Berita
Terkini: China Hapuskan 18,000 Ekor Ayam Lagi, Elak Wabak H5N1 Menular
Sebuah bandar di Wilayah Hunan China melaporkan bahawa hampir 18,000 ekor ayam dimusnahkan selepas wabak selesema burung H5N1 yang dilaporkan oleh Kementerian Pertanian Dan Hal Ehwal Luar Negeri China. Kenyataan itu tidak mengatakan tempoh wabak itu berlaku dan ketika pemusnahan itu berlaku. Selesema burung yang melibatkan 4,500 telah mati akibat krisis ini. Dengan itu, bandar […]

(Video) Hanya Ambil Masa 10 Hari, China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua
Bimbang wabak Koronavirus semakin meningkat, China dijangka membuka sebuah hospital di bandar tersebut kerana bilangan orang yang dijangkiti terus meningkat. Pada minggu lalu, Hospital khas telah dibina di Wuhan dalam jangka masa 48 jam dengan menyediakan 1,000 katil untuk merawat pesakit turut dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan internet. Sebuah lagi hospital telah dibina khas […]
Koronavirus: Kerajaan Rusia ‘Halang’ Keretapi Bertolak Ke China
Pihak kerajaan Rusia akan menangguhkan perjalanan keretapi ke China dari tengah malam hingga diberitahu notis pergerakan semula tren tersebut akibat daripada wabak koronavirus. Laluan Beijing ke Moscow merupakan antara perjalanan keretapi yang digantung. Menurut pihak kerajaan Rusia, mereka akan menanggung sepenuhnya kerugian tiket yang tidak digunakan itu. Sumber: Reutres

China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi ‘Dihapuskan’, Cegah Virus Terus Merebak
China telah melarang sebarang upacara pengebumian dan lain-lain aktiviti yang membabitkan mayat mangsa novel koronavirus yang berasal dari Wuhan mengikut peraturan percubaan baru yang dikeluarkan pada hari sabtu untuk memperlahankan penyebaran, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China mengeluarkan peraturan baru pada hari sabtu yang menyatakan bahawa semua mangsa yang terkorban kerana koronavirus mesti dibakar di kemudahan […]

Pesara Doktor 86 Tahun Berkerusi Roda Korban Nyawa Demi Rawat Pesakit Di Wuhan
Seorang doktor berusia 86 tahun dianggap sebagai wira apabila mengabaikan statusnya sebagai pesara dan turun padang untuk merawat pesakit koronavirus. Profesor Dong dari Wuhan, China dikatakan telah bersara selama bertahun-tahun, namun kembali bertugas setelah wabak koronavirus melanda wilayah itu. Apa yang lebih mengagumkan, dia memberikan khidmat dengan menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berdiri serta […]

Warga Emas Digelar Ahli Sihir Kerana Miliki 31 Jari Tangan Dan Kaki
Seorang wanita yang dilahirkan dengan 31 jari tangan dan kaki telah menjalani hidupnya dengan hanya menyorok di dalam rumah selepas digelar sebagai ahli sihir oleh jiran-jirannya. Wanita 63 tahun itu mempunyai polydactylism iaitu suatu kelainan biasa semasa kelahiran di mana individu tersebut mempunyai jari dan kaki tambahan. Dengan 19 jari kaki dan 12 jari tangan, […]

Terpaksa Tinggalkan Suami Demi Nyawa Lain, Misi Doktor Ini Ke Wuhan Cetus Sebak
Wabak koronavirus menjadi kebimbangan kepada masayarakat dunia pada masa kini sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai ‘kecemasan kesihatan global’. Pengisytiharan tersebut memperlihatkan betapa gentingnya jangkitan virus ini. Pelbagai kisah yang boleh disaksikan di media sosial rentetan daripada bermulanya virus tersebut di Wuhan, China. Para doktor dan petugas di hospital menjadi individu terpenting […]

Indonesia Kuarantin 238 Rakyat Dari Wuhan Di Pulau Natuna
Indonesia hari ini mengevakuasi 238 warganya dari wilayah Hubei, China, dan menempatkan mereka di Pulau Natuna bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari. Pesawat komersial penerbangan Batik Air yang membawa warga Indonesia dari Wuhan itu mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam, kira-kira pukul 8.45 pagi waktu Indonesia Barat. Beberapa media tempatan melaporkan kesemua mereka […]

Gambaran Visual X-Ray Mengejutkan Wanita Dijangkiti Koronavirus
Pemeriksaan X-ray pada seorang wanita berusia 33 tahun sangat mengejutkan apabila ia menunjukkan kesan daripada koronavirus pada paru-parunya. Wanita itu tiba di hospital di Lanzhou, China, dengan suhu 102F dan pernafasan ‘kasar’ selepas mengalami batuk selama lima hari. Dia telah pergi ke Lanzhou sehari sebelum gejala-gejala telah bermula dan bekerja di Wuhan. Doktor mendiagnosisnya dengan […]
“Tolong Bawa Anak Saya,” Ibu Gadis Kanser Merayu Tengah Jalan Yang Disekat Minta Bawa Anak Ke Hospital
Seorang ibu yang dikenali sebagai Lu telah merayu kepada pihak berkuasa agar anaknya diberikan rawatan susulan bagi penyakit kanser yang dihidapinya. Wanita berkenaan bertindak sedemikian selepas anak perempuanya yang berusia 26 tahun tidak mendapatkan rawatan kemoterapi di hospital-hospital di Wuhan ekoran daripada wabak virus berkenaan. Bagi mengawal wabak koronavirus di China, pihak berkuasa telah melakukan […]
Langkah Memerangi Geng ‘Palatau’ Koronavirus
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Sejak akhir-akhir ini istilah ‘palatau’ menjadi popular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Istilah yang dikatakan berasal daripada gabungan perkataan ‘kepala tahu’ diguna untuk merujuk kepada seseorang yang suka bercakap tentang sesuatu perkara seakan-akan dia seorang pakar sedangkan dia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan perkara yang dikatakan. […]

(Video) Nyaris Digilis, Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya
Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya kerana keadaan fizikal kenderaan itu yang kecil. Risiko tersebut lebih besar sekiranya pengguna menggunakan laluan di lebuhraya dek kerana jumlah kenderaan yang lebih banyak. Banyak kemalangan telah dilaporkan melibatkan motosikal yang terbabas di atas lebuhraya. Antara yang terbaru ialah seperti yang dikongsikan di Facebook […]
Terkini: Kematian Pertama Koronavirus Di Luar China Dilaporkan Di Filipina
Terbaru, satu kes kematian disebabkan wabak Koronavirus di luar negara China dilaporkan berlaku di Filipina. Kematian tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang disahkan sebagai orang kedua menghidap virus berkenaan. Individu itu dilaporkan telah meninggal dunia pada 1 Februari 2020. A 44-year-old male is confirmed as the second person with the 2019 novel coronavirus […]
Peminat Dakwa ‘The Simpsons’ Dah Ramal Koronavirus Sejak 27 Tahun Lalu
Peminat kartun The Simpsons mendakwa bahawa rancangan kartun tersebut telah meramalkan wabak koronavirus 27 tahun yang lalu. Dalam satu episod dari tahun 1993, satu virus yang dikenali sebagai Osaka Flu merebak melalui Springfield selepas penduduk membeli juicers dari Jepun. Dakwaan tersebut mula berlegar di media sosial selepas peminat animasi tersebut memuatnaik persamaan diantara episod tersebut […]

Koronavirus: Angka Korban Meningkat 304 Orang, Lebih 14,000 Kes Jangkitan Di China
Sejumlah 304 orang telah meninggal dunia akibat coronavirus di tanah besar China pada akhir hari Sabtu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara. Majoriti kematian telah terjadi di wilayah Hubei, di mana Wuhan adalah ibukota kepada 11 juta orang serta merupakan ‘pusat’ wabak itu. BREAKING: 45 new coronavirus deaths, as number of fatalities rises to 304. — The […]

Terkini: China Sahkan Wabak Baru H5N1 Di Hunan, 4,500 Ekor Ayam Mati
China telah melaporkan kejadian selsema H5N1 dengan patogen yang sangat tinggi di sebuah ladang di Shaoyang, wilayah selatan Hunan. Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri pada Sabtu (1 Feb). Kes ini melibatkan 7,850 ekor ayam yang mana 4,500 di antaranya telah mati akibat selsema burung. Pihak berkuasa telah memusnahkan […]
Niat Nak Ambil Botol Jatuh, Kekasih Isteri ‘Kantoi’ Bermalam Bawah Katil
Seorang lelaki dilaporkan telah meninggal dunia selepas dibelasah teruk oleh orang kampung di daerah Kabupaten Kupang, Indonesia. Perkara itu adalah ekoran daripada hubungannya bersama seorang wanita yang sudah berkahwin diketahui oleh suami. Sebelum kejadian itu, mangsa telah memasuki rumah kekasihnya ketika wilayah tersebut mengalami masalah elektrik. Kemudiannya, dia telah menyelinap ke bilik wanita itu dan […]

Nissan Bakal Buang 4,300 Pekerja, Tutup Dua Buah Kilang
Nissan sedang merancang pemotongan kos yang agresif untuk menangani kemerosotan jualan yang tidak dijangka. Pembuat kereta kedua terbesar di Jepun itu menetapkan untuk membuang sekurang-kurangnya 4,300 pekerjaan kolar putih dan menutup dua kilang. Berdasarkan pelan itu, Nissan bakal mengurangkan kos operasi sekitar RM18 bilion dan pengurangan ini dijangka diteruskan sehingga 2023. Kebanyakan rancangan pengurangan tersebut […]

Terkini: Bomba Australia Diminta Larikan Diri, Terpaksa Biar Api Terus Marak
Dua kebakaran belukar yang berlaku di Canberra pada minggu ini sangat ganas sehingga dikatakan membentuk sistem cuaca mereka sendiri serta kru bomba terpaksa melarikan diri. Menurut laporan, kebakaran lembah Orroral yang sebesar 33,000 hektar tidak terkawal dan sangat berbahaya untuk ‘ditempur’. Penduduk telah diberitahu untuk melarikan diri kerana dua kebakaran yang tidak terkawal itu boleh […]
(Video) Rakaman Tular 20 Orang Pesakit Koronavirus Sembuh Bersorak Keluar Hospital
Novel Koronavirus yang melanda beberapa buah negara menjadi semakin membimbangkan apabila angka kematian meningkat kepada 259 orang di China. Namun, terbaru rakaman 20 orang pesakit dikatakan telah sembuh tersebar di laman media sosial. Pesakit-pesakit itu dirakam bersorak gembira kerana dipercayai terselamat daripada ancaman virus. https://videos.dailymail.co.uk/video/mol/2020/01/31/6908323951380940286/640x360_MP4_6908323951380940286.mp4 Hospital Jinyintan merupakan salah sebuah kemudahan utama yang merawat […]