Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Cantik Tapi Menakutkan”, Sekitar Bukit Australia Persis Lautan Lava Gunung Berapi

Gambar: Metro UK

Seperti sedia maklum, Australia sedang mengalami krisis kebakaran besar yang telah mengorbankan banyak ‘nyawa’ terutamanya hidupan haiwan seperti beruang koala. Keadaan belukar yang terbakar dilaporkan sangat teruk. Antaranya ialah salah satu kawasan bukit di Australia yang seakan-akan dibanjiri lava gunung berapi.

Pemandangan ngeri itu telah dikongsikan oleh Melissa Ericksen melalui laman Facebook miliknya. Menurutnya, Bukit Balmattum nampak bersinar pada malam ini.

Gambar: Metro Uk

Gambar tersebut telah berjaya diambil di Euro, iaitu sebuah bandar di Victoria timur, Australia timur laut. Kebakaran di Australia telah merebak sehingga menjejaskan tiga negeri dan mengorbankan 24 nyawa serta memusnahkan hampir 2,000 rumah.

Haiwan yang dilaporkan mati pula dianggarkan sekitar setengah bilion yang terperangkap di dalam belukar yang terbakar. Kematian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 47 tahun ketika mempertahankan rumah rakannya daripada dijilat api.

Gambar: Metro UK

Kebakaran hutan yang dikatakan bermula sejak September lalu telah merebak sehingga kira-kira lima juta hektar tanah di Australia. Canberra, ibu negara Australia juga turut terjejas apabila diliputi jerebu berasa dan kualiti udara pada tengah hari diukur pada 10 kali ganda daripada had berbahaya biasa.

Gambar: Metro UK

Keadaan di Australia kelihatan agak teruk apabila langit di Auckland, New Zealand kelihatan berwarna oren oleh asap dari kebakaran hutan dan pihak polis telah menerima banyak panggilan daripada penduduk yang cemas. Pemandangan Bukit Balmattum yang seakan-akan dilimpahi lava telah tular di media sosial selepas dikongsikan oleh Melissa Ericksen.

Sumber: Metro UK