Berita

Berita
MCMC Terus Pantau Sebaran Maklumat Palsu Di Media Sosial
PUTRAJAYA, 24 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara. Dalam kenyataan hari ini, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R – race, regilion, royalty) […]
Berita
Kami Bukan Pengkhianat, Tapi Kami Mahu Gagalkan Konspirasi Jatuhkan PM- Azmin Ali
Pembubaran parlimen diikuti tindakan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti berkenaan disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh sesetengah pihak. Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka bukanlah pengkhianat, sebaliknya menuduh pihak yang cuba mendesak PM Tun Mahathir agar turun adalah pengkhianat sebenar. Malam Jumaat lalu […]
Berita
Terserah Kepada Agong Tentukan PM – Penganalisis Politik
Kuala Lumpur: Susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu meneliti pemimpin yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk mengisi jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata Dr […]
Berita
Covid-19 : Satu Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura
Singapura: Satu kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini, dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu. MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 75 tahunyang dikaitkan dengan kelompok gereja The Life Church dan Missions Singapore, yang kini mempunyai tujuh kes yang disahkan. […]
Berita
“Belum Habis Lagi Tu, Saya Cari Ketenangan Dulu”- Status Facebook DS Najib Razak
Nama Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak, sudah tidak asing lagi meniti di bibir rakyat. Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Najib dilihat lebih aktif mendekati warganet di media sosial, Facebook. Digelar ‘bapa troll kebangsaan’ oleh pengikutnya, status berbau sindiran membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh beliau sentiasa […]
Berita
”Rakyat Yang Berkuasa, Bukan Si Pencatur Kuasa“, Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati
Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuatnaik kenyataan di media sosial berhubung senario politik negara hari ini. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan telah ‘menyampaikan pendapatnya’ kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. “Saya sudah sampaikan pendapat saya kepada YAB Tun. “Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa. “Rakyat yang […]
Berita
Tun Mahathir Hadiahkan Dua Lagi ‘Kejutan’ Untuk Rakyat Malaysia
Kuala Lumpur: Pengumuman mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah melakar sejarah sebagai peletakan jawatan perdana menteri buat kali kedua di negara ini, malah tindakan itu datangnya daripada individu yang sama. Sama seperti ketika beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri keempat Malaysia pada 2003, pengumuman hari ini adalah sesuatu yang tidak […]
Berita
Rusia Dilapor Serbu Tempat Tinggal, ‘Buru’ Warga China Untuk Kekang Covid-19
Kerajaan Rusia dilapor mengarahkan pihak berkuasa untuk menyerbu hotel, asrama, apartment dan bangunan perniagaan untuk mencari warga China bagi mengekang penyebaran Covid-19 di negara itu. Menurut laporan AP, pihak berkuasa juga dibenarkan untuk menggunakan sistem pengesanan wajah bagi memudahkan usaha menjejaki mana-mana individu warga China yang disyaki melanggar arahan kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja […]
Berita
TERKINI: Agong Berkenan Membatalkan Pelantikan Semua Menteri Atas Nasihat PM
Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet atas nasihat Perdana Menteri. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, baginda membatalkan pelantikan menteri-menteri selaras Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa hari ini. Lantaran itu, tugas-tugas Anggota Pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, para Menteri dan […]
Berita
Situasi Semasa Politik Tanah Air, Polis Pantau Keselamatan Ibu Kota
Kuala Lumpur : Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara terus terjamin, susulan senario politik semasa dan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Orang ramai dinasihati supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara […]
Berita
(Video) Laungan “Hidup Tun…Hidup Tun” Iringi Mesyuarat Tergempar BERSATU Malam Ini
Kuala Lumpur, 24 Feb – Ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat parti berkenaan disambut dengan laungan “Hidup Tun”. PPBM sedang mengadakan mesyuarat tergempar malam ini tanpa kehadiran Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir. Mesyuarat tersebut turut dihadiri dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof […]
Berita
Kedudukan Terkini Kerusi Parlimen Selepas BERSATU, Beberapa MP PKR Keluar PH
Situasi politik Malaysia yang memanas sejak beberapa hari lalu menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dibuat pemimpin-pemimpin politik tanah air antaranya keputusan BERSATU dan beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR mengambil keputusan keluar dari Pakatan Harapan. Jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14 dengan menewaskan Barisan Nasional (BN), kali pertama sejak Merdeka, keputusan […]
Berita
“Semoga Pemenangnya Adalah Rakyat, Tanah Air Kita Malaysia Dan Demokrasi”- Tok Mat
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat sebentar tadi telah memuat naik satu perkongsian mengenai situasi semasa politik tanah air. ”Apa yang berlaku kelmarin dan beberapa hari mendatang akan mendatangkan dampak besar kepada Malaysia. ”Dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, semoga pemenangnya adalah […]
Berita
Ramasamy Percaya Dr Mahathir Bukan Dalang
Kuala Lumpur : Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy yakin Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah individu yang menjadi dalang di sebalik gerakan pengaturan semula landskap politik negara. Katanya Dr Mahathir tidak akan meletak jawatan sebagai perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini sekiranya gerakan itu adalah rancangannya. “Saya tidak […]
Berita
Agong Lantik Semula Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Sementara
Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara. Kenyataan tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki b Ali sebentar tadi. Terdahulu, Tun Mahathir telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri siang tadi dalam percaturan politik beliau dalam kerajaan […]
Berita
Kerajaan Terbubar, Terserah Kepada Agong Buat Keputusan- Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara automatiknya terbubar selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri hari ini, kata penganalisis politik. Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata mengikut amalan biasa sistem demokrasi, apabila perdana menteri meletak jawatan maka secara tidak langsung jawatan jemaah menteri juga terbubar dan berlaku […]
Berita
Malaysia Tuan Rumah APEC 2020, Jepun Beri Sokongan Padu
Kuala Lumpur : Jepun akan menyokong penuh Malaysia sebagai tuan rumah sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020, menerajui proses APEC ke arah menuju wawasan baharu untuk 21 negara anggota, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka. Berucap pada sambutan ulang tahun ke-60 Maharaja Naruhito, di kediamannya di sini Khamis, beliau berkata sejak sekian […]
Berita
(Video) Tun Mahathir Tinggalkan Istana Selepas Sejam Menghadap Yang Dipertuan Agong
Setelah menghadap Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selama kira-kira satu jam, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan istana sebentar tadi. Beliau melalui Pintu 1 meninggalkan perkarangan bangunan itu menuju ke rumahnya di Seri Kembangan. Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial tiba di kediamannya di Seri Kembangan pukul 6.40 petang dari […]
Berita
Perkembangan Politik Terkini Ubah Komposisi Kerusi Di Parlimen
Kuala Lumpur : Perkembangan terkini landskap politik negara dengan beberapa pengumuman mengejutkan hari ini mengubah komposisi kerusi di Dewan Rakyat khususnya membabitkan kedudukan kerusi milik Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan. Setakat 5 petang ini, PH kini mempunyai 92 kerusi Parlimen, berikutan tindakan 11 daripada 50 anggota PKR keluar parti dan Bersatu yang mempunyai 26 wakil rakyat mengumumkan keluar […]
Berita
(Video) “Kamu Panggil Ini Game of Thrones, Semua Drama Politik Ini Tak Perlu”- Lim Guan Eng
Kuala Lumpur, 24 Feb – Setiausaha Agung Parti DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan sebahagian besar ahli politik pada hari ini sebagai manipulasi yang tidak bertanggungjawab. “Ini melanggar perlembagaan dan amalan demokratik. Ini adalah cubaan untuk berkompromi dengan keinginan rakyat, ini bukan demokrasi,” katanya. Tambah beliau, helah tersebut ibarat drama yang tidak diperlukan, sebaliknya ahli […]