Berita
“Tiada Dalam Asas Undang-Undang,” Indonesia Tolak Tuntutan China Terhadap Perairan Natuna
Indonesia menolak jemputan kerajaan China untuk mengadakan rundingan dialog untuk ‘menguruskan perselisihan faham’ ke atas zon Ekonomi Eksklusif Indonesua (EEZ) di laut Natuna Utara. Kerajaan China mendakwa tidak terdapat pertindihan tuntutan di kawasan tersebut. Susulan pendedahan mengenai gelombang kegiatan haram oleh pegawai pantai dan kapal nelayan China di perairan Natuna pada minggu lalu. Indonesia memanggil […]
“Terpaksa Tangguh Yuran Anak,” Guru Kongsi Perih Wanita Bayar Yuran Enam Orang Anak
Keterujaan kanak-kanak memasuki sesi persekolahan pada tahun 2020 sememangnya sesuatu yang mengembirakan tenaga pendidik dan ibu bapa. Namun begitu, disebalik keterujaan itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang terjerumus dalam kekangan kewangan untuk membayar yuran persekolahan. Begitulah yang dikongsikan melalui akaun Twitter Musyetaq, apabila terdapat seorang ibu yang tidak dapat membayar yuran persekolahan anaknya secara […]
KPWKM Teruskan Kerjasama Dengan NGO Hasilkan Video Pendidikan Seks
PETALING JAYA, 7 Jan (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghasilkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform dalam talian pada tahun ini. Timbalan menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata kerajaan percaya dengan penggunaan platform itu, ia dapat mendidik golongan muda, selain mendedahkan mereka cara […]
PBT Boleh Pohon Peruntukan Bina Kawasan Khas Merokok
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) — Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ingin membina kawasan khas merokok di tempat-tempat awam dalam kawasan masing-masing boleh membuat permohonan peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata sebanyak 155 PBT di seluruh negara boleh membina kawasan khas merokok di tempat-tempat awam terpilih terutamanya di medan selera. “KPKT akan […]

Gempa Kuat 6.3 Skala Richter Guncang Aceh, Gegaran Dirasai Sekitar Pulau Pinang
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter telah dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia sebentar tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada pukul 2:05 petang waktu tempatan itu berlaku dengan jarak 67 KM Tenggara dari Simeulue, Indonesia. https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/2564199466963334?__xts__[0]=68.ARBicXGHeK1nmQFuqe6AYQVoBG9wSCFQpuzVyIsZHj7-HA3Joq9K4dSR1EvL0eb57pPN9S0HEDgvUTSak8SluAJmDS3JSxhg9LnYTFvI-O_gcjLp9oxcjWmS7r6HcNTIlcGlF41FSgQR5-33-Tcov1pfVF4UJfo7vJbDUNuVuEmvIr1YyMJ6OX2RWLYPh9KOCUhnpnTuMN2m7mkgjFZrNzrX_UU8ZZByZhLYGY5–yup9C_rMeneZ1vrJva85fCM_GXZAfHdA6ODZzPNoj5Xz2X6i4Xy1Jqw7YkOHqtqaDaxkEa_gU8LZ-t95P0-4AGt7LL3nrKR9_YtHKmRpWginboZXQ&__tn__=-R Gempa bumi dengan kedalaman 37 KM itu bagaimanapun turut dirasai gegarannya di sekitar Pulau […]

Skandal 1MDB: Pendengaran Lucut Hak Wang Jakel Trading Pada 7 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Feb untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak wang berjumlah RM628,314 disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jakel Trading yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul […]
Tunggu Mangsa Luar Kelab Malam, Bawa Balik Rumah, ‘Lelaki Predator’ Dipenjara 136 Kes Rogol
Seorang lelaki dari Indonesia yang dianggap sebagai ‘perogol paling prolifik dalam sejarah undang-undang British’ telah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangya 30 tahun dalam satu perbicaraan di Manchester Crown Court. Lelaki tersebut dihadapkan dengan 159 kesalahan seksual terhadap 48 mangsa lelaki di Manchester. Lelaki yang sedang melanjutkan pelajaran PHD di University of Leeds itu juga menghadapi 136 […]
(Video) Amerika Syarikat Beri Amaran, Pamer Kekuatan Pesawat Tempur Hadapi Perang
Sejak kebelakangan ini, konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Iran telah menjadi topik hebat dalam kalangan komuniti dunia. Konflik ini menjadi lebih parah apabila Mejar Jeneral Qassim Suleimani terbunuh dalam serangan udara yang diarahkan oleh Donald Trump. Malah, komuniti dunia menyuarakan kebimbangan sekiranya berlaku perang dunia ketiga. Sementara itu, Tentera Udara Amerika Syarikat nampaknya telah […]
(Video) Misteri Mungkin Terbongkar, Dokumentari MH370 Dedah Dakwa ‘Wanita’ Hubungi Penumpang Sebelum Terhempas
Kembali menjadi bualan komuniti dunia mengenai misteri kehilangan MH370 setelah satu dokumentari mendedahkan seorang wanita misteri yang dapat memberikan petunjuk. Menerusi pratonton MH370: The Untold Story, seorang pakar mendakwa bahawa mereka telah mengesan seorang ‘wanita misteri’ yang telah menghubungi seseorang dalam pesawat itu. Wanita itu didakwa telah menghantar mesej kepada seorang lelaki dua hari sebelum […]
Kapal China Berkeliaran, Indonesia Arah Empat Kapal Perang Ke Natuna
Indonesia mengarahkan empat kapal perang tambahan ke Pulau Natuna selepas kapal milik China enggan meninggalkan kawasan itu. Kapal perang tersebut akan menyertai empat kapal lain yang sedang meronda di kawasan Natuna berhampiran Laut China Selatan yang menjadi pertikaian. “Kami sudah mempunyai empat kapal perang di sana, jadi esok akan ada lapan kapal perang di perairan. […]
Usia Baru 11 Bulan, Disahkan Kurang Gula Dalam Badan Yang Teruk Bergantung Suntikan Seumur Hidup
MACHANG, 6 Jan – Usianya baharu mencecah 11 bulan namun sudah menanggung penderitaan apabila terpaksa bergantung hidup dengan suntikan ‘Octreotide’ seumur hidup selepas disahkan menghidap penyakit ‘Congenital Hyperinsulinism’. Nur Shazia Airis Mohd Syazwan, kini berusia 11 bulan disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir selepas organ pankreasnya menghasilkan hormon insulin berlebihan, menyebabkannya mengalami kekurangan paras gula dalam […]
Tragedi Dahsyat, Punca Kebakaran Australia Dibongkar, Masih ‘Menyala’ Dan Tak Pernah Padam Sejak September 2019
Kebakaran belukar yang berlaku di Australia terus memberikan kebimbangan kepada penduduk setempat dan juga komuniti dunia. Berita mengenai kebakaran besar ini telah mendapat perhatian dunia yang turut ‘bersimpati’ dengan landskap yang sedang dijamah api kini. Kebakaran yang bermula sejak September 2019 ini telah menimbulkan pelbagai teori. Tambahan lagi, kebakaran yang telah berlaku berbulan-bulan ini masih […]
“Cantik Tapi Menakutkan”, Sekitar Bukit Australia Persis Lautan Lava Gunung Berapi
Seperti sedia maklum, Australia sedang mengalami krisis kebakaran besar yang telah mengorbankan banyak ‘nyawa’ terutamanya hidupan haiwan seperti beruang koala. Keadaan belukar yang terbakar dilaporkan sangat teruk. Antaranya ialah salah satu kawasan bukit di Australia yang seakan-akan dibanjiri lava gunung berapi. Pemandangan ngeri itu telah dikongsikan oleh Melissa Ericksen melalui laman Facebook miliknya. Menurutnya, Bukit […]

Najib Disoal Beri Kenyataan Bercanggah Kepada SPRM Dan Mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini membela diri terhadap tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi di sini, disoal pihak pendakwaan berhubung percanggahan kenyataan kepada mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini. Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V. Sithambaram menyoal Najib, 67, semasa pemeriksaan balas, sama ada beliau telah mengaku kepada penyiasat yang mengambil kenyataannya bahawa beliau […]

Selatan Sumbawa, Indonesia Dilanda Gempa Bumi Sederhana
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 6.31 pagi waktu tempatan itu berlaku 356km selatan dari Bima, Indonesia. Menurutnya gempa yang berlaku pada kedalaman 23 kilometer itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA

Majikan Dapat Pelepasan Cukai Bantu Bayar PTPTN Pekerja
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima sejumlah RM383,285.91 daripada 15 majikan yang mengambil peluang untuk membantu pekerja masing-masing dalam membayar tunggakan pinjaman PTPTN pada tahun lepas. Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan. “Ini adalah satu insentif yang […]

Amerika ‘Bermain Dengan Api’ Jika Menyerang Iran – Burton
Sekarang ini tengah hangat isu dimana dikatakan Amerika Syarikat bakal menyerang Iran. Hal itu terjadi ekoran Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran telah terbunuh dalam serangan udara AS awal pagi Jumaat berhampian dengan lapangan terbang antarabangsa Baghdad. Namun menurut pandangan Profesor Adjung dalam Hubungan Antarabangsa di Vesalius College, Brussels, Guy Burton, AS […]

Jutaan Rakyat Iran Beri Penghormatan Terakhir Kepada Soleimani Yang Terbunuh Dalam Serangan Tentera AS
TEHRAN, 6 Jan – Berjuta-juta rakyat Iran mengucapkan selamat tinggal dan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) Leftenan Jeneral Qasem Soleimani, lapor agensi berita rasmi IRNA. Jeneral Soleimani dan pemangku komander Unit Mobilisasi Popular Iraq (PMU) Abu Mahdi Al-Mohandes bersama-sama lapan lagi anggota tentera Iraq dan Iran terbunuh pada awal pagi Jumaat dalam satu […]

Sangat Menyentuh Hati, Detik Cemas Haiwan-Haiwan Selamatkan Diri Dari ‘Rumah’ Yang Terbakar
Bukan setakat manusia sahaja yang menderita bahkan yang paling merasai keperitan kepanasan kebakaran hutan adalah kehidupan liar di hutan Australia. Kebanyakan haiwan selamatkan diri daripada krisis ini. Habitat yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan untuk meneruskan kehidupan mereka kini bertukar ‘ngeri’ dengan banyak kematian di situ. Selain gambaran seekor kangaroo yang mati rentung, ada lagi beberapa […]

(Video) Azam Tahun Baru Dah Tercapai, Buat Kejutan Belikan Kereta Untuk Mama Tersayang
Setiap orang bergelar anak mesti mengimpikan untuk memberi sesuatu yang ber’makna’ kepada insan yang tersayang. Tular di laman media sosial Twitter baru-baru ini seorang anak menghadiahkan kereta Honda kepada ibunya. Hadiah kereta new year untuk mama Hadiah kereta new year untuk mama 🌹 Alhamdulillah my target for 2020 is complete. pic.twitter.com/xAuPiEjBZX — Intan (@intansahlan_) January […]