Berita
Bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser. Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam. “Doakan Allah redha, beri […]
(Video) Pelik Tapi Unik, Spesies Cacing Ini Jadi Lagi Banyak Bila Badannya Dipotong
Saintis membuat anggaran terdapat kira-kira 8.7 juta spesies di dunia ini dengan 1 hingga 2 juta daripadanya adalah dari kategori haiwan. Spesies-spesies ini datang dengan keunikan tersendiri dari cara makan, membiak dan melindungi diri. Baru-baru ini, laman Amazing Science berkongsi satu video menakjubkan menunjukkan bagaimana seekor cacing spesies Planaria sp boleh menjadi dua, tiga atau […]
Penerbangan Ditunda Dan Dilencongkan Setelah Menara Kawalan Changi Airport Terpaksa Dikosongkan
SINGAPURA, 23 Jan (Bernama) — Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi Singapura terganggu pada 12.10 tengah malam tadi setelah Menara Kawalan Changi terpaksa dikosongkan. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menara kawalan itu terpaksa dikosongkan berikutan sistem halangan kebakaran diaktifkan. Operasi penerbangan pulih pada pukul 1.40 pagi apabila menara kawalan itu kembali beroperasi, jelas […]
Penyelidik Dakwa Mungkin Koronavirus Di Wuhan Berpunca Dari Ular Dan Tersebar Kepada Manusia
Susulan daripada penularan wabak koronavirus yang berlaku di Wuhan telah membawa pelbagai penyelidikan untuk membendung penularan wabak tersebut terus mengganas. Dalam kes wabak koronavirus 2019 ini, laporan menyatakan bahawa kebanyakan kumpulan pertama pesakit yang menjual daging yang diproses seperti keldai, biri-biri, babi, musung,tikus, landak dan reptilia. Walau bagaimanapun, sejak tiada siapa yang pernah melaporkan mencari […]

Dah Beli Rumah? Wanita Ini Kongsi Bajet Lengkap Sebelum Korang Masuk Rumah Baru
Siapa sahaja yang tidak teruja untuk pindah masuk ke rumah baru. Namun begitu, kos untuk permulaan masuk rumah baru boleh menjadi beban hutang yang baru jika seseorang itu gagal untuk menguruskannya dengan betul. Ikuti bebenang yang disediakan oleh @Sophiealyahya yang berkongsi info tentang bajet permulaan masuk ke rumah baru. BERAPA BAJET SAYA KENA SEDIAKAN UNTUK […]

“Saya Restu Dia Peluk Islam Dan Minta Suami Jadikannya Wanita Muslimah Sebaik-Baiknya” – Ibu
Bukan mudah jika ada antara ahli keluarga yang menukar agama atau menganut agama lain selain dari agama yang diamalkan oleh keluarga. Menerusi perkongsian di Facebook Anty Kilin, wanita ini telah berkongsi kisah tentang dua anak perempuannya yang berlainan agama. Kisah beliau ini boleh dijadikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang mungkin berhadapan dengan situasi […]
Wabak Koronavirus: China Kenakan Perintah Kuarantin Di Wuhan – KKM
KUALA LUMPUR, 23 Jan – China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan, susulan penularan wabak koronavirus. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di situ juga tidak dibenarkan keluar. “Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Jan. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan […]
“Mama Meninggal Dekat Nenek”, Ditanya Siapa Anak Yatim, Jawapan Budak Darjah 1 Buat Cikgu Pening Kepala
Menjadi guru atau cikgu bukanlah suatu tugas yang mudah. Selain daripada menyampaikan ilmu, guru juga diamanahkan untuk mendidik anak bangsa bagi menjadi insan yang berguna kepada negara. Seperti yang diketahui, seorang guru perlu menjaga berpuluh-puluh murid didalam kelasnya. Disebabkan murid yang ramai, jadi guru ini terpaksa melayani kerenah serta telatah anak muridnya itu. Seorang cikgu […]

Toyota Dan Honda Bakal Panggil Semula Jutaan Kereta Ekoran Masalah Beg Udara
Dua pengeluar kenderaan terbesar Jepun, Toyota (TM) dan Honda (HMC), ‘memanggil’ semula berjuta-juta kereta keluaran mereka kerana dikhuatiri terdapat masalah pada bahagian beg udara. Menurut Toyota pada Selasa, mereka akan memanggil semula 3.4 juta kereta kerana terdapat potensi kerosakan yang boleh menyebabkan kegagalan perlindungan kepada pengguna ketika kemalangan. Antara model yang terjejas melibatkan negara Amerika […]

Pernah Digelar Kanak-Kanak Paling ‘Besar’ Di Dunia, Arya Permana Berjaya Turunkan Berat 110kg
Pernah digelar sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia, Arya Permana yang kini telah berusia 13 tahun pernah mengalami obesiti yang teruk sehingga berat badannya mencecah 193 kilogram. Akibat berat badannya yang berlebihan, Arya tidak mampu bergerak dengan banyak apalagi untuk pergi ke sekolah. Tidak mahu lagi berterusan dalam keadaan begitu, Arya bertekad untuk membuat perubahan […]

Majlis Kahwin Anak Bulan Depan, Ibu Dengan Bapa Pengantin Dipercayai Hilang Larikan Diri
Bagaikan filem Hindustan, sepasang kekasih terpaksa membatalkan perkahwinan mereka selepas bapa pengantin lelaki melarikan diri bersama ibu pengantin perempuan untuk ‘menghidupkan’ kembali percintaan lama mereka. Pasangan yang telah setahun lebih berkenalan itu sepatutnya mengikat tali perkahwinan pada minggu kedua bulan Februari nanti di Surat, India. Pun begitu, ibu dan bapa mereka telah 10 hari melarikan […]
“Minta Tutup Meter Dan Pemilik Premis Keluar”, Polis Buru Penyamun Menyamar Kontraktor TNB
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Polis memburu seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang giat membuat pemeriksaan di premis sebelum mencuri dan menyamun barang berharga. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai kontraktor syarikat bekalan elektrik itu […]

Letupan Kuat Di Gua Musang Adalah Daripada Latihan Jet Pejuang – Polis
Gua Musang : Polis Gua Musang meminta penduduk tidak panik apabila mendengar letupan kuat sekitar sini hari ini kerana ia merupakan sebahagian daripada siri latihan jet pejuang di daerah berkenaan. Ketua Polis Daerah Supt Mohd Taufik Maidin berkata pihaknya sudah dimaklumkan lebih awal berhubung latihan yang melibatkan jet pejuang dari pangkalan udara Gong Kedak, Terengganu. ”Dalam latihan […]
Model Hijabista Buka Tudung Dikecam, Artis Antarabangsa Tampil Beri Sokongan
Tular di media sosial Twitter, seorang model hijabista terkenal negara yang dikatakan membuka hijab ketika bercuti bersama rakan-rakannya di negara jiran, baru-baru ini. Gambar tersebut yang dimuat naik oleh seorang netizen di Twitter, tersebar secara meluas sejak petang tadi apabila dikongsikan oleh rata-rata netizen dan pengikut beliau. Setelah menerima kecaman bertubi-tubi oleh warganet, gadis berkenaan […]
(Video) Nak Bagitahu Lulus ‘Audition’, Gadis Luluh Panggilan Dijawab Dengan Khabar Kematian Ibu
Sebak dan menyentuh emosi. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang gadis yang terpaksa berdepan dengan kehilangan ibu tersayang dalam keadaan yang tidak dijangka. Siti Nur Jannah yang berusia 14 tahun, menyertai ujibakat sebuah program nyanyian di Indonesia baru-baru ini. Menerusi rakaman video yang dimuat naik, gadis tersebut yang mempunyai suara yang lunak, kelihatan […]
(Video) “Itu Iktibar..,” Suara Dipercayai Bisikan Misteri Selepas Kemalangan Cetus Seram
Memandu atau menunggang motosikal pada waktu malam kadang-kala memberikan rasa seram kepada sesetengah orang. Bukan sahaja khuatir dengan kebarangkalian yang mungkin berlaku, malah pengguna jalan raya juga boleh terdedah kepada kejadian mistik. Begitulah situasi yang boleh digambarkan menerusi satu kejadian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Perkongsian daripada akaun Twitter @rahmankayy mengundang unsur mistik apabila […]

JKM Timur Laut Cari Ibu Kepada Kanak-Kanak Perempuan Indonesia
George Town : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia lapan tahun yang ditinggalkan ibunya kepada seorang penjaga di George Town, di sini tanpa dokumen sah. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Noor Azura Ahmad berkata pihaknya sedang mengesan ibu kandung kanak-kanak dikenali sebagai Eeng, pasport bernombor AK968902 yang […]

“Saya Bukanlah Bodoh Sangat.. Tolonglah..” – Najib
Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang beliau “bukanlah bodoh sangat” untuk terus mengekalkan bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil hanya kerana lelaki itu menguruskan pergerakan wang ke dalam akaun bank peribadinya. ”Saya bukanlah bodoh […]

Terminal Bas Akan Laksana Sistem Beli Tiket Tanpa Tunai
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) — Kementerian Pengangkutan sedang berusaha untuk memastikan semua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara dapat melaksanakan sistem pembelian tiket menggunakan e-dompet, sekali gus menyokong agenda ‘cashless society’ atau masyarakat tanpa tunai yang didukung kerajaan. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata bagaimanapun, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan terdapat terminal yang […]

Diskaun 10 Peratus Di Jambatan Kedua Pulau Pinang Sempena Tahun Baharu Cina
Batu Kawan : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Ketua Pegawai Eksekutif JKSB Faisal Shahbudin berkata kadar diskaun itu bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Jan. “Diskaun ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat […]