Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ‘live’ buat orang terhibur. Seorang wartawan stesen televisyen luar negara, Justin Hinton membuatkan orang ramai tertawa melihat wajahnya.
Apa tidaknya, sepanjang lintas langsung di televisyen, wajahnya ‘terhias’ dengan ‘filter’ lucu yang menggelikan hati.
Menurut Justin, dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan filter sebelum membuat ‘live’ di Facebook mengenai salji di sana.
“Jurugambar ada memberitahu sesuatu mengatakan ada sesuatu yang pelik dengan skrin. Dia tak jelaskan lebih lanjut, jadi saya cakap ia mungkin akan hilang,” katanya.
“Saya tak sedar hinggalah habis siaran, saya nampak orang ramai komen mengenai muka saya,” tambahnya.
Video berkenaan ternyata membuatkan penonton terhibur.



Sementara itu, ada antara penonton yang mengesyaki ia perbuatan yang disengajakan berikutan ‘filter’ berubah-ubah.
Menurut salah seorang netizen, hal itu mungkin berlaku ketika salji atau lembapan terkena skrin telefon.

Sumber: CNN, Justin Hinton