Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Maut Termasuk Bayi Lelaki Dalam Nahas Libatkan Dua Buah Kereta

Sumber: Facebook

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.57 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas itu.

Sumber: Bernama