Berita

Luar Negara
Itali Isytihar Darurat Selepas Dua Pelancong Warga China Positif Koronavirus
Kerajaan Itali telah mengisytiharkan darurat berikutan dua pelancong China di Rom disahkan positif koronavirus. Pasangan suami isteri itu dikatakan telah tiba di Milan pada 23 Januari dan menghabiskan 10 hari terakhir lawatan ke Itali, termasuk berhenti di Parma. Pasangan ini telah diasingkan di hospital Spallanzani di Roma iaitu sebuah pusat pakar untuk merawat penyakit berjangkit. […]
Tragedi
3 Maut Termasuk Bayi Lelaki Dalam Nahas Libatkan Dua Buah Kereta
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini. Dua lagi cedera dalam kejadian itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah […]
Berita
Koronavirus Mula ‘Serang’ United Kingdom,Sahkan Kes Pertama Jangkitan
LONDON, 31 Jan (Bernama) — Dua kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat. “Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus,” lapor agensi berita Anadolu memetik ketua pegawai perubatan untuk England, Chris […]
Berita
‘Ustaz’ Didakwa Jual Syabu Kepada Pelajar Untuk Lebih Mudah Baca Al -Quran
Petik daripada laporan The Jakarta Post, seorang guru agama di Kwanyar, Kabupaten di Jawa Timur yang ditahan polis kerana dikatakan menjual methamphetamine (syabu) kepada pelajarnya. Bukan itu sahaja, guru ini turut mendakwa syabu berkenaan tidak dilarang dalam Islam. Guru yang berusia 46 tahun ini merupakan seorang guru pengajian Islam yang mengajar di sekolah asrama Islam […]
Berita
Malaysia Proaktif Sebelum Pengisytiharan WHO – Dr Dzulkefly
PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) — Malaysia sudah mengambil langkah ke hadapan dan proaktif dalam mencegah penularan jangkitan 2019 novel koronavirus sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap virus tersebut. Malah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia turut mengemudi ASEAN Emergency Operation Centre Network for public health emergencies (ASEAN EOC […]
Berita
Bazar Peduli Rakyat Negeri Sembilan Catat Jualan Lebih RM126,000
JELEBU, 31 Jan (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan merekodkan nilai jualan sebanyak RM126,876 menerusi program Bazar Peduli Rakyat (BPR), tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir. Beliau berkata ia merupakan hasil keseluruhan jualan direkodkan melibatkan enam kali penganjurannya di negeri ini sejak ia bermula Mei […]
Berita
Koronavirus: Singapura Tutup Pintu Masuk Untuk Semua Pelancong Dari China
Singapura akan menutup semua pintu masuk khususnya kepada pelancong dari China, termasuk pelancong asing yang pernah berkunjung ke China sepanjang 14 hari yang lepas. Singapura kini merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang berbuat demikian bagi membendung penyebaran koronavirus. China merupakan antara rakan dagangan terbesar Singapura dan kebanyakan pelancong dari China gemar memilih Singapura sebagai […]
Berita
Tiada Sekatan Import Makanan Dari China – Salahuddin
MARANG, 31 Jan (Bernama) — Tiada sekatan ke atas pengimportan makanan dari China setakat ini, meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub, bagaimanapun berkata kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan tetap melakukan pemeriksaan […]
Berita
Rapid KL Sedia Perkhidmatan Bas Khas Sempena Thaipusam
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan dua perkhidmatan bas khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan sambutan Thaipusan pada 7 dan 8 Feb ini di Batu Caves. Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan selama dua hari itu menyediakan 20 buah bas untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke […]
Berita
OP Selamat: 195 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh 13 Hari
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 195 kematian direkodkan daripada 177 kes nahas maut yang berlaku sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Jan lepas hingga semalam, sempena Tahun Baru Cina. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian yang paling tinggi dengan 127 mangsa. Sementara Selangor kekal merekodkan […]
Berita
Tiga Teras Utama Bangunkan Sabah, Rakyat Sejahtera
SEMPORNA, 31 Jan (Bernama) — Keselamatan, kesihatan dan pendidikan menjadi teras keutamaan kerajaan negeri dalam membangunkan Sabah dan memastikan rakyat sejahtera, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong. Beliau berkata tanpa ketiga-tiga teras itu, usaha kerajaan untuk memajukan negeri akan berdepan kesukaran dan ia juga memerlukan kerjasama semua pihak. Dari aspek kesihatan misalnya, beliau berkata jika ramai rakyat […]
Berita
MOA Salur RM92,235 Bantu 47 Peladang Terjejas Akibat Bencana Alam Di Terengganu
SETIU, 31 Jan (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyalurkan RM92,235 daripada Tabung Bencana Tanaman Padi untuk membantu 47 peladang di Terengganu yang terjejas akibat bencana alam sepanjang tahun lepas. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM51,051 diagihkan kepada 18 pesawah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu yang terjejas banjir […]
Berita
USM Minta Pelajar Pulang Dari China Jalani Pemeriksaan Kesihatan
GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) — Universiti Sains Malaysia (USM) meminta pelajarnya yang kembali daripada cuti semester atau baru pulang dari China untuk menjalani saringan kesihatan setempat sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. USM dalam kenyataan hari ini turut menasihati seluruh warganya supaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang perlu dan membuat pemeriksaan jika mempunyai simptom-simptom termasuk demam selsema. “Pihak universiti sentiasa peka dengan […]
Berita
Filipina Sahkan Kes Pertama Novel Kononavirus
MANILA, 31 Jan – Filipina pada Khamis mengesahkan kes pertama jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) membabitkan seorang wanita China berusia 38 tahun, lapor agensi berita Xinhua. Perkara itu disahkan Setiausaha Kesihatan Filipina Francisco Duque pada satu sidang media dan mengatakan wanita itu tiba di Filipina dari Wuhan, China melalui Hong Kong pada 21 Jan. Wanita itu […]
Travel
Penerbangan Pulau Pinang – Chengdu : Kerajaan Negeri Akan Susul AirAsia
GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang akan membuat susulan dengan AirAsia tentang cadangan syarikat penerbangan itu untuk mengadakan laluan baharu antara Pulau Pinang dan Chengdu China dalam situasi wabak novel coronavirus yang melanda negara itu sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Yeoh Soon Hin berkata penerbangan terus itu dijadualkan bermula pada 8 […]
Berita
Kerajaan Negeri Salur RM1.2 Juta Baiki Trek Olahraga Stadium
KUALA TERENGGANU, 31 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta bagi membaik pulih trek olahraga di sekeliling padang bola sepak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abd Karim berkata ia bagi merealisasikan hasrat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) […]
Berita
Palestin Bukan Untuk ‘Dijual’ – Duta
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata, Baitulmaqdis dan seluruh negara itu merupakan hak milik mutlak rakyat Palestin dan bukan untuk ‘dijual’ kepada mana-mana pihak. Beliau berkata Palestin akan terus memperjuangkan impian rakyatnya untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka bagi menikmati sistem demokrasi dan kebebasan demi keamanan bersama. Walid berkata demikian kepada […]
Berita
KPDNHEP Pulau Pinang Kesan Dua Syarikat Guna Perisian Salinan Langgaran
BUKIT MERTAJAM, 31 Jan (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesan dua syarikat yang menggunakan perisian salinan langgaran dalam operasi yang dijalankan di Seberang Jaya dan Perai di sini semalam serta Rabu. Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Seberang Perai Tengah (SPT) Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata dalam pemeriksaan pertama pada […]
Berita
Polis Berkas Lima Lelaki Disyaki Larikan Seutas Rantai Leher RM35,000
PORT DICKSON, 31 Jan (Bernama) — Polis memberkas lima lelaki yang disyaki melarikan seutas rantai leher emas berharga RM35,000 daripada sebuah kedai emas di Jalan Baharu di sini, dalam kejadian 22 Jan lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berusia antara 25 dengan 36 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi […]
Berita
30,000 Penutup Hidung, Mulut Untuk Sekolah Rendah Parlimen Stampin – Chong
KUCHING, 31 Jan (Bernama) — Sebanyak 30,000 penutup hidung dan mulut akan diedarkan di semua sekolah rendah di kawasan Parlimen Stampin, dalam usaha membendung penyebaran 2019 novel koronavirus. Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata pengagihan penutup hidung dan mulut itu dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini dan jumlahnya akan ditambah sekiranya terdapat permintaan. “Kami berharap program kecil ini […]