada Rampasan Kuasa, Tiada Anarki”, Kepada Rakyat Malaysia, Anda Yang Terbaik
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Sebaik sahaja dingin subuh semakin hilang, berderet kenderaan mula bergerak perlahan penuh sabar menghantar anak-anak ke sekolah seperti biasa, kemudian bertali arus pula di jalan dan lebuh raya berkejaran untuk ke tempat kerja, kehidupan berjalan seperti biasa, gedung perniagaan tetap dibuka, perniagaan terus berjalan lancar. Tidak ada rampasan kuasa, […]

“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa”- Dr Wan Azizah
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memuatnaik ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui laman Twitter. “Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar Ibrahim […]
Pihak Penentang Bawa Rod Besi, Batu Bata Serang Rumah Orang Islam Di New Delhi, 25 Orang Maut
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam satu pertempuran selama tiga hari di New Delhi tercetus apabila negara tersebut menerima kunjungan daripada Presiden Donald Trump ke India. Angka kematian dijangka akan meningkat apabila hospital dikatakan penuh dengan mangsa yang cedera parah. Ketua Menteri New Delhi, Arjind Kerjiwal berkata kerajaan te;ah menghantar pasukan tentera ke daerah-daerah yang terlibat […]

Hasanah Tarik Balik Rayuan Berhubung Saman Terhadap SPRM, Kerajaan
PUTRAJAYA, 26 Feb (Bernama) — Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan samannya ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan Malaysia, kerana tidak membenarkannya berunding dengan peguamnya, semasa beliau ditahan reman pada 2018. Hasanah, 62, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dia […]
Keputusan GPS Akan Berlandaskan Kepentingan Negara, Sarawak – Abang Johari
MIRI, 26 Feb (Bernama) — Apa juga keputusan yang diambil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Negeri berhubung perkembangan politik Persekutuan pada masa kini akan dibuat berlandaskan kepentingan negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini. Beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah kestabilan politik negara yang menjadi […]

Penduduk Hong Kong Terima Lebih RM6000 Sebagai Bantuan Ringankan Beban
Hong Kong akan memberikan wang tunai kepada penduduk tetap dewasa bagi membantu meningkatkan perbelanjaan dan meringankan beban kewangan. Sebagai sebahagian daripada belanjawan tahunan, 10,000 dollar Hong Kong (RM6,000) diumumkan akan diberi kepada kira-kira tujuh juta orang yang berusia 18 tahun. Bandar ini mempunyai 81 kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 dengan dua kematian direkodkan. “Ekonomi Hong […]